Berita Baik!! RVP akan Kembali 14 hari lagi...


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, dalam 14 hari lagi, Robin van Persie akan pulih dari kecederaan pergelangan kaki, dan mula mengikuti sesi latihan bersama skuad utama. Bila hasilnya amat memuaskan, Van Persie boleh terus dimasukkan sebagai pemain utama Arsenal.

"Berita terakhir dari Robin van Persie sangat memuaskan. Namun, kami masih harus menunggu dua minggu lagi untuk menguji secara penuh dalam latihan skuad utama," kata Wenger.

"Mudah-mudahan RVP boleh beraksi dalam baki perlawanan musim ini" katanya.

Van Persie mengalami kecederaan apabila mewakili pasukan Belanda dalam perlawanan persahabatan melawan Itali, pada bulan November 2009 . Ia dijangka bakal berehat sehingga musim ini berakhir. Namun, proses pemulihan berjalan lebih cepat dari apa yang jangka.

Jika rancangan Arsene Wenger berjalan lancar, Van Persie masih boleh beraksi di empat perlawanan terakhir Premier League, iaitu melawan Wigan Athletic (18/4/2010), Manchester City (24/4/2010), Blackburn Rovers (1/5/2010), dan Fulham (9/5/2010). (AP)

Comments

  1. terbaek la rvp..cepat2 sembuh

    tlg click boleh x?

    http://malaysia.youthsays.com/azr54great/italkwhoa

    http://malaysia.youthsays.com/azr54great/everyoneconnects

    http://malaysia.youthsays.com/azr54great/digithenextlevel

    http://malaysia.youthsays.com/azr54great/maggi-me-my-way-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil