06 April 2010

Arsenal miliki semangat juang

LONDON - Arsene Wenger yakin para pemain Arsenal mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi juara Liga Perdana England musim ini.

Selain itu, Arsenal mampu menghadapi ujian terbesar dalam sejarah kelab itu apabila bertemu Barcelona pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Skuad The Gunners mempunyai tugas berat untuk menewaskan juara Sepanyol itu selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Emirates minggu lalu.

Sabtu lalu, Nicklas Bendtner muncul wira selepas dia menjaringkan gol pada masa kece- deraan untuk mengesahkan kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Wolverhampton Wanderers.

Kemenangan ini terus menghidupkan peluang Arsenal memburu gelaran Liga Perdana England musim ini.

"Semangat tersebut amat diperlukan apabila kami bertemu Barcelona. Ia tentang ketahanan mental.

"Pemain saya memiliki kegigihan dan kekua- tan mental. Sebab itu saya mahukan mereka berjaya kerana saya rasa dalam diri dan kepala mereka ada semangat untuk menjadi juara.

"Mudah untuk kita berputus asa tetapi bukan sesuatu yang mudah untuk kita mene- ruskan perjuangan biar apa yang berlaku," kata Wenger.

Pada aksi pertama minggu lalu, Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Barcelona 2-2 dan Wenger mengakui semangat juang pemain muda kelab itu cukup tinggi.

"Kami pernah ketinggalan 11 mata daripada pendahulu Liga Perdana England dan semua orang menganggap kami sudah terkeluar dari- pada saingan. Begitu juga ketika kami diundi untuk bertemu Barcelona.

"Tetapi untuk bangkit dan tidak kalah, kamu memerlukan sesuatu yang istimewa. Kamu boleh tewas 0-7 kepada Barcelona jika kamu tidak memiliki semangat," tegas Wenger. - Agensi

(Dipetik dari Kosmo)

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan