10 June 2010

Gallas keluar..?..Arsenal terpaksa berbelanja


William Gallas kemungkinan besar akan meninggalkan Arsenal, setelah menolak cadangan untuk memanjangkan kontrak beliau. Arsene Wenger akan segera mendapatkan pemain bintang untuk mengisi kekosongan tersebut walaupun dengan harga yang mahal.

Kontrak Gallas akan habis akhir bulan ini. Arsene Wenger telah berusaha mempertahankan dan sedia memberi kontrak baru. Namun, disebabkan polisi Arsenal hanya akan mempebaharui satu tahun terhadap pemain yang berusia 30 tahun keatas, W.Gallas telah menolak dan sedia menerima pelawaan dari mana-mana kelab yang berminat dengannya.

Pada masa ini Gallas sedang bersiap bagi menghadapi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bersama Perancis. Jadi terlalu Sukar untuk mendapatkan penjelasan secara direct daripada beliau karena menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pasukan Perancis.

AS Roma dan Paris Saint-Germain (PSG) adalah kelab yang telah menunjukkan minat untuk mendapatkan tandatangan beliau. Namun Gallas lebih cenderung memilih ke PSG..dekat sikit kat umah dia..

Jika benar berita ini, Arsenal menghadapai masalah besar apabila EPL bermula nanti. Jika masih tidak membeli pemain pertahanan bintang atau setidak-tidaknya yang setaraf dengan kewibawaan dan kehebatan abang gallas kita, Apalagi sekarang telah kehilangan P.Senderos yang ke Fulham, Di fahamkan juga berita gembira bagi fan Arsenal bahawasanya M.Sylvestre and Tweety akan meninggalkan Emirates dalam masa tedekat..(cepat sikit!!)

Menurut Daily Mirror, Silvestre juga menolak memperpanjangkan kontraknya yang akan tamat akhir bulan ini. dalam situasi ini The Prof mengaku telah mempunyai rancangannya yang tersendiri,..Kita lihat dan tengok apakah rancangan beliau yang yeye"o tu.

"Peningkatan pertahanan adalah yang diberikan keutamaan buat masa ini. Arsenal akan memasuki pusat membeli belah dengan poket tebal" kata Arsene Wenger...itu macam lah Arsene wenger, duit bukan boleh bawak matipun...


Go Gunners!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan