07 May 2010

Wenger Sakit Tekak + Pengalaman + Rumours

Sidang akhbar untuk perlawanan Sabtu ini terpaksa dibatalkan atas sebab Wenger mengalami sakit2 tekak. Mungkin sebab penat sound budak2 time training. Takkan nak habiskan season ni ditempat ke 4? Buat malu je kalau Spurs potong last minit.

Well, akhirnya Wenger cakap benda yang agak menarik. Katanya, dia ada target 2-3 pemain yang berpengalaman untuk memantapkan skuad yang ada sekarang. Cukup2 lah dengan pemain2 muda yang ada skang. Kalau takat bakat je lebih, tapi takleh nak deliver, tak guna jugak

Seperti biasa, dah hujung2 season ni maka makin banyaklah transfer rumours. Mungkin dah ramai yang tau Maroune Chamakh bakal menyertai Arsenal. Dia sendiri pun dah buat kenyataan yang dia reject offer dari Liverpool dan Spurs untuk sertai Arsenal. Kata nya, dia suka dengan corak permainan Arsenal dan banyak belajar cara short pass dengan team member, Yoann Gourcuff. Kalau dilihat dari rekod jaringan gol mamat ni dekat Bordeux, takdelah bagus sangat. 81 gol dalam 293 perlawanan. Tapi kita tak tau gak, maybe sebab diorang takde playmaker sehebat Fabregas. Sagna pun ada backup si Chamakh ni. Kata dia, dia kenal Chamakh, mamat ni top class. Ape2 pun kita tunggu dan lihat je kedatangan Chamakh ke Arsenal dalam beberapa hari lagi.

Selain tu, cerita panas sekarang ialah pasal Pape Malickou Diakhite. Pemain pertahanan yang dipinjam St Etienne dari Dinamo Kiev ni dinilai dalam 10m pound. Wenger memang patut beli defender baru memandangkan Campbell yang dah tua bangka dan masa depan Gallas ngan Sylvester yang tak berapa nak cerah untuk musim akan datang. Aku rasa diorang dah takde musim depan.

Berita sampingan, semalam Arsene Wenger dan budak2 ni pergi dinner The Gunner's World Ball sempena Arsenal's Charity of the Season. Sila lah follow link tu untuk lihat gambar2 pada event tersebut.

Ciao.

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan