09 June 2010

Senderos berpindah ke Fulham


Fulham telah menandatangani pemain pertahanan tengah Arsenal, Senderos dengan perpindahan percuma. Senderos tidak cukup bagus ketika bersama Arsenal dan setelah menghabiskan masa di AC Milan dan Everton, saya fikir dia akan lebih tertarik dengan kelab dari Itali atau Sepenyol berbanding dengan Liga Premier(EPL)



The Mail hari ini melaporkan berita bahawa Arsenal telah memberitahu Barcelona untuk menggandakan tawaran £29m mereka untuk Cesc Fabregas jika ingin menandatangani pemain tersebut.

Namun, menurut Sky Sports, general director Barcelona, Joan Oliver menyangkal berita tersebut dengan berkata : 'agak sukar bagi mereka untuk meletakkan harga apabila mereka mengatakan Fabregas bukan untuk dijual.' menunjukkan bahawa Arsenal telah menyatakan bahawa Fabregas bukan untuk dijual. Walaupun jelas bahawa Fabregas ingin bermain untuk Barcelona, tetapi dia masih berada di bawah kontrak dengan Arsenal sehingga 2015.

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan