22 March 2010

Sekitar Ashburton Grove

I'm come back wif new story to share. Korang jangan salah paham plak pic atas nie yang aku letak nie,Wenger bukannya tukor jadi tukang masak tapi dia mau masak ayam2 EPL yang nak menghalang Arsenal dari menjadi juara Liga musim ini. Sebenarnya Wenger menegaskan yang tiada siapa yang boleh menghalang Arsenal dari mengejar kejuaraan Liga untuk kali ini.

Dengen Chelsea yang keciciran mata pada perlawanan semalam, dan mengharapkan Manchester juga menerima nasib yang sama tetapi berjaya mengalahkan Liverpool yang gagal mengambil peluang untuk sekurang-kurangnya seri pada perlawanan semalam.

Kini Wenger hanya mahu anak didik beliau fokus hanya kepada perlawanan yang berada dalam tangan mereka. Tidak perlu memperdulikan keputusan pasukan yang bersaing. Sekiranya Arsenal berjaya mengharungi setiap game dengan kemenangan, tak mustahil kejuaraan akan menjadi milik Arsenal. Wenger menegaskan Arsenal hanya akan memikirkan perlawanan seterusnya iaitu menentang Birmingham pada Sabtu ini.

Wenger dalam pada itu turun memuji peningkatan yang telah dibuat oleh Alex Song sepanjang kempen musim ini. Song yang bermain sebagai defensive midfielder dilihat telah banyak membuat peningkatan dari awal musim dan mengukuhkan tempat beliau didalam pasukan Arsenal.

Song yang beraksi sebagai pertahanan tengah bagi mengambil tempat Thomas Vermaelen selepas dibuang padang dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vermaelen buat sementara waktu. Wenger cukup yakin dengan kemampuan Song yang mampu beraksi dipelbagai posisi. Song juga merupakan pemain wajib bermain bagi Wenger sekiranya beliau bebas dari kecederaan dan pengantungan.

Cesc Fabregas pula menyentuh berkenaan pertembungan klasik Arsenal-Barcelona yang bakal berlangsung minggu hadapan. Fabregas merasakan yang Arsenal perlu melayan Barcelona seperti pasukan lain, perlu fokus, memberi persembahan baik dan memenangi perlawanan. Aku pun rasa tindakan Fabregas itu betul sebab untuk musim nie, Arsenal terlalu gemuruh ketika melayan pasukan besar.

Fabregas juga mengatakan yang Arsenal tidak perlu bimbang dengan Barcelona, sekiranya Arsenal bertemu Lyon atau Bordeaux sekali pun, lambat laun akan bertemu pasukan pilihan juga. Jadi Arsenal hanya perlu membuktikan kemampuan bertemu pasukan terbaik eropah, mungkin terbaik di dunia kali ini. Sekiranya Arsenal berjaya melepasi Barcelona, tidak mustahil kejuaraan kali ini milik Arsenal.

Nie berkenaan penyerang prolifik Arsenal, Robin van Persi (RvP). Beliau dijangka akan kembali ke kem Arsenal minggu hadapan tetapi bukan untuk bermain hanya untuk menjalani latihan penuh bersama pasukan utama Arsenal. RvP yang sekarang masih berada di kampung halaman bagi menjalani proses pemulihan berkata yang beliau dah boleh menendang bola dengan baik dan tidak sabar mahu beraksi untuk baki musim ini.

RvP dijangka akan mengambil masa lagi empat (4) minggu sebelum dapat berasksi sepenuhnya. RvP juga berharap yang Arsenal mampu memenangi kejuaraan kali ini dan juga berharap Arsenal dapat mengharungi suku akhir UEFA Champion League dengan cemerlang. Beliau juga berharap akan dapat bermain untuk Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

So aku rasa dengan berita yang tak seberapa nie, hope korang dapat sket sebanyak info terbaru dari kem Arsenal. So aku nak g kelas dh nie..dah lewat dah weh..ok, so to all gooners..Adios!!!

Keep Faith In Wenger & The Gang!!! Go Arsenal!!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan