Bendtner Penyelamat Arsenal!!!

Nicklas Bendtner sekali lagi menjadi penyelamat Arsenal selepas beliau menyempurnakan hantaran Sagna dengan tandukan yang berjaya menewaskan penjaga gol Wolves. Sebelum kemasukan Bendtner dan Nasri, Arsenal dilihat gagal mencari gol walaupun begitu banyak peluang di perolehi terutama dari Eduardo serta Walcott. Berikut adalah kesebelasan utama Arsenal.

Arsenal's Team XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Silvestre
Rosicky---Song---Denilson
Walcott---Eduardo---Eboue

Subs: Fabianski, Clichy, Eastmond, Diaby, Nasri, Bendtner, Vela.

Wenger membuat 7 pertukaran pemain dengan merehatkan beberapa pemain bagi pertemuan dengan Barcelona awal pagi Rabu nanti. Dengan Campbell, Silvestre, Rosicky, Denilson, Walcott, Ebou serta Eduardo dipilih sebagai pemain pemulaan. Arsenal yang beraksi tanpa kelibat Fabregas nampak tidak menghadapi masalah pada awal permainan.

Awal separuh masa pertama Arsenal dilihat begitu baik mengatur serangan kekubu Wolves. Arsenal beroleh peluang pertama apabila Eduardo yang kembali beraksi setelah sekian lama gagal menyudahkan hantaran Walcott dengan baik. Walcott juga beraksi begitu baik pada awal permainan dengan lari deras serta hantaran dalam kawasan bahaya memberi tekanan kepada Wolves.

Tetapi segala peluang gagal disudahi dengan baik. Wolves yang cuba mengelak dari kekalahan bagi mengekalkan tempat di EPL bermain begitu berdisiplin dengan mengekang asakan bertubi-tubi dari Arsenal. Tamat separuh masa, Arsenal masih gagal mencari gol pendahuluan.

Separuh masa kedua bermula dengan Wolves membuat asakan bagi mencari gol. Tetapi gandingan Campbell-Vermaelen begitu cemerlang bertahan. Aku cukup tertarik dengan gandingan tersebut kerana rekod menunjukkan yang Campbell dan Vermaelen mampu bertahan dengan baik. Arsenal kemudianya membuat beberapa gerakan yang hampir sahaja menjaringkan gol pendahuluan tetapi penjaga gol Wolves begitu cemerlang pada malam ini.

Wenge mula merasa tertekan dengan pemain tidak kreatif dalam membuat gerakkan. Rosicky gagal berbuat apa-apa, begitu juga Eboue yang bermain di sayap kiri Arsenal. Jadi Wenger membuat pertukaran dengan membawa masuk Bendtner pada minit ke-64 mengantikan Eboue serta Nasri pada minit ke-71 mengantikan Song. Hasilnya Arsenal lebih mengancam selepas kemasukan mereka.

Sebelum kemasukan Nasri, Wolves beraksi 10 orang selepas Karl Henry dibuang padang akibat terjahan keras keatas Rosicky. Dengan kelebihan seorang pemain, Arsenal sepatutnya mampu beraksi dengan lebih baik,tetapi masih gagal membuat apa-apa.

Kemudian Wenger memasukan Vela mengantikan Eduardo serta meletakkan Vermaelen di back kiri bagi mencari gol kemenangan. Ketika perlawanan hampir tamat dengan Arsene Wenger yang terlalu kecewa dengan aksi anak buahnya, muncul Bendtner menjadi penyelamat Arsenal pada minit ke-93.

Gerakan yang bermula dari Nasri yang membuat tolakkan bola kepada Walcott untuk beliau mengumpang kepada Sagna. Sagna yang mempunyai ruang secukupnya membuat hantaran kedalam kawasan penalti Wolves. Hasilnya hantaran tersebut menemui Bentner yang gagal dijaga kemas oleh Zubar, Bendtner bijak menanduk bola tersebut menewaskan Hahnemann yang beraksi sangat cemerlang sepanjang 90 minit. Sekali gus gol tersebut menjadi gol kemenangan Arsenal. Tahniah Arsenal. Tahniah Bendtner!

Dengan kemenangan pada malam ini, Arsenal kembali memungut 3 mata berharga selepas mempersia-siakan peluang pada minggu lepas. Arsenal kembali menjadi pencabar kejuaraan selepas Manchester tewas kepada Chelsea 2-1 di Old Trafford. Kini dengan hanya dipisahkan dengan 3 mata dari pendahulu, Arsenal dilihat masih mempunyai peluang bagi mencabar kejuaraan kali ini. Kemenangan yang cukup bermakna. So sekali lagi tahniah Arsenal atas kemenangan yang mencuakkan ini...!!!


Keep Trust in Arsene!!!Come on Arsenal!!!Barcelona Next!!!

Comments

  1. TLG JGN BUAT FAN SAKIT JANTUNG.. HAHAHA!

    ReplyDelete
  2. Asenal mmg pakar dalam gOl last minute..
    hahaha...
    debOr aq tgk..

    ReplyDelete
  3. hahaha..
    bukan tak boleh buat...peluang 1st half ja bleh leading 3-0,tapi sumer hampeh...
    Sib baik bendi nie makin bagus..mmg terbaik lah!

    ReplyDelete
  4. aduuhhh...aku dah memaki hamun selama 90 minit...lepas dpt gol pun aku maki hamun lagi, kenapa la ko buat last minit gak...!!!! dada aku semakin sakit tau...tolong la jgn buat begini lg....aduuuhhhh

    ReplyDelete
  5. Wakakaka.. korang pun kena gak..? seb bek buah pinggang aku berfungsi lg.. leh la jerit gol last2 minit.. Hahaha.. Yg plg aku tak thn, bila smpai je dpn gol Wolves, aku berdiri bg semangat.. tp hampa.. Hahahaha!

    ReplyDelete
  6. si bendi nie kena makan sumpah aku baru nak gol...vavi!!! tp yg ptg menang!!!

    ReplyDelete
  7. kalau si tanggang derhaka, emak dia sumpah jd batu...klu bendner derhaka tak buat gol, ko sumpah dia buat gol last minit...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil