Preview: Arsenal FC v Wolverhampton

Esok Arsenal bakal membuka lembaran baru saingan Liga Perdana Inggeris apabila Wolves akan menjadi tetamu di Stadium Emirates nanti. Dengan pertemuan Manchester v Chelsea di Old Trafford pada awal mlm esok, Arsenal dilihat akan kembali merapatkan kedudukan sekiranya Arsenal berjaya mengalahkan Wolves. Dengan berita kecederaan yang kembali menghantui kem Arsenal, Wenger dilihat kembali resah. Berikut adalah barisan kemungkinan Arsenal pada esok malam :

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Traore
Rosicky---Song---Denilson
Walcott---Bendtner---Nasri

Dengan kecederan yang menimpa barisan utama Arsenal ketika menentang Barcelona awal pagi Khamis lepas, dengan Gallas, Arshavin terkeluar selama 3 minggu dan kapten kesayangan kita iaitu Cesc Fabregas disahkan berehat selama 6 minggu. Arsenal dilihat akan menggunakan pemain simpanan yang sedia ada. Dengan Rosicky, Walcott, Eduardo, Merida, Vela dan juga Eastmond mampu menggalas cabaran untuk baki musim ini.

Pada malam esok, Arsenal dijangka mampu mencatatkan kemenangan mudah keatas Wolves yang masih bergelut untuk menjarakkan diri dari zon penyingkiran. Dengan ketiadaan Fabregas, ramai mengharapkan Nasri menggantikan tempat beliau tetapi aku berasa perkara tersebut takkan menjadi kenyataan memandangan Wenger lebih gemar menggunakan Nasri dibahagian sayap.

Kecederaan Arshavin telah membataskan percaturan Wenger kali ini, sekiranya Arshavin dapat bermain aku yakin tempat Fabregas akan di ambil oleh Nasri, yang dilihat lebih berpotensi menjadi pengganti Fabregas. Bendtner dilihat akan terus menjadi target-man Arsenal dan Walcott dilihat akan memulakan aksi selepas menampilkan aksi mengujakan pada awal Khamis lepas.

Bahagian tengah akan di ketuai oleh Rosicky yang dilihat akan memulakan aksi selepas ketiadaan Cesc Fabregas. Beliau dilihat sebagai pengganti paling ideal dengan mampu mengatur serangan dari bahagian tengah. Beliau akan digandingkan bersama Alex Song serta Denilson. Diaby dilihat akan diberi rehat yang cukup untuk menghadapi Barcelona di Nou Camp awal pagi Rabu nanti.

Bahagian pertahanan pula dijangkakan Campbell akan kembali kedalam skuad bagi memperkukuhkan bahagian pertahanan Arsenal bersama-sama orang besi Arsenal, Thomas Vermaelen. Sagna dilihat akan terus beraksi tetapi Eboue juga dilihat berkemungkinan besar akan beraksi untuk merehatkan Sagna. Clichy pula mungkin akan direhatkan dan diganti oleh Traore yang sudah lama tidak beraksi. Jadi dengan kembali gandingan mantap pertahanan Arsenal, tidak ada alasan Arsenal tidak boleh mengalahkan Wolves serta mengelakkan dari dibocori pihak lawan.

Untuk perlawanan kali ini, Arsenal akan diuji tahap mentaliti pasukan yang kehilangan tonggak penting terutamanya kapten pasukan Cesc Fabregas. Almunia dilihat akan memegang lilitan kapten tersebut. Pasukan ini perlu sekali lagi membuktikan yang tanpa Fabregas Arsenal mampu mencatatkan kemenangan bergaya.

So to all Gooners semalaysia, kita masih ada peluang untuk memenangi kejuaraan musim ini dengan EPL peluang masih terbuka luas, UEFA Champion League juga memberi secebit harapan untuk Arsenal kembali membenam Barcelona dihalaman mereka. So, esok malam tepat jam 10mlm Arsenal akan melayan kunjungan Wolverhampton dan siaran langsung akan ditayang di Astro ESPN812. So ayuh penuhkan kerusi di port terdekat anda.Sebelum aku akhiri, aku predict game esok Arsenal menang 3-0.

Keep Faith in Arsenal!!!We Always To Be A Gooners!!!

Comments

  1. kejap ko kate nasri tak akan menjadi kenyataan amik tmpat fab pastu ko letak nasri pengganti fabregas plak,,,haha

    ReplyDelete
  2. untuk game nie ja...sbb tak da sapa nak back up tmpat arcabin..klu arcabin men,mmg nasri la amek tmpt Cesc

    ReplyDelete
  3. tgk 2 match yg lepas prestasi arsenal menurun , ni pandangan aku la, sebabnya ialah song main pertahanan so x de sapa nak stop bahagian midfield then pass bola kat Fabregas oe nasri oe diaby. Klu dia AW trn kan formasi yg sama jugak aku rasa mmg ada problenm la match mlm ni.

    IZhar

    ReplyDelete
  4. halamak seputra aku baru nk predict 3-0..hehe..xpe lah aku predict Arsenal 4-1 Wolves..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil