Preview: Wigan Athletic v Arsenal (18.04.2010)

Awal malam ini Arsenal akan berkunjung ke DW Stadium, kubu Wigan Athletic bagi meneruskan lagi perjuangan untuk baki 4 lagi perlawanan musim ini. Kekalahan kepada Spurs Rabu lepas sedikit sebanyak telah menutup terus perjuangan musim ini bagi menamatkan kemarau piala selama 5 tahun. Tetapi keputusan luar jangkaan malam tadi yang dialami pendahulu liga sedikit sebanyak memberi semula harapan. Chelsea kalah 2-1 kepada Spurs tetapi Manchester United berjaya mengalahkan musuh setempat Manchester City. Ok, berikut barisan kemungkinan Arsenal malam ini:

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Eboue---Campbell---Silvester---Clichy
Walcott---Nasri---Eastmond---Merida
Bendtner---Robin van Persi

Aku pun dah tak boleh jangka sapa akan bermain pada malam ini,dengan begitu ramai pemain utama tercedera. Tetapi aku menjangkakan Wenger akan memberi ruang kepada pemain muda bagi membuktikan kemampuan diri pada malam ini dengan Merida dan Eastmond dilihat akan beraksi pada malam ini. Dan formasi yang aku jangkakan pada malam ini ialah 4-4-2 dengan aku menjangkakan Bendtner akan bergandingan dengan RvP.

Wenger yang kontrak beliau akan berakhir musim hadapan masih belum memutuskan samada beliau akan terus bersama Arsenal atau tidak, bergantung juga dengan Board Arsenal yang akan membincangkan prestasi sepanjang khidmat beliau di Arsena. Wenger juga tidak mahu rekod lampau beliau dijadikan alasan beliau terus diberi ruang untuk mengemudi skuad muda Arsenal. Aku masih yakin yang Wenger tidak akan meninggalkan projek yang telah lama beliau rancangkan.

Untuk baki musim ini, Wenger mahu anak buahnya menamatkan musim ditempat yang sebaik mungkin. Arsenal perlu menang perlawanan malam ini untuk terus memberi tekanan kepada pendahlu liga yang keciciran 3 mata pada malam semalam. Jadi peluang Arsenal merapatkan kedudukan masih ada tetapi mungkin Manchester akan ambil kesempatan atas sebarang keciciran mata Chelsea nanti.

Malam ini Arsenal dijangka akan menurunkan gandingan veteren dibahagian pertahanan tengah dengan Sol Campbell dan Silvestre dijangka akan bermain bersama serta akan dibantu Emmanuel Eboue dan Gael Clichy. Selepas gandingan utama Arsenal mengalami kecederaan yang mana melibatkan Gallas serta Vermaelen Arsenal dilihat agak pincang dibahagian pertahanan.

Aku berharap musim hadapan akan ada pemain pertahanan baru akan dibawa masuk Wenger. Sekurang-kurangnya 2 orang lagi pertahanan muda atau berpengalaman mesti dibawa masuk oleh Wenger sekiranya mahu menamatkan musim tanpa sebarang piala.

Barisan tengah pula akan ada sedikit perubahan dengan kecederaan terbaru melibatkan Denilson, Wenger dijangka akan menurunkan pemain simpanan muda beliau dengan Eastmond serta Merida dilihat akan memulakan aksi. Ini bergantung kepada formasi Wenger pada malam ini, sekiranya beliau membuat formasi 4-4-2 aku menjangkakan Walcott akan bermain sayap kanan, Nasri di bahagian tengah menyerang dan Eastmond akan beraksi dibahagian defensive midfielder serta Merida akan bermain dibahagian sayap kiri.

Formasi 4-3-3 juga mungkin akan dikekalkan oleh Wenger dengan pemain yang ada masih lagi mampu untuk Arsenal beraksi sebagai 3 orang striker dan 3 orang pemain tengah.

Barisan serangan juga aku merasakan yang Bendtner akan bergandingan dengan Robin van Persi dan berharap gandingan ini dapat memberi Arsenal sesuatu yang telah Arsenal hilang iaitu gandingan mantap serangan yang pernah diada masa zaman Henry dahulu. Sekiranya Arsenal bermain 3 orang penyerang, Walcott berkemungkinan akan bermain disebelah kanan, Bendtner dibahagian tengah dan RvP disebelah kiri.

Apa pun barisan pada malam ini, Arsenal perlu menang menentang Wigan. Setiap mata amat berharga pada saat ini. Walaupun harapan untuk merangkul piala Liga dilihat sudah terlepas Arsenal masih boleh berbangga dengan kedudukan pasukan pada musim ini dengan rata-rata pemain muda serta hanya seorang pembelian pemain baru yang dibuat oleh Wenger, Arsenal masih berjaya memberi saingan.

Jadi kepada Gooners yang kecewa dengan prestasi Arsenal akhir musim ini, aku menyeru teruskan sokongan anda. Walau apa pun yang terjadi kepada Arsenal, pasukan ini masih merupakan pasukan yang baik serta akan memberi hasil yang lumanyan pada masa akan datang. So malam ini game akan bermula 9.30 malam dan akan ditanyangkan di Astro ESPN812. Moh lew kita sama-sama saksikan pasukan kesayangan kita beraksi untuk baki musim ini.

Keep Trust In Wenger!!!!Come on Arsenal!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil