UEFA Champion League: Arsenal v FC Porto (2nd Leg)

Halo sahabat2 kat Arsenal Malaysia, firstly aku minta maap sebab lambat wat preview maklum la kan aku nie bekerjaya orangnya..hehe.Ok berbalik kepada perlawanan penting awal pagi ini, Arsenal bakal menentukankan nasib dalam kancah UEFA Champion League apabila akan melayan kunjungan FC Porto untuk perlawanan kedua bagi 16 pasukan terakhir. Ini merupakan bayangan pasukan yang akan beraksi pada perlawanan awal pagi nanti:-

ArsenalMalaysia's Team Predicted XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy
Nasri---Song---Diaby
Walcott---Bendtner---Arshavin

Porto merupakan pasukan yang bagus dan bermain permainan menarik dengan beberapa muka baru yang dibawa oleh pengurus pasukan mereka, sememangnya Porto layak untuk beraksi pada tahap ini. Tetapi dengan rekod kunjungan ke London, Porto tewas ke semua 5 perlawanan terdahulu dengan perlawanan terakhir di gelanggang Arsenal mereka tewas 4-0 pada musim lepas dalam aksi kumpulan.

Tetapi ini tidak bermakna Arsenal akan mudah melepasi halangan Porto dan melangkah ke perlawanan seterusnya dengan senang hati. Arsenal perlu beraksi baik pada awal pagi nanti sekiranya mahu membuat kejutan keatas Porto yang mempunyai kelebihan hasil kemenangan di tempat sendiri 3 minggu lepas.

Sebelum perlawanan pada ucapan pre-match Wenger, beliau berkata yang kesemua 3 pasukan dari England akan layak ke suku akhir dan masih tidak berganjak dengan pendirian walaupun melihat pasukan beliau ketinggalan 2-1 pada aksi pertama terdahulu. Selain Arsenal, Chelsea dan Manchester United akan meneruskan aksi pasukan dari England walaupun Chelsea tewas perlawanan pertama 2-1 kepada Inter Milan dan Manchester United yang menang keatas AC Milan 3-2.

Wenger juga berharap anak didik beliau akan membuat sejarah baru pada pagi ini dengan skuad yang semakin tempang selepas ketiadaan kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan hamstring serta pertahan kental William Gallas yang mengalami kecederaan calf, supaya memenangi perlawanan ini sekaligus memberi harapan besar untuk merangkul 2 kejuaraan pada musim ini iaitu UEFA Champion League serta Liga Perdana England.

Pada awal pagi ini Arsenal bakal kehilangan pengaruh Fabregas yang beraksi cemerlang selepas kali terakhir kalah kepada Chelsea bulan lepas. Fabregas mengalami kecederaan hamstring sejurus selepas menjaringkan gol pembukaan ketika Arsenal mengalahkan pasukan kedua tercorot liga iaitu Burnley pada Sabtu lepas.

Kecederaan tersebut ternyata mengecewakan banyak pihak dan Fabregas tidak terlepas dari menyatakan kekecewaan beliau yang mana beliau amat berharap dapat beraksi pada perlawanan penting awal pagi nanti memandangkan Arsenal berada dalam kedudukan genting untuk melangkah ke perlawanan suku akhir.

Dengan ketiadaan beliau pada pagi nanti, aku percaya yang Wenger akan meletakkan harapan kepada Samir Nasri yang kembali ketahap terbaik beliau semasa perlawanan sabtu lalu. Nasri yang baru-baru ini popular didada akhbar kerana memakai boxer bercorak bunga menegaskan yang beliau bersedia mengambil tempat Fabregas selaku pemain tengah, dimana posisi tersebut merupakan posisi faveret beliau.

Nasri dijangka akan bergandingan dengan Alex Song yang tidak beraksi sabtu lalu akibat pengantungan serta turut dibantu oleh Abou Diaby yang kembali dari kecederaan selepas masuk mengantikan Cesc Fabregas pada perlawanan lalu.

Barisan pertahan pula akan ada perubahan dengan Gallas yang masih belum sembuh dari kecederaan calf akan di ambil alih oleh Sol Campbell yang kembali cergas selepas tidak beraksi pada perlawanan lalu. Campbell akan bergandingan dengan Thomas Vermaelen dibahagian tengah. Sagna dijangka akan kembali kedalam skuad selepas direhatkan bagi memberi ruang kepada Eboue beraksi pada Sabtu lalu dan Clichy akan terus kekal dibahagian kiri.

Sebelum perlawanan, Wenger mengatakan yang keputusan beliau membawa masuk Sol Campbell yang akan berusia 36 tahun awal September nanti adalah merupakan keputusan yang tepat dengan Campbell telah beraksi dalam perlawanan pertama di Porto menjaringkan gol penting untuk bekalan kepada Arsenal pada perlawanan kedua ini. Wenger juga memuji Campbell yang memberikan segala-gala ketika diatas padang dan teruja dengan aksi yang bertenaga yang ditunjukkan pada usia begini.

Barisan serangan Arsenal yang sedikit tumpul walaupun Walcott kembali memberi aksi terbaik sejak kembali dari kecederaan akan sekali lagi diketuai oleh Niklas Bendtner selaku penyerang tengah dan akan dibantu oleh Andrey Arshavin serta Theo Walcott. Bendtner yang dikritik kerana melepaskan begitu banyak peluang terbuka pada perlawanan sabtu lepas akan sekali lagi mendapat kepercayaan Arsene Wenger yang mana beliau merasakan Bendtner bermain baik pada perlawanan tersebut cuma nasib beliau di depan gol tidak berapa bagus dan perlu diberi perhatian oleh kem jurulatih Arsenal.

Arshavin dan Walcott merupakan calon paling sesuai untuk misi Arsenal bagi mengempur kubu kuat Porto yang akan cuba mempertahankan kelebihan mereka pada perlawanan pertama terdahulu dengan kemenangan 2-1 keatas Arsenal. So aku rasa malam ini Arsenal ada tugas berat untuk mengatasi Porto dengn keputusan 1-0 sudah cukup bagi melayakan diri ke perlawanan seterusnya. Tetapi harus diingat yang berkemungkinan perlawanan akan ditentukan dengan sepakan penalti sekiranya Arsenal memperoleh keputusan 2-1 sehingga tamat perlawanan 120 minit.

Bagi Arsenal, tiada inspirasi lain melainkan Aaron Ramsey menjadi nadi dan titik kebangkitan Arsenal musim ini dengan segala kemenangan dan harapan untuk mengapai sebuah piala hanyalah untuk membalas pengorbanan Aaron Ramsey. So ayuh fan Arsenal kita bersengkang mata pagi ini dengan menyaksikan perlawanan antara Arsenal v FC Porto di Stadium Emirates pada pukul 3.45 pagi di Astro ESPN812. Sebelum aku tutup bicara, aku menjangkakan Arsenal akan menang 3-1. In Wenger We Trust!!! Go Arsenal GO!!!

Comments

  1. rekod yg baik arsenal trhadap porto di emirates smmgnya meyakinkan aku bahawasanya arsenal akn terus mara.. tp mlihatkan barisan pemain yg akan turun pg nanti pastinya kerja keras amat diperlukan krn porto x boleh di pndg rendah..walaupun arsenal hanya memerlukan 1-0 sj tp amat memeritkan sekiranya bolos.. aku hrp barisan pertahanan kita x melakukan kesilapan yg boleh membunuh kemaraan arsenal..aku hrp almunia dpt mjaga gawang arsenal sebaik yg mgkin..sbb kdg2 almunia ni pun bleh tahan gak spoil nya..

    Apapun arsenal pasti mara.. memandangkan cesc xde aku predict Arsenal 2-0 Porto.. GO GUNNERS!!!

    ReplyDelete
  2. The Great Gunners!!

    5-0 belasah porto..mmg game yg terbaik. paling manis bila Bendtner proved all his critics that they are very2 wrong about him.the hatrics speak it loud. gol nasri mmg terbaik. gol eboue hasil dr counter attack yg jarang2 arsenal dpt season ni make the icing...

    Hull City in next game...we can do it even without our talisman captain. Come on Gunners...win the championship & be the king of europe!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil