Fab4 Terima Lamaran Barca?......


Arsene Wenger akan bertemu empat mata bersama Cesc Fabregas secepat mungkin untuk memulakan perbincangan tentang masa depan pemain yang berjersi no 4 ini, Bagi mengungkai kemelut yang direncanakan oleh Barcelona ketika ini.

Laporan terdahulu bahawa Fabregas komited untuk menghabiskan musim akan datang di Emirates, melegakan peminat-peminat dan pengurus The Gunners. Namun berita yang entah darimana media dapat bahawa Fabregas telah bersetuju kontrak lima tahun dengan Barcelona yang akan membayar £ 5.900.000 setahun, Telah menaikkan lagi kemarahan tahap Gaban fan Arsenal Seantero.

Menurut Media Sport yang berasal dari Barelona, telah ada kesepakatan antara Fabregas dan Barcelona tentang kontrak tersebut, Wenger akan mengambil tindakan secara jujur dan harmoni terhadap pemainnya yang telah diasuh untuk menjadi pemain tersohor kini telah berpaling tadah terhadapnya . Namun, jika Fabregas berkeras untuk pergi, maka The Gunners akan meletakkan harga £ 55 juta euro, yang agak tak berapa tinggi dan mudah untuk dikira. Tapi Barcelona hanya mampu membayar £45 juta euro maksimum. Baki dia pandai-pandailah pinjam Bank ye'.

Iniesta mengatakan pada minggu lepas bahawa dia tidak mengharapkan Fabregas untuk datang ke Barcelona musim ini. "Cesc ingin bersama kami, tapi ia mengatakan kepada saya bagaimana membalas budi peminat Arsenal dalam hatinya," kata Iniesta News of the World.

Sementara The Sun melaporkan bahawa Wenger boleh meminta Jonathan Dos Santos, Thiago Alcantara atau Andreu Fontas dalam pertukaran bahagian untuk Fabregas.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil