05 April 2010

Preview UEFA Champion League Q-Final: FC Barcelona v Arsenal FC (2nd Leg)

Pertemuan klasik kedua bakal berlangsung pada awal pagi Rabu nanti di antara FC Barcelona v Arsenal FC pada perlawanan kedua suku akhir UEFA Champion League di Stadium Nou Camp. Perlawanan yang semenangnya bakal menyaksikan kedua-dua pasukan akan berjuang bermati-matian untuk melayakkan diri ke separuh akhir yang mana akan menemukan samada Inter Milan/CSKA Moscow. Berikut adalah barisan kemungkinan Arsenal yang bakal berkunjung ke Nou Camp awal pagi Rabu nanti :

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy
Nasri---Denilson---Diaby
Walcott---Bendtner---Eboue

Subs: Fabianski, Traore, Silvestre, Eastmond, Rosicky, Merida, Eduardo.

Ketika berita kecederaan Fabregas, Gallas, dan Arshavin pada perlawanan pertama di Emirates masih lagi belum reda, Arsenal menerima satu lagi tamparan apabila Song tidak tersenarai dalam rombongan ke Nou Camp kali ini. Song dikatakan mengalami masalah groin ketika beraksi menetang Wolves sabtu lepas.

Dengan berita kecederaan terbaru, Arsenal telah kehilangan 8 pemain utama ketika kunjungan ke Nou Camp kali ini. Jika dilihat, ini merupakan skuad yang agak lemah dari segi bilangan pemain yang berkualiti. Tetapi Wenger menegaskan yang Arsenal perlu menunjukkan prestasi terbaik ketika menentang Barcelona walaupun tanpa tonggak penting kali ini.

Wenger sebenarnya telah mengenalpasti kelemahan Barcelona yang boleh dieksploitasikan anak buahnya pada perlawanan kedua nanti. Melihat kepada prestasi Barcelona, Wenger percaya anak buahnya mampu beraksi lebih baik dari pusingan pertama dulu dengan Barcelona yang kehilangan Carlos Puyol dan Gerrard Pique, Arsenal dilihat mampu mengambil kesempatan keatas kelemahan tersebut.

Tetapi ketiadaan Song yang mengalami kecederaan Sabtu lepas amat mengusarkan Wenger. Song yang merupakan pemain wajib Wenger pada musim ini merupakan seorang pemain defensive midfielder yang mampu berasksi sebagai pertahanan tengah jika diperlukan. Dengan ketiadan beliau, aku nampak yang Denilson akan mengambil tempat beliau bagi menghubungkan pertahanan dan kawasan tengah Arsenal.

Adakan mampu Denilson untuk mengalas tanggungjawab besar menghalang asakan Messi, Xavi serta Bojan?? Persoalan ini terlalu subjektif kerana sekiranya Arsenal bermain sebagai satu pasukan dan tidak memberi terlalu banyak ruang untuk Barcelona bergerak, aku rasa kita mampu membuat sesuatu pada perlawanan awal Rabu nanti.

Barisan pertahanan juga menghadapi sedikit keraguan dengan Sol Campbell yang beraksi penuh ketika menentang Wolves masih dilihat kepenatan dan Wenger mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga hari perlawanan nanti untuk membuat keputusan samada mahu menurunkan beliau atau tidak.

Sekiranya Campbell dapat beraksi, Vermaelen dilihat tidak menghadapi masalah untuk sekali lagi bekerjasama dengan Campbell yang pada ketika ini berjaya membentuk gandingan mantap menghadapi serangan lawan. Pengalaman Campbell sangat ditagih pemain muda Arsenal seperti perlawanan penting sebegini. Sagna dan Clichy dilihat tidak menghadapi masalah untuk beraksi awal Rabu nanti.
Sejak ketiadaan Fabregas yang baki musim beliau telah tamat ekoran kecederaan terbaru yang dihadapi, Arsenal perlukan seorang pemain yang mampu mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan Wenger terus meletakkan kepercayaan kepada Samir Nasri untuk mencorakkan permainan pada awal Rabu nanti.

Nasri dijangka akan bergandingan dengan Denilson serta Abou Diaby dibahagian tengah Arsenal. Jika dilihat, Nasri merupakan seorang pemain yang pintar dalam mengerakkan permainan. Beliau telah banyak meningkat pada musim ini selepas kembali dari kecederaan pada awal musim.

Aku yakin sekirnya Nasri mampu memberi persembahan terbaik sepertimana beliau tunjukkan pada perlawanan kedua menentang Porto di Emirates bulan lepas, Arsenal mampu memenangi perlawanan ini sekaligus layak ke separuh akhir.

Nickas Bendtner yang sekali lagi menjadi Hero ketika menentang Wolves pada Sabtu lepas dilihat sekali lagi akan menjadi pemain penting Wenger dalam mencorakkan permainan untuk mengasak kubu Barcelona. Ketiadaan Puyol dan Pique yang merupakan pemain pertahanan terbaik Barcelona ketika ini dilihat akan di pergunakan oleh Bendtner bagi menjelmakan sesuatu.

Beliau dijangka akan bergandingan dengan Theo Walcott yang kembali beraksi cemerlang untuk 2 perlawanan terdahulu dan Eboue juga dijangka akan diturunkan dibahagian sebelah kiri Arsenal. Arsenal perlu menggunakan sepenuhnya peluang yang ada, dengan aku menjangkakan Arsenal mampu melakukan counter-attack yang lebih bagus dengan Walcott dan Eboue yang mempunyai kelajuan semasa membuat serangan balas. Sekiranya setiap peluang Arsenal disudahkan dengan baik, tidak mustahil kemenangan akan menjadi milik kita.

Perlawanan penting sebegini tentunya setiap pemain mahu beraksi bagi membantu pasukan yang mereka wakili melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Dengan Arsenal yang kehilangan Fabregas, Gallas, Arshavin serta Song tentunya amat dirasai dan mereka sendiri sudah tentunya berasa kecewa tidak dapat beraksi di Nou Camp nanti.

Barcelona juga apa kurangannya, dengan penyerang utama mereka Zlatan Ibrahimovic, Carlos Puyol, Pique serta Andres Iniesta juga tidak dapat beraksi. Tetapi mereka masih mempunyai bakat serta pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

So harapan aku untuk game kedua di Nou Camp, aku mengharapkan Arsenal mencipta sejarah dengan mengalahkan Barcelona di halaman mereka sendiri sekaligus membawa Arsenal ke separuh akhir UEFA Champion League 2010 nanti. Aku yakin Wenger mempunyai resepi terbaik untuk mengekang asakan Barcelona dan mampu menggunakan kelebihan untuk mencari kemenangan. So perlawanan awal Rabu ini akan berlangsung pada jam 2.45 pagi 7 April 2010 dan akan ditanyangkan di Astro ESPN812. So Gooners semalaysia, jom pakat2 tahajuh malam esok..balik kerja terus tido, bangun kol2 buat tahjuh ramai2..hehe..Doa moga2 Samir Nasri, Diaby dan Traore dapat memberi kemenangan kepada Arsenal. Aku predict Arsenal menang 2-1.Adios!!!

Just Do It Arsenal!!!!In Wenger We Trust!!!!

4 comments:

  1. Biasanya klu game besar2, gundah je hati ni nak tunggu pertemuan Arsenal. Entah kenapa game pagi nanti tak rasa sangat risaunya. Mgkin sbb dlm mind set aku ni tak mengharap apa2 kot pd pertemuan kedua2nya. Secara teorinya, Barcelona berpeluang besar dan macam biasa, keajaiban saja boleh mengubah teori...Arsenal punyai tonggak yg rata2 bukan skuad utama...namun begitu, sbg fan aku tetap mengharap keajaiban...

    ReplyDelete
  2. aku pown tak rasa berdebar sgt tunggu game mlm nie...cuma tak sabar ja nak bangun mlm wat tahjud sblm tgk game arsenal..Barcelona pown ada kelemahan,so jgn terlalu mudah menyerah kalah sbelm bertarung...come on super duper Wenger!!!Just do it!!

    ReplyDelete
  3. samalah kita..aku pun tak rasa debar2 mlm ni maybe dah abis debar dah waktu arsenal lawan wolves aritu kot.hehe...Tapi ada sikit teruja tengok Eboue main tepi sana...Apapun mungkin sebab arsenal tidak tertekan sbg pasukan pilihan dan Barca sebenarnya lebih tertekan sbg status juara dan bermain tempat sendiri..

    Arsenal perlu perhambat messi dan si bohjan tu..kemenangan 1 kosong atau seri 3-3 akan menjulang arsenal ke separuh akhir..Jadi aku menyeru semua peminat2 Arsenal FC sebelum bangun tengok TV tu ambillah wuduk buatlah solat tahajjud dan solat Hajat dulu..mohon doa skali untuk kemenangan Arsenal..aku rasa tak salah.daripada dok tengok TV malam2 buta lebih baik wat ibadat dulu..ada gak pahalanya..kalo kalah gak anggaplah sudah takdirnya begitu...So bukan aje Player Arsenal berusaha dalam padang tetapi peminat pun ada main peranan walaupun kecil..doa itu adalah sebaik-baik GUNNERS org mukmin..amin...

    ReplyDelete
  4. sookong idhassan...
    apa2 pon only miracle can help arsenal..
    yg terbaek byk tak beraksi...harapkan pasukan yg boleh dikire kedua..buat yg terbaek

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan