Eduardo mahu kembali ke Brazil, Sagna diintai kelab gergasi Itali


Penyerang Arsenal, Eduardo Da Silva mengakui yang beliau pernah mengimpikan untuk bermain bersama kelab Brazil, Vasco Da Gama sambil berkata beliau pasti akan pulang ke negara kelahirannya itu. Eduardo yang berasal dari Brazil dan bermain untuk pasukan kebangsaan Croatia mempunyai kontrak panjang sehingga 2014 bersama Arsenal dan selepas itu beliau mahu menghabiskan kariernya bersama kelab Brazil itu.

Eduardo berkata, sejak kecil lagi beliau berhasrat untuk menyarung jersi pasukan 'Giant of the Hill' itu sambil mengakui, Romario adalah idolanya sewaktu itu. Sehingga sekarang, Romario masih menjadi idolanya dan kerana itu juga beliau berusaha untuk menjadi penyerang seperti Romario.

Walau bagaimanapun, buat ketika ini Eduardo hanya mahu menumpukan kariernya bersama Arsenal dan tidak pernah sesekali memikirkan untuk keluar dari Arsenal selagi kontraknya bersama The Gunners masih ada. Eduardo juga berkata, dia perlu fokus bagi perlawanan derby antara Arsenal dengan Tottenham Hotspurs di Stadium White Hart Lane malam ini.

Selain itu, ada laporan menyebut penyerang yang pernah digelar 'Fox in the box' ini sedang diintai oleh Olimpique Lyon. Namun sejauh mana kesahihan berita ini, tidak dapat dipastikan lagi.

Ejen kepada Bek Kanan Arsenal, Bacary Sagna melaporkan kelab gergasi Itali, Inter Milan sedang mengintai kliennya untuk musim perpindahan yang akan dibuka Mei nanti. Pengurus Inter, Jose Mourinho begitu terdesak untuk menggantikan Maicon, pertahanan Inter sekiranya Real Madrid benar-benar berhasrat untuk membawa pemain Inter itu ke Stadium Bernabeu.


Sagna yang dibeli dari kelab Auxerre oleh Arsenal pada musim 2007/2008 adalah pembelian berbaloi Arsenal selain penyerang The Gunners, Eduardo Da Silva. Kemunculan Bek Kanan ini memberi impak positif kepada pasukan The Gunners dalam mengejar kejuaraan EPL pada musim 2007/2008 sehingga dicalonkan sebagai Bek Kanan Terbaik Liga Perdana Inggeris.


Sehingga sekarang, Sagna telah membuat kemunculan sebanyak 94 kali di bawah kendalian pengurus Arsene Wenger. Walau bagaimanapun, ejennya berkata bahawa Sagna terlalu gembira berada di London dan masih sayangkan The Gunners serta mahu menumpukan kariernya bersama Arsenal sahaja.


Ada juga rumours menyebut, Arsenal sedang membuat lamaran ke atas pemain pertahanan Hull City, Steven Mouyokolo. Berita ini dikaitkan dengan Arsenal sejak 2 tahun lepas di mana berita terbaru menyebut, Stoke City dan Liverpool akan menyertai Arsenal dalam usaha mendapatkan pertahanan muda Perancis ini. Sedikit info berkenaan dengan pemain ini :-


Nama - Steven Mouyokolo
Tarikh Lahir - 24 Jan 1987
Kelahiran - Melun, Perancis
Karier - LB Chateauroux, Ligue 2 (2006)
FC Gueugnon (2007)
FC Boulogne (2007)
Hull City (2009)
Posisi - Pertahanan





Arsenal.com melaporkan, pengurus Arsene Wenger masih belum membuat keputusan dalam isu kontrak Sol Campbell bersama Arsenal. Campbell yang menyertai semula The Gunners secara percuma pada musim perpindahan Januari yang lalu cuma diberi kontrak jangka pendek.

Pemain berusia 35 tahun itu dijangka membuat penampilan bersama The Gunners menentang Tottenham Hotspurs malam ini dan berhubung dengan itu Wenger ditanya jikalau perlawanan ini akan menjadi titik tolak bagi kontrak Campbell, respon Wenger :-

"Belum tahu lagi sebab saya tak tahu apa akan saya lakukan nanti.."

"Pada mulanya dia datang ke Emirates dan minta jika saya boleh membantunya mengembalikan kecergasan. Sekarang dia telah bermain dengan kami dan akan diturunkan menentang Tottenham Hotspurs." "

Jadi, tak bermakna Campbell telah diberi kontrak yang baru.."




Lewat minggu lalu, Kapten Arsenal, Cesc Fabregas sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Sepanyol, Barcelona akhir musim ini. Selain Barcelona, kelab terkaya Liga Perdana Inggeris, Manchester City juga akan membuat bidaan dalam mendapatkan Fabregas. Manchester City telah mengesahkan bahawa pihak atasan City telah membenarkan pembelian Fabregas dengan jumlah £50 juta, jauh lebih tinggi dari bidaan yang dibuat Barca.


Justeru itu, pengurus Arsene Wenger pantas menafikan dakwaan itu. Wenger mempunyai banyak sebab mengapa kapten itu tidak akan meninggalkan Arsenal.


"Anda mahu lihat kontrak panjangnya? Pemain yang masih mempunyai kontrak bersama Arsenal, keputusan terletak di tangan kami."


"Kelab Arsenal bukan di bawah tekanan kewangan. Kami diurus dengan baik dan kami diberi satu kelebihan dalam membuat keputusan berhubung dengan masa depan pemain kami."


"Kedua, kami ingin jadi pasukan yang lebih baik dari sekarang. Bermakna, kami sentiasa akan mengekalkan pemain terbaik kami."




Arsenal.com melaporkan penyerang dan pertahanan Arsenal, Andrey Arshavin dan Willian Gallas (kedua-duanya mengalami kecederaan betis) masih tidak dapat diturunkan bagi perlawanan menentang derby malam nanti dan tidak tahu bila mereka akan cergas sepenuhnya.


Alex Song pula dilihat gagal cergas sejak perlawanan menentang Barcelona minggu lalu. Pengurus Arsenal memberitahu, Song akan direhatkan selama 2 minggu lagi.


Untuk rekod terkini, Cesc Fabregas, Kieran Gibbs, Aaron Ramsey dan Johan Djourou masih berada dalam senarai kecederaan bersama-sama Andrey Arshavin, William Gallas dan Alex Song.







Comments

  1. Pretty component of content. I just stumbled upon your website and
    in accession capital to claim that I get in fact loved account
    your blog posts. Anyway I will be subscribing to your feeds and even I success you get
    right of entry to persistently rapidly.
    my site :: latest arsenal transfer news

    ReplyDelete
  2. What a data of un-ambiguity and preserveness of valuable
    know-how on the topic of unpredicted emotions.
    Also visit my page ... chelsea transfer news cavani

    ReplyDelete
  3. Its not my first time to pay a visit this web site, i am browsing this web site dailly and obtain
    good information from here daily.
    Check out my web blog ... transfer news arsenal today

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil