24 April 2010

Preview: Arsenal v Manchester City (24.04.2010)

Perjuangan Arsenal musim ini bakal tertutup pada malam ini sekiranya gagal memungut mata penuh pada perlawanan menentang Manchester City. Harapan yang menggunung pada musim ini sekali lagi akan hampa begitu saja. Arsenal sebenarnya mempunyai potensi yang baik pada musim ini walaupun tanpa pemain bintang dengan hanya sekadar bergantung kepada pemain sedia ada serta bakat muda dari akademik. Tetapi kecederaan yang menimpa pemain utama sedikit sebanyak menjejaskan kempen kali ini.

Malam ini akan memperlihatkan pasukan tempang Arsenal melayan pasukan jutawan Manchester City dengan misi membalas dendam atas kekalahan di awal musim terdahulu. Jadi aku menjangkan ada beberapa perubahan dalam skuad Arenal :

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Mannone
Sagna---Campbell---Silvestre---Clichy
Nasri---Song---Diaby
Bendtner---RvP---Walcott

Aku menjangkakan perubahan dibahagian serangan serta penjaga gol. Memandangkan Robin van Persi telah kembali, aku mengharapkan beliau diberi kepercayaan oleh Wenger untuk mengetuai barisan serangan. Song juga telah kembali dari kecederaan dan dijangka akan beraksi. Dan posisi paling merisaukan fan Arsenal, iaitu posisi penjaga gol. Vito Mannone walaupun susah untuk diberi peluang, tetapi aku merasakan yang Wenger akan mengunakan khidmat beliau kali ini selepas Fabianski agak kurang bagus pada minggu lepas.

Wenger yang dikecam hebat selepas kekalahan keatas Wigan minggu lepas terpaksa menelan hakikat bahawa barisan simpanan beliau masih belum bersedia melangkah mengantikan pemain yang sedia ada. Dengan kata lain masih kurang pengalaman dan fokus permainan.

Untuk perlawanan kali ini Wenger dijangkakan akan sedaya upaya akan menurunkan barisan terbaik beliau dengan kembalinya beberapa pemain utama dari kecederaan. Tetapi masih lagi bergantung kepada pemain muda berbakat yang Arsenal ada. Walaupun peluang kejuaraan sudah tertutup (walaupun masih ada secebis harapan) Wenger tetap optimis dengan kempen kali ini.

Arsenal yang akan melayan kunjungan Man City berdepan tugas sukar bagi menahan asakan dari rangkaian serangan Man City. Dengan barisan pertahan yang ada, aku agak risau sekiranya akan ada kesilapan bodoh dari pemain yang diberi nama Silvestre. Tetapi apa pun pemain yang Wenger letak untuk barisan pertahanan aku merasakan itu merupakan barisan terbaik yang beliau ada setakat ini.

Campbell dijangka akan bergandingan dengan Silvestre walaupun Song juga boleh bermain diposisi yang sama. Akan dibantu oleh Sagna dan Clichy yang merupakan calon pemain tahunan Premier League untuk tahun ini. Harap gandingan ini mampu bertahan dengan baik pada malam ini.

Kawasan penting dalam pemainan Arsenal sebenarnya menghadapi krisis yang agak besar dengan pemain yang ada gagal menunjukkan kretiviti untuk membantu serangan sejak ketiadaan Kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas. Tetapi dengan kembalinya Alex Song, Arsenal dilihat akan menggunakan Nasri dan Diaby sepenuhynya untuk membantu serangan. Nasri sebelum ini masih bermain dibawah bagi menutup ruangan kepada lawan tetapi dengan kembalinya Song, beliau dijangka akan bergerak lebih bebas keatas.

Arsenal kali ini terpaksa berdepan dengan bekas kapten pasukan Arsenal iaitu Patrik Vieira yang dijangka akan beraksi menetang bekas kelab beliau. Beliau akan bersama Kolo Toure dan Adebayor kali ini. Sudah tentu peminat Arsenal akan menyambut kedatangan Vieira dengan baik tetapi sambutan ke atas Adebayor dijangka agak panas.

Pada perlawanan pertama di Man City, Arsenal tewas 4-2 dan perlawanan tersebut dikenang sebagai perlawanan paling emosi pernah ditunjukkan. Dengan tindakan Adebayor yang menyepak muka bekas rakan pasukan beliau iaitu Robin van Persi serta terjahan keras keatas Cesc Fabregas. Itu menunjukkan yang Adebayor menyimpan dendam keatas pemain tersebut.

Tetapi situasi sekarang berbeza, Robin van Persi sudah semestinya mahu membuktikan diri beliau bagi membantu Arsenal membalas dendam keatas Man City. Beliau dijangkakan akan bergandingan dengan Nicklas Bendtner serta Theo Walcott.

Masihkan anda ingat aksi ini???Aku rasa semua fan Arsenal yang tengok game pada hari tu masih teringat dengan aksi gila Adebayor yang memprovokasikan penyokong Arsenal yang datang ke Man City. Adakan malam ini situasi sama akan terjadi??aku rasa pada malam ini Adebayor akan berpijak dibumi yang nyata dan akan malu menerima kekalahan kepada Arsenal.

Jadi ayuh Gooners, bangun la dari kekecewaan musim ini. Teruskan menyokong Arsenal walau apapun terjadi. Memang musim ini sekali lagi kita tidak dapat bau cium piala, tetapi masih ada benda yang mahu diperjuangkan oleh pasukan muda Arsenal. So malam ini, jam 12.30 malam di Astro ESPN812 akan ada siaran langsung. Aku predict 2-1 malam ini!!!

KAMON ARSENAL!!!!!BEAT ADEBAYOR!!!GOOOOO ARSENAL GOOOOO!!!!


5 comments:

  1. kena menang...aku pown heran...masa kalah ngan Wigan tuh aku rasa sumer pakat2 tak mau tgk dh kot baki game musim nie...tp bila nak start ja game mggu nie..pakat2 ramai plak tak sabiaq nak tgk...hehe
    Biasa la bola..kadang duk atas..kdang jatuh tersembam...so tetapi kan hati anda,insan yang cemerlang datangnya dari hati yang baik ya...hehehe

    ReplyDelete
  2. mane bulih seputra..mmg lah time kalah frust menimbun.. tp ati ttp the gunners.. standard ar tu..sape yg bleh terima kekalahan ngan wigan tahap mcm tu.. aku dh nk rasmikan kemenangan tu..lek2 jer wigan sebat 3 gol..

    Game lwn city ni aku bkn mgharapkan arsenal maraih 3 mata mengejar 2 member kat ats nun..tp lebih kpd misi pembalasan si pitung.. adebayor mesti diadibahkan!! nak2 persie dh kua Hospital Pantai ni aku dh rasa kacak jer mlm ni.. aku x nak predict ape2 aku cuma nak arsenal menang jer bai..

    ReplyDelete
  3. harapannnn ati kuuu ingin tgk gunners menangggg....
    ttp apakn daya...aku t'lenaaaaa...kakakaka

    jaga terus jer check soccernet...tgk ade pic mankayu celebrate gol...mana nih report arsenal???!! sekali tgk leklok...draw plak dahhhh...abis terus punah harapan aku nk tgk gunners kembali bersaing at least 2nd place..huhu..dlm bola sepak selain talent, teknik & taktikal...faktor luck@rezki amat memainkn peranan...

    mmg skuad gunners musim ni sgt kuat utk memenangi sesuatu, tp disebabkn dek kecederaan yg sgt serius m'babitkn star2...kita t'paksa bermain dgn 2nd skuad hingga abis musim. apapn aku tetap bangga sbb xpa belanja byk & dgn player yg muda2...kita mampu kekal selaku top 4. ramai pundek2 meramalkn arsenal akn tamatkn musim luar top 4...ternyata amat salah sama sekali.

    so pada sesiapa yg bergelar the gooners...tetap berbangga lah dgn pencapaian the gunners musim ni. harap2 musim dpn lebih cemerlang & kita leh tgk bbrp player2 br yg AW akn bawa masuk. aku juga harap AW terus berada di emirates smpi dia mati....

    PROUD TO BE A GOONAH!!!!!!

    ReplyDelete
  4. tertutup sudah peluang arsenal. kah kah kah. lembab betul.

    ReplyDelete
  5. BILA NAK UPDATE BLOOG NI BRO???????

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan