UEFA Champion League: Arsenal Bergaya Atasi Porto 5-0!

Terbaik dari Arsenal, tiada ungkapan lain yang dapat mengambarkan kemenangan Arsenal pada pagi ini dengan begitu banyak gerakan dan pemainan cantik yang ditunjukan Arsenal. Ketiadaan kapten pasukan,Cesc Fabregas tidak begitu dirasai apabila Arsenal mudah melepasi halangan daripada Porto dengan kemenangan 5-0 di Emirates Stadium, dan aggregate 6-2 dan hero pada pagi ini ialah Nicklas Bendtner yang menjaringkan hatrik pertama beliau bersama Arsenal. Berikut ialah kesebelasan utama Arsenal yang diturunkan Wenger:-

Arsenal's Team XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy
Nasri---Song---Diaby
Rosicky---Bendtner---Arshavin

Subs: Fabianski, Armand Traore, Silvester,Walcott,Eboue,Denilson,Eduado.

Arsenal membuat perubahan pada skuad yang menang sabtu lepas ketika melayan Porto pagi tadi dengan memberi peluang kepada Campbell bergandingan dengan Vermaelen serta Song kembali mengisi dibahagian defensive midfielder dan Arshavin mengantikan Walcott dengan bermain di sebelah sayap kiri.

Arsenal yang memerlukan gol awal bagi menghidupkan peluang, ternyata impian tersebut menjadi kenyataan apabila Nicklas Bendtner membuka jaringan pada awal pemainan pada minit ke-9 selepas mendapat bola muntah hasil gerakan Nasri dan Arshavin dengn menolak mudah bola ke gawang Porto.

Kemudian Arsenal mengandakan asakan bagi menambah jaringan dan pada minit ke-25 Bendtner sekali lagi menjadi pemain yang menjaringkan gol apabila gerakkan yang dimulakan oleh Arshavin yang berjaya mengelecek pertahanan Porto masuk kedalam kotak penalti dan membuat hantaran kepada Bendtner yang tidak dijaga oleh pertahanan Porto dan Bendtner mudah menolak bola kegawang yang terbuka luas. First half Arsenal mendahului 2-0.

Pada separuh masa kedua Arsenal bermula agak perlahan, dengan Porto yang semakin terdesak mencari gol bagi sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti tetapi tersentak apabila Samir Nasri menjaringkan gol cantik pada minit ke-63. Nasri yang dikawal rapat oleh 3 orang pertahanan Porto berjaya mengelecek dan melepasi halangan sebelum merembat masuk melepasi penjaga gol Porto iaitu Helton ke penjuru gol. Gol yang menarik serta gerakkan solo yang menarik dari pemain yang terbaik.Arsenal mendahului 3-0 dan membunuh semangat melawan Porto yang cuba bangkit.

Tidak cukup dengan itu, Wenger membuat pertukaran dengan memasukan Eboue mengantikan Rosicky dibahagian sayap kanan. Dan hasilnya Eboue ternyata tidak mengecewakan pengurus beliau apabila menjaringkan gol ke-4 Arsenal pagi ini. Gol yang berpunca dari satu counter attack dari sepakkan sudut Porto, bola berjaya dikeluarkan pertahanan Arsenal dan Arshavin yang dikawal berjaya mencuri bola tersebut lalu membuat larian solo sambil dibantu Eboue dan Arshavin melorong bola kepada Eboue sebelum beliau memperdayakan Helton dan menolak bola ke dalam gawang yang tidak dijaga. 4-0 Arsenal mendahului pada minit ke-66.

Kemudian Bendtner melengkapkan malam gemilang Arsenal apabila menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-90 apabila Eboue dijatuhkan dalam kotak penalti sekali gus menjadikan malam terbaik bagi Nicklas Bendtner yang menjaringkan hatrik. Nampaknya Bendtner membalas balik kritikan keatas beliau.

Untuk keseluruhan pemainan, Arsenal bermain sebagai satu pasukan yang begitu baik ketika menyerang dan ampuh ketika bertahan dengan gandingan Sol Campbell dan Thomas Vermaelen membuktikan yang mereka mampu beraksi baik dan mengekalkan fokus dari dibolosi oleh penyerang Porto. Nasri dan Arshavin merupakan nadi pasukan pada pagi ini dengan beberapa gerakan menarik dan gol paling terbaik pada pagi ini semestinya gol yang dihasilkan oleh Samir Nasri (boxer bunga). Dan pujian aku juga tidak terlepas kepada prestasi terbaik yang ditunjukkan Nicklas Bendtner yang menyumbat hatrik pertama dalam karie beliau sebagai pemain Arsenal.

Habis pemainan 90minit, Arsenal berjaya layak ke suku akhir UEFA Champion League dengan sangat bergaya dan menunjukkan azam yang kuat bagi memburu piala musim ini.Aku rasa tak sia-sia aku bersengkang mata pada pagi ni. So to All Arsenal Supporter, Always Trust In Arsene Wenger!!! GO ARSENAL GO!!!

Comments

  1. BETUL2..TAK SESIA TNGK KAT TV PG2 NI..AWALAUPUN HR KERJA..PERH BEST BETUL TNGK GAME ARSENAL MENANG NI..

    ReplyDelete
  2. game antara yang terbaik Arsenal musim ini...

    Nasri punya gol gila wonderful...3 org jaga dia pun tak leh...leh lepas pastu siap buh gol...mmg magic..

    ReplyDelete
  3. Puas hati bro dapat layan game malam tadi...sapa tak tengok memang rugi...tak sama dengan tengok ulangan...teruja dan terkesima...lebih2 lagi tengok gerakan menarik arsenal dari arshavin yang senang budak2 kan player porto dan gol superb dari samir nasri...aku pun rasa macam nak menggelecik bila tengok kaki si nasri bersilang-silang tu...haha...Harap2 tahun ini arsenal boleh jadi juara UCL dan EPL...mudah2an tiada lagi player yg masuk hospital lagi...

    ReplyDelete
  4. 1. haha, akhirnya aku berjaya membuatkan ramai member aku (termasuk penyokong arsenal sendiri) yang mengkritik bendtner tak sudah-sudah sekadar terdiam bile tgk beliau hat-trick.

    2. ada yang menyamakan kelincahan nasri utk gol ketiga pagi tadi seakan-akan kelibat ronaldo ketika di man u, tapi aku pantas membalas "weh, itu gaya henry laa asal sebenarnya."

    3. campbell tidaklah beraksi sebegitu cemerlang namun persembahan beliau kira okey-okey laa sebab masih menggunakan advantage bodynya utk mengekang build-up attack dari porto. berdebar jugak setiap kali porto serang balas dan tinggal campbell sorang2 kat belakang.

    4. ramai yg pertikai kenapa sagna tetap dipercayai utk menggalas tugas full-back kanan dan sering melakukan cross2 hampeh (tak mcm clichy) sedangkan eboue disuruh bermain di tengah. malam tadi membuktikan percaturan wenger yg sebenar.

    5. antara punca kemenangan juga terletak di bahu almunia yang begitu profesional menahan bola. sekiranya fabianski beraksi seperti dalam leg pertama, rasanya ade byk percubaan porto mlm tadi yg cukup menarik utk menghasilkan gol.

    6. walaupun gerakan arshavin sgt cantik malam tadi, beliau kelihatan sedikit hilang punca mungkin kerana seirng diminta bermain pelbagai posisi semenjak ketiadaan persie. tapi aku mmg lebih suka beliau bermain sedikit ke bawah (shadow striker/attacking midfielder) berbanding target man dan malam tadi menunjukkan kenapa beliau lebih berbahaya jika berada di posisi itu.

    7. harap2 kemenangan besar ini di-tributekan utk fabregas yg hamstring. asyik2 ramsey je. kesian eduardo. takut2 die jeles je - "eleh korang neh, dulu aku injured takde pun nak tribute bagai2 utk aku"

    wakakaka!

    ReplyDelete
  5. wah hebat karangan ko akeji.. semua pendapat dan luahan hati korang tu betul lah cme tang bendtner tu aku belum bleh nk rasa cnfiden ngan dia ar..sbb dia kejap hensem kejap x hensem..takut pasni ada lg spoil2 yg dihasilkan..tp pg td mmg hari terhebatnya,aku hrp dia akan terus hensem pasni..dan x dinafikan dlm 5 gol tu gol dari nasri adlh yg terhebat dan mmg superb..aku dh ckp nasri score pg td sbb dia pakai boxer bunga..hahah..

    Apapun kita smmgnya layak utk mara..dan fokus setrusnya ialah Hull City.. Harap the gunners dpt memberikan persembahan yg hebat sperti pg td.. GO GUNNERS!!!

    ReplyDelete
  6. go arsenal! title epl jangan di lupa kejar!!!

    ReplyDelete
  7. memang best arsenal main mlm td..
    die buat porto 2 mcm budak skolah je..

    ReplyDelete
  8. Lani Arsenal ada baki 9 perlawanan ja lagi...

    game yang sukar pun tinggal jumpa Mancity n Spurs

    so Arsenal perlu menang semua game...city n spur seri pun tak pe...still bleh juara liga...Come On Arsenal!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil