Vermaelen belajar dari Campbell




Thomas Vermaelen mengaku banyak belajar dari rakan pertahanannya, Sol Campbell. Vermaelen merasa bertuah bermain bersama Campbell yang memiliki banyak pengalaman baik di peringkat kelab mahupun antarabangsa.

Sejak bergabung kembali bersama "The Gunners", Campbell telah beraksi sebanyak tujuh kali. Ia berjaya memperkukuhkan pertahanan "The Gunners" dan tolong menolong bersama Vermaelen.

"Aku boleh belajar banyak darinya (Campbell). Dia banyak bercakap ketika berada di padang latihan. Bagi orang muda seperti kami, sangat penting untuk memiliki pemain yang mempunyai banyak pengalaman dan sering memberi nasihat di padang," kata Vermaelen di web rasmi Arsenal.

Sebenarnya, pasangan utama Vermaelen adalah William Gallas. Namun, pemain asal Perancis itu kerap mengalami kecederaan dan perlu berulang-alik ke pusat rawatan. Meskipun begitu, Vermaelen merasa Arsenal tetap mampu bermain baik tanpa kehadiran Gallas.

"Gallas adalah pemain yang bagus untuk pasukan dan juga saya. Jika dia bermain, maka tugasku akan lebih mudah. Jika tidak, kami masih memiliki bek tengah lainnya seperti Mikael Silvestre dan Sol Campbell. Mereka berdua sangat berpengalaman dan aku bangga bermain dengan mereka," katanya. (ARS)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil