14 April 2010

Preview: Tottenham Hotspur v Arsenal FC (14.04.2010)


Salam to all my gunners...aku muncul kembali selepas seminggu menghilangkan diri,mungkin kerana kecewa dengan kekalahan kepada Barcelona minggu lepas tetapi sebenarnya aku memang tengah dilanda kesibukan yang melampau..final exam is up coming,kerja kat opis tak payah cakap la..so rini aku cuba luangkan masa tuk preview game paling best yang bakal Arsenal hadapi iaitu derby London menentang Tottenham Hotspur. So aku teruskan dengan kesebelasan utama yang bakal Wenger turunkan pada awal pagi nanti:-

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy
Nasri---Denilson---Diaby
Walcott---Bendtner---Rosicky

Fuh berdebar sebenarnya game malam nie, sebab Arsenal tak boleh dah keciciran mata tuk memberi cabaran kejuaraan tuk baki 5 perlawanan lagi dengan Chelsea yang menang awal pagi tadi semakin menjarakkan kedudukan kepada 6 mata. Sebarang keciciran mata akan menutup terus pintu Arsenal untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak 5 musim yang lalu.

Berita baik pada perlawanan pagi nanti dengan kembalinya penyerang berbisa Arsenal, iaitu Robin van Persi yang kembali cergas. Beliau yang baru kembali ke kem Arsenal selepas game menentang Barcelona tempoh hari dijangkakan sudah siap sedia untuk bermain bagi baki perlawanan musim ini. Tetapi aku menjangkakan RvP akan memulakan aksi dibangku simpanan.

Wenger yang jelas kecewa dengan tersingkirnya Arsenal dari Champion League keatas pasukan terbaik di dunia pada Rabu lepas merasakan yang anak buahnya perlu bangkit secepat mungkin dengan menjadikan perlawanan menentang Spurs ini sebagai permulaan kebangkitan. Arsenal yang menerima berita baik kepulangan RvP terpaksa menerima hakikat bahawa Alex Song (pemain wajib Wenger) terpaksa berehat lagi untuk sekurangnya 2 perlawanan sebelum dapat bermain semula. Beliau mengalami kecederaan selepas perlawanan dengan Barcelona di Emirates.

Pada game awal pagi nanti Arsenal dijangka akan menurunkan barisan yang agak seimbang walaupun masih terasa kehilangan beberapa tonggak. Dengan Almunia bersiap sedia untuk memberikan aksi terbaik bagi merealisasikan impian kejuaraan. Barisan pertahanan dijangka akan melihatkan gandingan Campbell - Vermaelen yang semakin menunjukkan persefahaman yang baik serta akan dibantu oleh Sagna dan Clichy.

Campbell yang kembali ke White Hart Lane dijangka akan menerima tekanan dari penyokong Spurs yang masih menaruh dendam kepada beliau selepas beliau berpindah ke Arsenal pada 2001. Tetapi Campbell bukanlah pemain yang mudah terpengaruh dengan ejekan penyokong.

Fabregas yang terus dipancing oleh Barcelona yang mahu sangat khidmat beliau akan sekali lagi melihat rakan sepasukan beraksi dari bangku penyokong di White Hart Lane. Beliau yang sudah pasti terlepas untuk baki musim ini mengharapkan pemain Arsenal dapat mengalahkan Spurs dengan memberi persembahan yang mantap dan mengambil setiap kesempatan yang ada.

Tempat beliau akan sekali lagi diambil oleh Nasri yang dijangka akan bergandingan dengan Denilson serta Diaby di bahagian tengah. Nasri yang beraksi semakin baik pada ketika ini dilihat mampu memberi sumbangan dan membuka ruang kepada barisan hadapan untuk memecahkan kubu Spurs. Aku menjangkakan gandingan tengah dapat memberi sesuatu yang baik pada perlawanan pagi nanti.

Barisan serangan sekali lagi akan digalas oleh Nicklas Bendtner. Beliau yang baru ini mendapat anugerah pemain terbaik bulanan bagi Bulan April merasakan yang beliau perlu terus menunjukkan aksi terbaik dan perlawanan menentang Spurs merupakkkan perlawanan besar dalam karier beliau. Bendtner perlu membuktikan sekali lagi kewibawaan beliau bagi membantu Arsenal mengacapi kemenangan. Beliau dijangka akan bergandingan dengan Theo Walcott serta Rosicky.

Untuk rekod Spurs masih belum mengalahkan Arsenal sejak 1999 dan aku mengharapkan rekod tersebut akan terus dikekalkan dengan Spurs yang jelas kecewa gagal layak ke perlawanan akhir FA Cup selepas kalah kepada Pompey pada Ahad lepas. So aku harap Arsenal dapat mengambil kesempatan atas kekecewaan tersebut. Game pagi ini akan berlangsung pada jam 3.00 pagi dan akan berlangsung di Astro ESPN812. So ada brani ka fan Arsenal semalaysia???malam nie kita tahjud lagi...come la..kasi sokongan moral sket. So aku predict malam ini game tight tapi yakin Arsenal akan menang 2-0.

Come on Arsenal!!!!We Can Do IT!!!!

9 comments:

  1. rasanya Walcott men 2nd half.. Van Persie men awal..

    ReplyDelete
  2. Lets do it Arsenal
    <a href="http://akubudakarsenal.blogspot.com/2010/04/north-london-derbyarsenal-vs-spurs.html>North london derby...Arsenal vs spurs<a/>

    ReplyDelete
  3. Elo korang siggah la blog aku kejap..klikje name aku...:)

    <a href="http://akubudakarsenal.blogspot.com/2010/04/north-london-derbyarsenal-vs-spurs.html>North london derby...Arsenal vs spurs<a/>

    ReplyDelete
  4. imuranzo..aku dh singgah dh blog ko..nice blog n aku harap biar lah brpanjangan..

    utk game pg nanti di white hart lane pedih gak aku utk mengatakan arsenal mengalami kesulitan utk mng walaupun aku mgharapkan sesuatu yg menakjubkan brlaku pg nanti..

    Arsenal kehilangan beberapa tonggak utama sperti arshavin, fabregas n song yg pd aku impact yg besar gak kalu dorang xde.. yg kita nk lwn ni spurs..men lak kat kg dorangkan..utk rekod di white hart lane lak arsenal kali terakhir mng pd saingan liga pd 2007 n selepas itu hanya merekodkan seri sehingga skrg n kalah pd saingan piala Liga..

    Jadi,utk game pg nanti arsenal mmpunyai peluang kalah yg agak tipis, peluang utk menang ada n peluang utk seri amat cerah.. aku x mintak arsenal seri, sekadar apa yg aku rasa.. hanya game pg nanti sj yg bisa menentukan peluang arsenal memburu kejuaraan liga masih terbuka atau terus malap bagai pelita minyak tanah umah atuk aku...... hehe..

    aku hrp all of gooner bg support yg terbaek utk team kesayangan kita ni..

    ReplyDelete
  5. aku pun sama..kecewa sangat2..nampaknya harapan tinggal harapan ajelah..sama2lah kita menyokong arsenal tetapi bukan menyokong untuk menjadi juara EPL kerana kita pasti akan terluka dan merana jika meletakkan harapan yg tinggi tersebut..pintu sudah tertutup kawan2..jgn mengharap sangat seperti aku..hati merana mata membengkak..aduiii sakitnya...benarlah kata acabin..

    ReplyDelete
  6. nampaknya fan arsenal pun dh mula keciwa dan tak bersemangan lg utk comment prestasi arsenal sekarang ni..

    bagi aku jika team sedia ada ni masih bermain utk musim depan tanpa ada player baru dan berpengalaman,maka kita fan arsenal janganlah berharap arsenal akan menang sebarang cup..contohnya sudah 5 musim kita kempunan dgn pemain yg ada..kalo tk dapat musim ni bertambah 6 musim lg..so sekarang AW mula terfikir utk beli pemain baru..bagi aku pemain sekarang yg patut diloan@jual ialah denilson,bender,eduardo,almunia dan silvestre..kalo tengok dgn striker kite memang tak berbaloi..nk harapkan bender..apa bleh dia buat mlm td?sepatutnya byk gol bleh dpt sebelum2 ni..masuk RVP barulah menggelabah nk main elok2..takut malu dgn RVP..kalo takde Febregas dan Arshavin lagi terok main.kalo kena bolos pun,bleh la cover dgn gol2 jika serangan kita bagus & berfungsi..ini tidak dok gentel2 memanjang..lepastu bolanye tah kemana...

    so dengan adanya duit jual semual player arsenal bolehla beli & ganti dgn player lain yg berwibawa & pengalaman mcam ribery,podolski,edin dzeko,robben,david villa,van der vart,bade hargeland,frey,Lloriss,buffon,buffalo, @sapa2 aje lah yg dirasakan bagus...benzema pun dh murah dah 17juta je....jika tidak sama2 lah kita menanti bulan jatuh ke riba..Asal kat puncak je,jatuh semula spt tahun2 sbelumnya..tak kemana pasukan kita..

    walauapapun teros sama2 kita tros sokong Arsenal...kita memang setia,cuma jgn terlampau berharap sebarang cup @ kejuaraan..itu shj..tp ini just pendapat aku jer..adios..

    ReplyDelete
  7. mmg aku antara gooners yg kecewa dgn performance smlm...paling aku hangin tgk diaby men...tgk dia xleh improve sejak game dgn barca aritu..sama ja game dia, byk lost ball, passing x tepat & plg aku bengang...dia byk stop flow game arsenal & t'agak2 nk passing kt sapa..very obvious. dia x layak digelar 'the next veira'.

    bila RvP masuk..nmpk gk corak game gunners ada improve tp syg tgk nasri men DM..nmpk sgt diaby xleh harap men position tu.

    apapn yg jadi smlm...mmg xde luck & xde rezki. gomez terlalu cemerlang lak selamatkn pntu gol dia. campbell mmg cemerlang sbb dia sgt kental as CB & 2x percubaan dia hampir2 berjaya m'buahkn gol.

    walaupn x dpt piala musim ni..aku tetap akan support arsenal smpi aku mati. 1st game yg aku tgk team arsenal main ms kalah dgn real zaragoza piala winners cup 1995, seaman kena bola lob dr tgh pdg...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan