Ramsey Inspirasi Arsenal ..


Cederanya Ramsey bagaikan ada semangat baru bagi anak buah AW. Setelah begitu lama bersabar untuk menggapai piala yang berprestij, Arsenal mendapat sokongan dari segi moral dan juga trauma yang mampu mengangkat atau menjatuhkan semangat "the gunners" bagi memburu piala musim ini. Harapan peminat untuk melihat Arsenal kambali menjuarai Epl seakan tersentak dengan malang yang menimpa Ramsey. Pemain yang melihat sendiri kejadian tersebut seakan hilang pertimbangan dan semangat untuk meneruskan perlawanan.

Kehilangan Ramsey bagaikan tamparan mental yang hebat untuk pemain muda arsenal bagi mengharungi baki musim ini. Kita mempunyai beberapa masalah lain dua tahun lepas. Tetapi pada hari sabtu kita memiliki pemain tengah, Nasri, Fabregas, Ramsey, Song, Eboue. Mereka berumur rata-rata 20 - 21 tahun. Di depan, Bendtner hanya berusia 21 tahun. Pada usia mereka, untuk menangani permainan dan situasi seperti ini amat luar biasa. Tapi sekarang mereka akan berjuang tanpa Ramsey, yang akan menjadi inspirasi kemenangan selepas ini.


KETERANGAN PAKAR BEDAH EDUARDO



Khalid baloch

Kecederaan parah yang dialami Aaron Ramsey tak ubah seperti "de javu" (pengulangan) buat Arsenal. Kerana cederanya serupa dengan apa yang dialami Eduardo dua tahun lalu.
Ramsey cedera parah setelah bertembung dengan pemain Stoke City, Ryan Shawcross. Tulang Angkelnya patah. Perkara sama juga terjadi kepada Eduardo apabila diterjah pemain Birmingham City, Martin Taylor. Menurut ahli bedah yang menangani Eduardo, Khalid Baloch, Ramsey juga boleh sembuh seperti Eduardo.

"Saya harap ini sebuah pengulangan buat Arsenal dan akan mengembalikan ingatan-ingatan masa lalu. Jika melihat kecederaan Ramsey, Ini sangat serupa dengan apa yang dialami Eduardo," jelas Baloch kepada The Daily Mirror.

"Para ahli fisioterapi dan dokter di Arsenal telah melihat kes ini sebelumnya dan ingatan mereka masih segar. Saya berharap, akhirnya Ramsey menjalani rehabilitasi intensif seperti Eduardo dan akan bermain lagi. Ahli fisioterapi Arsenal telah melakukan yang terbaik untuk memastikan Eduardo kembali seperti yang asal," katanya.

Baloch yakin, Ramsey boleh sembuh dan akan bermain seperti biasa. Hanya memerlukan rawatan dan penjagaan yang teliti. Sebab, yang harus diatasi bukan hanya kaki, tapi trauma pemain.



"Ada kesamaan dengan kes Eduardo, patah kaki biasanya memerlukan waktu enam hingga sembilan bulan untuk sembuh. Mekanisme penyembuhannya akan sama. Jika terjadi kes seperti ini, biasanya ada banyak kerosakan sampingan," katanya. Aku harap insiden ni yang terakhir untuk Arsenal. Get Well Soon Ramsey......................Go Gunners!!!!!!

Comments

  1. ramsey akan sembuh dlm masa 6 ke 7 bulan dari sekarang.. kemungkinan besar akan kembali beraksi seawal musim depan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil