19 March 2010

Q-Final UEFA Champion League: Arsenal FC Bertemu Juara Bertahan FC Barcelona

Helops to all gooners semalaysia, hope korang tak rungsing lepas tengok apa yang terjadi pada undian Suku Akhir UEFA Champion League petang tadi. Aku yang setia menunggu sebelum undia bermula mengharapkan Arsenal tidak diundi bertemu Manchester United tetapi apa yang terjadi Arsenal bakal berjumpa dengan juara bertahan iaitu FC Barcelona, pasukan yang mengalahkan Arsenal ketika final 2006.

Undian yang bermula pada jam 7.00 petang tadi berlangsung di Ibu Pejabat UEFA di Nyon, Switzerland dan dihadiri oleh semua wakil dari kelab dan negara masing-masing. Hasil undian melihatkan yang Arsenal akan menanti kunjungan Barcelona pada 31 March 2010 iaitu pada hari Rabu dan akan bertandang ke Nou Camp pada 6 April 2010. Berikut undian penuh UEFA Champion League :

Suku Akhir: 30/31 Mac (1st Leg) & 6/7 April (2nd Leg)

Lyon vs Bordeaux
Bayern Munich vs Manchester United
Arsenal vs Barcelona
Inter Milan vs CSKA Moscow

Separuh Akhir : 20/21 April (1st Leg) & 27/28 (2nd Leg)

Lyon/Bordeaux vs Bayern/Manchester
Arsenal/Barcelona vs Inter/CSKA Moscow

Final : 22 May 2010 (Sabtu) di Bernabeu, Madrid

Pertemua Arsenal-Barcelona merupakan pertemuan yang sangat menarik dengan beberapa faktor yang menyebabkan pertemuan ini bakal menjadi pertemuan klasik. Arsenal memang tidak menjangkakan akan bertemu Barcelona seawal pusingan ini, tetapi harus akur dan menerima cabaran ini dengan semangat yang tinggi dan perlu mempamerkan aksi terbaik semasa perlawanan nanti sekiranya mahu mengejar kejuaraan pertama Champion League.

Seharusnya Fabregas lah yang paling teruja menanti bekas kelab beliau di Stadium Emirates nanti dan akan berkunjung semula ke Nou Camp pada aksi kedua yang mana akan mengimbau kembali zaman remaja beliau semasa di Barcelona. Ini sekaligus akan menguji tahap kepimpinan beliau sebagai ketua pasukan Arsenal yang mana tahun penuh pertama beliau memimpin Arsenal ketahap ini. Sekiranya Arsenal berjaya melepasi halangan ini, aku menjangkakan yang Fabregas lah orang pertama yang akan gembira dengan kejayaan tersebut.

Barcelona pula yang membawa gelaran juara bertahan dijangka tidak mempunyai banyak masalah menentang Arsenal dengan bekas penyerang Arsenal iaitu Thierry Henry akan mengetuai serangan Barcelona bersama-sama Ibrahimovic dan Lionel Messi. Corak permainan yang hampir sama dengan corak taktikal 4-3-3 yang hampir sama dengan Arsenal bakal menjanjikan aksi terbaik kedua belah pihak dan corak permainan yang bakal ditunjukkan tentunya bakal menghiburkan kedua belah penyokong masing-masing.

Henry yang merupakan pemain lagenda Arsenal dan merupakan penjaring terbanyak Arsenal sepanjang zaman akan bertemu semula dengan anak didik Arsene Wenger. Henry yang berhijrah ke Barcelona semusim kemudian selepas kecewa dengan aksi final Champion League pada 2006 yang berkesudahan Barcelona menang 2-1 sekaligus meleburkan harapan Henry mengejar satu-satunya piala yang belum beliau dan Arsenal perolehi. Jadi dengan kepulangan Henry kali ini, diharapkan penyokong memberi penghargaan kepada beliau atas jasa beliau sebelum ini.

Sebenarnya kalau diikutkan, pertemuan klasik ini bakal menjadi pertemuan balas dendam Arsenal keatas kekecewaan Final 2006 kepada Barcelona di Stade de France dahulu. Pertemuan yang disudahi dengan beberapa kontrovesi selepas Jens Lehman, yang merupakan hero Arsenal dalam perjalanan Arsenal ke final telah diperintahkan keluar padang selepas terjahan beliau keatas Samuel Eto' memberi permulaan buruk kepada Arsenal.

Walaupun Arsenal mendahului menerusi Sol Campbell, Barcelona bangkit mengalahkan Arsenal selepas Eto' dan Belletti menewaskan Almunia yang masuk mengantikan Robert Pires bagi mengawal gawang Arsenal. Kekalahan tersebut tentunya mengecewakan banyak pihak dengan beberapa pemain Arsenal mula membawa diri selepas musim tersebut. Pertemuan kali ini sudah semestinya merupakan misi membalas dendam yang harus direalisasikan oleh generasi baru Arsenal yang banyak menunjukan kematangan dan peningkatan dalam permainan.

Jadi aku berharap dengan kembalinya Fabregas ke kampung halaman beliau dan dengan kunjungan Henry ke kelab yang menjadikan beliau antara pemain terbaik dunia, mereka akan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta aku menjangkakan ramai yang menanti pertemuan Cesc Fabregas v Lionel Messi yang mana mereka berdua ini merupakan pemain tengah berkelas dunia dengan umur mereka yang sama-sama berusia 22tahun telah menunjukan banyak peningkatan dengan skil dan kebijaksanaan mencatur permainan dengan baik.

So, kepada semua fan Arsenal. Ayuh kasi sokongan kepada pasukan kesayangan kita bagi mengharungi kempen yang semakin mencabar nie. Semestinya Arsene Wenger tahu bagaimana untuk mengharungi perlawanan tersebut walaupun peluang yang beliau rasakan 50-50 tetapi aku cukup yakin Wenger ada strategi tersendiri kali ini.

So Keep Faith In Wenger!!In Arsene We Trust!!We Can Do It!!

2 comments:

  1. sejarah bakal berulang..akan ada penyokong barca mencemer duli turun ke padang menghadiahkan jersey barca yg tertulis nama fabregas..dan tak lama lepas tu..fabregas blah ke barca....u'll see..

    ReplyDelete
  2. dua2 team aku support..camna neh??
    apa pn hati aku tetap bersama The Gunners

    Proud to be a Goonah...Arsenal Come On, We Can Do It!!!!

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan