Adler bakal pengganti Lehmann...

Assalamualaikum..Dah lama tk dengor berita kt blog nih,, kesian mana-mana gooners yang still support blog..Bukan apa, Harapan untuk melihat Arsenal pegang piala sekurang-kuranya satu piala musim ni lebur macam tu sahaja. Disamping masalah kecederaan pemain utama kita..pemain yang boleh bermainpun bermasalah sebenarnya. Jadi AW telah mengambil pengajaran daripada musim ini dan akan memasukkan beberapa bintang yang akan mendatangkan piala untuk Arsenal Musim depan.

Arsene Wenger bakal membeli penjaga tiang gol pasukan Jerman dan Bayer Leverkusen, Rene Adler, Wenger telah menilai Adler sebagai bagi jawapan kepada pertahanan Arsenal.

Penjaga gol memang menjadi masalah serius Arsenal musim ini. Menjadi poin kritikal yang kerap menyebabkan kegagalan meraih 3 mata. Manuel Almunia masalah dengan konsentrasi, Lukasz Fabianski selalu kehilangan fokus dan melakukan Kesilapan bodoh.

Akibatnya, Arsenal menjadi kelab dengan rekod bolos terbanyak top 4 EPL. Hingga ke perlawanan-35, Arsenal mencipta rekod jaringan/bolos 78-39.

Walaupun begitu, Wenger masih boleh bersabar. Dalam perlawanan kali terakhir melawan Tottenham Hotspur dan Wigan Athletic, Almunia dan Fabianski diberikan kesempatan membuktikan diri mereka. Apa yang kita dapat, Almunia bolos dua gol, Fabianski bolos tiga gol dalam masa 10 minit.

Dah sedia maklum Arsenal kalah dalam dua pertandingan tu. Masih terperuk di tempat ketiga dengan 71 mata, beza enam mata dari Chelsea di puncak EPL. Dengan tiga perlawanan lagi untuk menghabiskan musim yang penuh malang ni, Arsenal masih berharap dapat menempatkan diri sekurang-kurangnya dapat memintas Mu. Bayangan mengakhiri musim tanpa piala untuk kelima kalinya secara berturut membuatkan AW berfikir untuk bersikap lebih boros di transfer window akhir musim ini, dengan Adler sebagai target utama, Selepas Maroune Chamaks telah mengkompomkan dirinya untuk berjuang di musim hadapan.

Masih belum diketahui apakah Leverkusen boleh melepaskan Adler untuk Arsenal. Yang pasti Arsenal perlu menyediakan 16 juta euro untuk mendapatkannya..

Comments

  1. sekarang ini ape2 keeper pun aku setuju kalo arsenal nak beli..janganlah diharapka lagi keeper sedia ada mcam almunium dan fabianski..carilah keeper yang betul2 berpengalamman dan bertaraf dunia spt Gianluigi Buffon,Júlio César,Igor Akinfeev,Andrés Palop,Hilario Gomez,Hugo Lloris,Alexander Doni,Timo Hildebrand atau Maarten Stekelenburg kerana arsenal mempunyai wang yg mencukupi dan Arsenal adalah sebuah kelab yang kaya dan bertaraf dunia!!!Bukan kelab cikai...

    Apalah salahnya beli pemain2 ini jika pulangannya berbaloi dan tiada lagi aksi budak sekolah atau simple mistake yg berlaku seperti yang ditunjukkan oleh keeper2 arsenal sekarang ni...tetapi bagi aku WOW is very amazing jika AW beli Gianluigi Buffon untuk bermain bersama arsenal..like dreams...bagi aku faktor umur bukan penghalang bagi seorang keeper memandangkan Jens Lehmann,Fabien Barthez,Oliver Kahn,Dida,David Seaman,Peter Schmeichel,Roberto Abbondanzieri,Van der Sar,Grégory Coupet,Santiago Cañizares,Antonios Nikopolidis malah khairul Azman Mohamed juga telah berjaya membuktikannya...

    ReplyDelete
  2. Pertahanan arsenal pada akhir musim ini menjadi masalah.Pertahanan kental vermaelen dan gallas dihimpit kecederaan.manakala penganti bagi bahagian pertahanan adalah silverstre dan sol campbell.Sol campbell diakuai pemain pertahanan yg berpengalam.bagi arsenal sol bermain dengan bagus sekali.manakala silvasre merupakan pertahanan yg selalu menberikan masalah buat arsenal.silverstre selalu memberikan ruang pada pihak lawan untuk menjaringkan gol dengan melalukan kesilapan pertahanan yg bodoh.Adakah arsenal akan teros menggunakan pertahanan yg sering melakukan tindakan bodoh seperti silverstre?harap2 A.W membuat percaturan yg baik ketika menurunkan pertahanan utama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil