Fabregas already said goodbye


LONDON - Cesc Fabregas sudah bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada Arsenal.

Ini kerana bintang Arsenal itu telah menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke Barcelona pada musim panas ini.

Fabregas, 23, kini berharap Arsenal agar segera bersetuju dengan tawaran £30 juta (RM139 juta) yang dibuat oleh Barcelona.

Ia bagi membolehkan dia memberi fokus sepenuhnya kepada skuad kebangsaan Sepanyol untuk mengharungi kempen Piala Dunia 2010 yang bermula 11 Jun ini.

"Ia merupakan hari yang cukup sedih buat Arsenal kerana ia berita yang tidak diduga. Fabregas sayangkan kelab ini tetapi selepas tujuh tahun, dia berasakan inilah masa sesuai untuk berhijrah.

"Barcelona menjadi satu-satunya kelab yang mahu dia pergi jika meninggalkan Arsenal. Lebih-lebih lagi ia merupakan kelab yang dia sokong sejak dari kecil," kata satu sumber Arsenal semalam.

Seorang rakan baik Fabregas pula berkata: "Fabregas telah meminta Arsenal supaya menerima penjualannya jika Barcelona tampil dengan tawaran rasmi."

Barcelona dilapor akan memulakan perbincangan untuk membeli Fabregas bermula hari ini.

Semalam Barcelona yang baru saja memenangi kejuaraan kedua Liga Sepanyol telah melengkapkan pembelian penyerang Valencia, David Villa dengan harga £40 euro (RM159 juta).

Villa yang merupakan penjaring kedua terbanyak skuad kebangsaan Sepanyol selepas Raul dilapor telah lulus ujian perubatan kelmarin. - Agensi.

Comments

  1. perghhh sedih giler sialll~!!!

    ReplyDelete
  2. dah mcm kes xabi alonso tinggalkan liverpool lak neh.

    ReplyDelete
  3. takpela kalo nak pergi....sedih aku telah lama hilang sejak pemergian henry,hleb,flamini,adebayor dll..bila pasukan Arsenal baru mengorak langkah, akan ada player2 yg meninggalkan arsenal terkapai2 setelah berjaya di asuh oleh AW jadi pemain bintang dan ternama...siapakah player2 ni sebelum di latih arsenal??? tidak sapapun mengenalinya..

    Apapun harapan aku semoga maju jaya..jgn jadi spt nasib Hleb dan rakan2....tapi fikir2kan kata2 AW...bak kata wenger :You will be Barcelona reserve..mungkin terjadi @ mungkin akan di LOAN kan kerana Barca adalah pasukan lambakan bintang2 hebat...Good Luck My Fabregas...

    ReplyDelete
  4. £40 juta kn??

    ReplyDelete
  5. Tak boleh salahkan Fab.. Dia memang asal dari Barca.. Mesti dia nak main dengan Messi..
    Apa pun harap Arsenal musim depan akan lebih kuat. Beli pemain berpengalaman dan jgn terlalu harap pemain muda. bila mereka dah star pasti mereka akan tinggalkan Arsenal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil