31 March 2010

Superb-Walcott & Fab-bulous Fabregas!!! Great Come Back!!!

What a great come back from Arsenal!!! Fabregas dan Walcott menjadi hero Arsenal pada malam ini apabila kembali mengikat Barcelona yang mendahului 2-0 pada awal separuh masa kedua dan menghidupkan semula harapan Arsenal memberi cabaran pada pertemuan kedua nanti di Nou Camp. Wenger membuat kejutan dengan kembalinya William Gallas kedalam skuad Arsenal, berikut adalah barisan terbaik Arsenal pada malam ini :

Arsenal's Team XI

Almunia
Sagna---Gallas---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Diaby
Nasri---Bendtner---Arshavin

Subs: Fabianski, Campbell, Eboue, Rosicky, Denilson, Walcott, Eduardo.

Arsenal memulakan aksi klasik bertemu Barcelona pada mlm ini dengan skuad dilihat mempunyai kekuatan tersendiri, dengan bermula baik di awal permainan. Tetapi Barcelona yang kemudianya mendapat rentak terus memberi tekanan kepada benteng Arsenal yang dikawal Gallas dan Vermaelen bagi mengekang Messi serta Ibrahimovic.

Dengan gandingan serta vision yang baik dari pemain-pemain Barcelona, Arsenal semakin tenggelam dihalaman sendiri dengan segala gerakkan Arsenal dipatahkan dengan begitu mudah. Barcelona kemudian mempunyai begitu banyak peluang untuk mendahului tetapi gagal berbuat demikian. Ini kerana ketangkasan Almunia diuji dengan aksi penyelamat yang sangat cemerlang dari Almunia menafikan segala cubaan gol dari barisan serangan Barcelona.

Siri kecederaan yang melanda perlawanan sedikit menjejaskan permainan apabila Gallas dan Arshavin cedera sebelum digantikan dengan Denilson dan Eboue serta layangan kad kuning menutup persembahan separuh masa pertama.Tamat separuh masa, Arsenal masih berjaya bertahan untuk kedudukan 0-0 walaupun jika dilihat Barcelona memang sewajarnya memiliki sekurang-kurangnya 2 gol.

Separuh masa kedua bermula dengan penuh kejutan, gerakan dari Gerard Pique ketika permainan baru bermula 30saat, menemui Ibrahimovic yang berjaya melepasi perangkap off-side dan Almunia bertindak keluar dari posis untuk menutup ruang tetapi Ibrahimovic bijak menyungkit bola tersebut melepasi Almunia. 1-0 Arsenal ketinggalan pada minit ke-46.

Barcelona meneruskan lagi rentak garang mereka, Xavi Hernandez yang dijaga rapi oleh pemain Arsenal sekali lagi membuat gerakkan yang hampir serupa dengan gol pertama Barcelona apabila berjaya membuat lorongan cantik mencari Ibrahimovic yang sekali lagi berjaya melepasi perangkap off-side dan beliau yang mendapat ruang yang secukupnya melepaskan rembatan padu melepasi jangkauan Almunia. Barcelona terus lebarkan kedudukan dengan 2-0 pada minit ke 59.

Kemudian Barcelona dilihat memperlahankan sedikit pemainan mereka selepas aksi yang baik ditunjukkan. Arsenal membuat pertukaran terakhir pada minit ke-67 dengan membawa masuk satu-satunya pemain England iaitu Theo Walcott dan mengantikan Sagna bagi memberi sesuatu untuk baki permainan.

Walcott pantas memberi impak dengan larian yang pantas berjaya mengucar-kacirkan pertahan kiri Barcelona yang dikawal Maxwell. Hasilnya selepas 2minit beliau berasksi, Walcott mencipta nama selaku penjaring gol. Gerakan dari Bendtner yang mencari Walcott disebelah kanan berjaya melepasi halangan Maxwell sebelum merembat bola melepasi Victor Valdes. Arsenal kembali merapatkan kedudukan dan Walcott memberi semangat dan keyakinan kepada rakan pasukan yang Arsenal boleh menjaringkan gol.

Ketika Arsenal semakin menunjukkan peningkatan dari segi serangan, Barcelona dilihat semakin tertekan dengan serangan bertali arus dari Arsenal. Tindakkan mengeluarkan Ibrahimovic dan Messi memberi rahmat kepada Arsenal yang dilihat semakin bersemangat mencari gol penyamaan. Hasilnya Arsenal mendapat penalti selepas Fabregas dijatuhkan oleh Carlos Puyol selepas beliau menerima hantaran baik dari Bendtner. Dan Puyol dilayangkan kad merah atas kekasaran tersebut.

Fabregas yang akan terlepas perlawanan kedua di Nou Camp pada minggu hadapan membuktikan yang sumbangan terakhir beliau ini akan memberi kelebihan kepada rakan pasukannya nanti. Fabregas tidak mempersia-siakan peluang apabila mudah merembat bola masuk menewaskan Valdes. Arsenal kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-85 dan kembali menyaingi Barcelona yang beraksi sepuluh orang.

Dan selepas itu Arsenal cuba mencari gol kemenangan diminit-minit akhir permainan tetapi gagal berbuat demikian. Keputusan penuh suku akhir pertama UEFA Champion League di antara Arsenal v Barcelona berkesudahan 2-2.

Untuk keseluruhan permaianan, Arsenal bermain agak tenggelam diseparuh masa pertama tetapi hanya Almunia yang beraksi cemerlang dan berjaya melupakan aksi buruk beliau ketika seri menentang Birmingham tempoh hari. Beliau wajar dipuji dengan aksi penyelamat yang sangat cemerlang.

Barisan serangan Arsenal yang tenggelam pada separuh masa pertama wajar dipuji pada separuh masa kedua apabila kembali mengimbangi dan menyaingi Barcelona dengan memberi asakan dan cubaan yang hampir saja memberikan gol terutamanya tandukan Bendtner yang berjaya diselamatkan Valdes. Apa pun kesudahan pada malam ini, Arsenal masih mempunyai 90minit di Nou Camp untuk diharungi. Dengan Fabregas yang sudah pasti tidak akan beraksi selepas menerima kad kuning telah digantung perlawanan dan kecederaan Arshavin serta Gallas sedikit merisaukan kem Arsenal.

Jadi dengan perlawanan malam ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat Arsenal. Dari ketinggalan kembali mengejar walaupun sekadar seri. Tetapi anak buah Arsene Wenger wajar dipuji untuk keseluruhan permainan. Jadi teruskan sokongan anda, Arsenal masih berpeluang melayakkan diri ke separuh akhir Champion League. So adios!!!

Great Come Back!!!Great Entertainment!!!Great Goal!!!

3 comments:

  1. mcm susah jer nk menang kat nou camp nnti..klu permainan mlm masih terus ditungjukkan..go arsenal..jgn gentar dgn team barcelona..tunjukkan arsenal boleh melakukannnya seperti separuh msa ke2..dpt menang 1-0 pun ok jgk..

    ReplyDelete
  2. Aku masih yakin Arsenal boleh buat sesuatu masa 2nd leg nanti dengan pemain muda yang ada...giler mendebarkan 1st half punya game..2nd half walaupun dh kena aku tak rasa mcm kalah pun..upanya Arsenal akan bangkit last minit..

    So aku harap soul final 2006 akan meresap kedalam skuad kali nie...time tuh sumer team arsenal bedal...Juventus,Real Madrid,Villareal sumer bedal...

    So 2nd leg nanti walaupun dengan ketiadaan Fabregas, Gallas...Arsenal masih boleh menang..aku pun bujet 1-0 ja kat Nou Camp nanti..

    ReplyDelete
  3. Adoii..memang giler la perlawanan malam tadi..aku tak sangka arsenal mudah diperkotak katikkan oleh barcelona..arsenal ibarat pasukan POS Malaysia melawan Selangor..tak sanggup aku melihat bagaimana barca bermain santai dengan pasing yg tepat dan serangan yg bertubi2 keatas pasukan kesayanganku arsenal..arsenal pula seperti hilang punca dan arah pd 1half bola sering dikaki jersi kuning..tapi bila arshavin keluar lg aku cuak memandangkan Bender macam xbleh diharap langsung..serangan arsenal kaku dan bahagian tengah tak hidup coz sdg membantu pertahanan..utk sedapkan hati yg gundah gulana,aku terpaksa menerima hakikat bahawa barca adalah sebuah kelab dunia yg hebat,kuat dan gagah dengan LOGO Gah Juara Kelab Dunia dijersinya..arsenal bukanlah saingannya..aku pasrah..

    2half aku hampir ingin menutup TV bila melihat gol kedua dijaringkan oleh Bang Brahim..aku dh jangkakan arsenal tak mampu bangkit dgn player yg ada.lemah dan longlai permainannya...tetapi bila hampir memegang button off TV aku terlihat kelibat Walcott yg akan dimasukkan terus aku yakin yg arsenal akan memberi saingan yg baik..tetapi tak sangka strategi AW memang bagus..bukan sahaja bersaing merapatkan jurang malah keputusan seri memang diluar jangkaan..bagi aku kekuatan kita adalah walcott dan semangat febregas walaupun cedera tetapi bersemanagt waja..tiada rasa kesian kpd kelab yg membimbingnya sejak kecil..

    tetapi bagi aku player arsenal terlalu menghormati status Barca sebagai juara kelab Dunia membuatkan diaby malu2 utk menyilangkan kaki panjangnya menguasai bola,eboue segan2 utk berlari ala2 usain bolt dan arshavin yg cover macho seolah2 perasan diri diperhatikan Pep Guardiola..Aku yakin sekiranya arsenal bermain seperti biasa dan tak gugup dgn plyer memainkan peranan masing2 tidak mustahil di Nou camp Arsenal bakal menewaskan barca..aku yakin arsenal akan pergi keseparuh akhir wlupun tiada febregas coz kita ada rosicky@nasri sbg ganti tetapi barca kehilangan kereta kebalnya Toyol dan Pikir..apapun tahniah kepada arsenal dan FAN yg sabar melayan game malam tadi..walaupun ngantuk berbaloi juga rasanya dengan persembahan arsenal tersebut..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan