22 March 2010

Zola: Arsenal lebih dari Chelsea dan setaraf Barcelona

Pengurus West Ham United, Gianfranco Zola telah berkata bahawa permainan bolasepak Arsenal adalah lebih baik daripada Chelsea.

Zola yang bermain sebagai penyerang Chelsea sejak tahun 1996 hingga 2003 berkata Arsenal hampir setara dengan lawan mereka di suku akhir Liga Juara-juara, Barcelona yang dikenali sebagai pasukan terbaik di seluruh Eropah.

"Semasa menentang Chelsea minggu lepas, mereka tidak bermain seperti kualiti yang dipunyai oleh Arsenal. Arsenal adalah pasukan yang memberi malapetaka kerana jika anda berikan sebarang ruang kepada mereka, mereka akan menghukum anda," The Mirror memetik Zola sebagai berkata.

"Arsenal yang setara dengan Barcelona, merupakan pasukan yang bermain dengan permainan bolasepak terbaik di Eropah ketika ini. Permainan mereka sangat menarik untuk ditonton. Samada mereka mampu melakukannya hingga ke akhir, itu kita belum pasti. Itulah persoalannya yang sering ditanya," tambahnya.

Tambahnya lagi, pasukannya telah melancarkan permainan yang sukar kepada Arsenal namun tewas 2-0 dalam perlawanan keduanya di Liga Perdana.

"Arsenal bermain permainan bolasepak yang agak baik, tapi adakalanya kami menentang mereka dengan bersungguh-sungguh," tambahnya lagi.

Zola percaya bahawa perebutan gelaran Liga Perdana kali ini agak panjang, dan pendahulu liga Manchester United terpaksa berhempas-pulas hingga ke akhir musim untuk menyaingi Arsenal dan Chelsea.

"Yang pasti, perebutan ini akan terus berlaku hingga ke akhirnya," tambah Zola.

(Dipetik dari Sify Sports)

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan