19 March 2010

Wenger akui bukan pilihan.

Wenger teruja tentang prospek menentang gergasi Spanyol.
Pengurus Arsenal Arsene Wenger optimis bahawa pihaknya mampu menundukkan Barcelona dan berusaha untuk ke separuh akhir Liga Juara-juara selepas diundi bersama dengan gergasi Spanyol dalam undian pada Jumaat lepas di Nyon.

Barcelona menewaskan Arsenal 2-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara pada 2006 dan kini dalam prestasi terbaik dalam liga tempatan serta kejohanan Eropah, dengan keadaan Lionel Messi yang begitu cemerlang.

“Saya percaya bahawa kami bukan pilihan,” kata Wenger selepas undian itu.

“Namun begitu, bagi saya peluangnya adalah 50-50 dan kami perlu menghadapinya.”

“Mereka adalah pasukan yang hebat, kami juga pasukan yang hebat, ia akan menjadi perlawanan yang hebat dan menarik bagi kedua-dua pasukan, dan kami akan pastikan untuk terus fokus dan berfikir dengan betul.”

Walau bagaimana pun, Wenger tidak akan memberi perhatian yang lebih kepada perlawanan itu pada waktu ini berbanding dengan pertemuan dengan West Ham pada hari Sabtu dalam Liga Perdana.

“Ia adalah lebih penting untuk terus focus kepada perlawanan esok menentang West Ham daripada memikirkan undian dengan Barcelona ini,” tambahnya lagi.

(Dipetik daripada Goal.com)

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan