Berita Buruk!!Fabregas Rehat 6 Minggu

Berita buruk melanda skuad Arsenal lepas aksi menentang Barcelona awal pagi tadi. Dengan beberapa pemain yang baru sembuh dari kecederaan telah kembali menerima rawatan dan dijangka akan berehat panjang. Selepas aksi terbaik yang dipamerkan kedua belah pihak, Arsenal paling malang dengan 3 orang pemain utama cedera dengan Fabregas, Gallas serta Arshavin seperti terpaksa melupakan baki musim ini.

Kecederaan Fabregas berlaku selepas menerima terjahan dari Carlos Puyol.Kaki beliau yang tersepit dicelah paha Puyol memberi kesan yang begitu menyedihkan dengan kemungkinan tulang fibula beliau retak. Dan sebentar tadi aku mendapat tahu dari soccernet yang Fabregas berkemungkinan akan berehat sekurang-kurangnya 6 minggu.

Ini bermakna beliau akan terlepas keseluruhan kempen musim ini dan dijangka akan tercicir dari menyertai skuad Sepanyol ke Piala Dunia di Afrika Selatan Jun nanti. Tetapi sekiranya beliau berjaya pulih pada pertengahan bulan hadapan, beliau berkemungkinan akan dapat beraksi kembali dan akan turut bersama pasukan kebangsaan ke Afrika.

William Gallas yang membuat kemunculan mengejut ketika menentang Barcelona awal pagi semalam disahkan kembali mengalami kecederaan betis, dimana kecederaan lama beliau kembali berulang. Gallas yang baru sembuh dari kecederaan sebelum ini, telah di letakkan sebagai pemain utama dan Wenger ternyata meluahkan kekesalan kerana mengambil risiko mengunakan Gallas yang baru saja sembuh dari kecederaan.

Aku pun terkejut beb, tetibe Gallas boleh main. Dan apa sudah jadi bila pemain yang belum fit sepenuhnya bermain, dia akan mudah mendapat kecederaan sama sekiranya memberi 100% usaha atas permainan beliau. Dengen kecederaan terbaru ini, Gallas dijangka akan melupakan baki kempen musim ini, tetapi masih menaruh harapan dapat bersama Perancis ke Afrika Selatan.

Ini pula berkenaan kecederaan Andrey Arshavin, beliau yang keluar pada separuh masa pertama dan digantikan oleh Eboue menambahkan lagi berita buruk di kem Arsenal. Beliau disahkan mengalami kecederaan hampir serupa dengan Gallas dimana betis beliau mengalami kecederaan. Arshavin dijangka akan diketepikan selama 3 minggu dan akan terlepas aksi kedua menetang Barcelona di Nou Camp nanti serta perlawanan derby menentang Tottenham Hotspur.

Dengan berita kecederaan yang semakin meruncing dikala Arsenal sedang mengejar kejuaraan, dengan baki perlawanan yang hanya tinggal 6 perlawanan. Arsenal perlu mengelak dari terus terjebak dengan kecederaan serius pemain utama mereka. Selepas kapten pasukan, Fabregas dijangka akan melupakan baki musim ini, Arsenal dilihat masih memiliki pemain yang berkualiti yang mampu menggalas cabaran bagi merealisasikan impian kejuraan musim ini.

So aku berharap sangat yang Wenger mampu mencorakkan taktikal yang berkesan serta terus memortivasikan anak buah beliau supaya membuktikan kemampuan pasukan muda Arsenal yang semakin garang ini. So fan Arsenal tidak perlu bimbang dengan berita terbaru ini dan teruskan kepercayaan kepada Wenger dalam mencorakkan permainan bagi baki musim ini. So kepada Fabregas, Gallas dan Arshavin...Get Well Soon!!We All Gooners Will Miss U !!!


Comments

  1. Aduh.. Btol2 AW kena beli 4 spot, GK, CB, CAM, ST.. Hrpnya semua tu tak jejas kempen memburu EPL..

    ReplyDelete
  2. tak cukup player nak back up mcm nie...hope ada player muda yang bleh diserapkan tuk baki kempen kali nie..Barazite dh bleh panggil...tapi masalah skrg nie melanda Defend tengah...fenin pale

    ReplyDelete
  3. *al-Fatihah utk arwah Din Beramboi...

    ReplyDelete
  4. Terkejut gak aku dengaq berita Din Beramboi dh meninggal dunia...baru ja duk layan dia mggu lepas...tu la,ajal ditangan Allah..Al-fatihah tuk Din Beramboi!

    ReplyDelete
  5. "Alex, jika saya tiada lagi di Era, awaklah pengganti saya!!"

    ReplyDelete
  6. gua mmg sedih ngan medical ars la.. dr dulu lg.. smua player ars baru sembuh dh injured blik..cap ayam punya medical..

    ReplyDelete
  7. aku dah lama setuju ngan anonymous 7.21AM punya analisis tuh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil