Update Arsenal News

Salam semua Arsenal fan, hari nie aku nak bawa sedikit news dari kem Arsenal sebelum sepak mula menetang Hull City esok malam. Aku tak mau mengulas lebih lanjut berkenaan perlawanan yang bakal berlangsung esok sebab aku akan muatkan dalam preview sebelum sepak mula nanti.

Pertamanya aku nak bawa berita mengenai nasib Arsene Wenger bersama Arsenal yang dikatakan sedang dipancing oleh Real Madrid selepas Madrid tersingkir peringkat kalah mati UEFA Champion League. Wenger menegaskan yang beliau tidak akan sekali-kali melanggar kontrak beliau untuk ke Real dengan kontrak beliau akan tamat tahun hadapan. Dan Wenger juga menegaskan yang kuasa duit tidak boleh menjamin kejayaan sesebuah pasukan. Beliau hanya fokus kepada aksi menentang Hull sahaja.

Cesc Fabregas yang tidak beraksi ketika Arsenal berpesta gol menentang Porto awal pagi Rabu lepas, sekali lagi dijangka tidak akan menyertai Arsenal berkunjung ke Hull City akibat kecederaan hamstring beliau yang masih belum sembuh sepenuhnya. Tetapi dengan ketiadaan Fabregas masih ada pemain yang mampu mengalas tugas beliau dengan prestasi semasa Nasri dilihat layak mengambil tempat beliau.

William Gallas pula dilihat masih belum boleh beraksi pada esok hari akibat kecederaan betis beliau yang agak serius dan telah terlepas aksi hampir sebulan yang lalu dan dilihat masih belum bersedia untuk turun berlatih bersama rakan pasukan. Gallas juga dikatakan sedang diperhatikan oleh AS Roma sekiranya beliau tidak menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal. Wenger juga dilihat masih berminat mengekalkan beliau di Arsenal. Aku rasa sekiranya Wenger berjaya mencari penganti Gallas pada musim panas nanti, Gallas berkemungkinan besar akan berpindah ke Roma.

Ini pula mengenai back kanan Arsenal yang beraksi baik ketika menentang Porto tempoh hari. Bakary Sagna telah mengalami kecederaan ankle dan dijangka akan direhatkan bagi perlawanan esok malam. Dengan ketiadaan Sagna, Arsenal tiada masalah untuk menggantikan beliau dengan Eboue yang kembali keprestasi terbaik akan mengambil tempat sebagai back kanan Arsenal.

Sol Campbell yang dilihat tidak mampu beraksi diperingkat tertinggi telah membuktikan yang beliau masih mampu memberi persembahan baik pada usia sebegini. Tetapi kecerdasan merupakan penghalang kepada Campbell, beliau masih belum berjaya beraksi untuk 2 perlawanan berturut2, selalunya akan one week in one week out. Pada perlawanan Rabu lepas, beliau mengalami masalah kekejangan otot dan Wenger merasakan yang beliau akan direhatkan dan akan memberi laluan kepada Silverster bergandingan bersama Vermaelen.

Akhir sekali, Arsenal bakal kehilangan Alex Song untuk pengantungan terakhir beliau. Song yang beraksi Rabu lepas berjaya membawa peranan sebagai defensive midfielder dengan sangat baik. Dengan ketiadaan beliau, Denilson berkemungkinan besar akan beraksi mengambil tempat beliau. Tetapi sekiranya Wenger ingin memberi peluang kepada Eastmond untuk menambah pengalaman, mengapa tidak. Eastmond juga merupakan pemain yang banyak membuat peningkatan musim ini. Tetapi Wenger mungkin tidak akan mengambil sebarang risiko pada ketika ini.

Hope Wenger berjaya membuat percaturan yang baik untuk perlawanan esok. Aku pun tak sabar dah nak layan game nie esok.Pa pun Arsenal kena menang perlawanan esok.
In Wenger We Trust!!!

Comments

  1. takleh nak bayang kalo arsene masuk madrid camne jadinya nanti. heheh.

    ooh, nampaknya line-up untuk esok amat kritikal sekali.

    ReplyDelete
  2. tahu tak per...kena ada org back up defensive midfielder jeh...n defend tengah

    ReplyDelete
  3. msti boleh nyer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil