31 March 2010

Preview UEFA Champion League Q-Final: Arsenal FC v FC Barcelona (1st Leg)

Salam to all Gooners semalaya...aku terpaksa batalkan niat aku tuk cuti minggu ini memandangkan semua fan tengah tunggu game paling mendebarkan yang bakal berlangsung pada awal pagi ini. Pertemuan yang dijangka pertemuan klasik pada tahun ini, diantara Arsenal FC v FC Barcelona. Aku pun tak sabar nak menyaksikan pertemuan yang bakal menentukan nasib Arsenal dalam memburu piala musim ini. So tanpa membuang masa mari kita saksikan kesebelasan kemungkinan Arsenal pada awal pagi nanti:

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Eboue---Campbell---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Diaby
Nasri---Bendtner---Arshavin

Aku menjangkakan akan ada perubahan dari skuad yang seri ketika kunjungan Arsenal ke St Andrew sabtu lepas yang mana sangat mengecewakan dari segi permainan dan juga gerakkan. Pagi nanti Arsene Wenger dijangkan akan menurunkan kesebelasan utama dengan kembalinya pertahanan kental, Thomas Vermaelen dan Eboue berkemungkinan besar akan mengambil tempat Sagna. Song pula dijangka akan kembali ke posisi asal dibahagian tengah dan Nasri serta Arshavin akan memulakan aksi selepas direhatkan pada perlawanan terdahulu.

Wenger sedar yang perlawanan pada pagi ini merupakan perlawanan terpenting dalam karier beliau sebagai pengurus Arsenal. Wenger menyeru agak anak buah beliau memberikan persembahan terbaik pada pagi ini bagi mencipta sejarah menewaskan juara bertahan sekaligus layak ke separuh akhir Champion League. Dari segi taktikal Arsenal tidak jauh beza dengan Barcelona cuma dari segi kepantasan, Arsenal dilihat mempunyai kelebihan tetapi Barcelona mempunyai pasukan yang memiliki pemain yang penuh dengan skill yang bagus. Jadi perlawanan pada pagi ini akan menyajikan satu perlawanan yang dijangka akan menghiburkan peminat diseluruh dunia.

Pada pagi nanti nasib Fabregas akan ditentukan samada akan diberi aksi permulaan atau diletakkan dibangku simpanan memandangkan kecederaan kecil yang dialami ketika menentang Birmingham tempoh hari. Sekiranya Fabregas tidak beraksi, Denilson dijangka akan mengambil alih. Tetapi aku berharap Fabregas akan beraksi dan digandingkan bersama Alex Song serta Abou Diaby.

Dibahagian serangan, Wenger nampaknya memiliki pemain yang mampu menghancurkan pertahanan Barcelona dengan Nasri dan Arshavin kembali cergas selepas mendapat rehat yang secukupnya dan akan membantu penyerang tunggal Arsenal, Nicklas Bendtner sebagai target-man. Tetapi yang dibimbangkan, peluang yang terhidang akan sekali lagi disia-siakan oleh bahagian serangan Arsenal.

Kembalinya Thomas Vermaelen, Arsenal dilihat memiliki kekuatan dibahagian pertahanan serta gerakan set-piece. Vermaelen yang tidak beraksi pada Sabtu lepas dilihat memiliki kelebihan dari segi fizikal yang cukup cergas bagi mengekang asakan dari Lionel Messi serta Zlatan Ibrahimovic. Beliau sekali lagi akan bergandingan dengan Campbell yang dilihat sebagai pemain yang sungguh mengagumkan dengan prestasi yang konsisten selepas beliau beraksi dalam beberapa perlawanan penting Arsenal musim ini.

Dan kembalinya lagenda Arsenal ke Emirates (Highbury lebih meninggalkan kesan kepada Henry), Barcelona memiliki jentera serangan yang begitu digeruni. Tetapi Henry mungkin tidak akan diturunkan pada perlawanan pagi ini, dan Pedro mungkin akan mengambil tempat beliau dibahagian sayap kiri Barcelona dan akan digandikan bersama Messi dan Ibrahimovic.

Melihat kepada barisan yang akan diturunkan Pep Guardiola, Barcelona bukanlah pasukan yang tidak mampu dikalahan oleh Arsenal. Arsenal mampu mengalahkan Barcelona sekiranya mampu beraksi ditahap terbaik Arsenal sepertimana yang telah ditunjukkan ketika bertemu FC Porto tempoh hari.

Jadi kemungkinan Arsenal akan memenangi perlawanan ini untuk dibawa sebagai bekalan pada perlawanan kedua nanti amatlah besar. Arsenal tidak perlu hanya memberi perhatian yang lebih kepada Messi atau Ibrahimovic tetapi perlu bermain seperti yang Arsenal selalu lakukan, permainan pantas, one touch passing dan menyudahkan peluang yang ada. Sekiranya percaturan Wenger menjadi malam ini, tidak ada alasan Arsenal untuk tidak memenangi perlawanan ini dengan selesa.

So, pagi ini ayuh penyokong tegar Arsenal Malaysia kita serbu venue2 yang berdekatan dengan korang. Arsenal akan bermainan di Emirates pada pukul 3.45 pagi dan akan ditayangkan di Astro ESPN812. Sekiranya korang takda Astro, just tengok online di asiaplatetv.com. So teruskan sokongan padu anda kepada pasukan kesayangan kita nie. Aku predict malam nie Arsenal akan menang dengan 2-0!! Tuk sebarang pendapat dan predict boleh tulis diruang comment. Adios!

Come on Arsenal!!!We can Beat Barcelona Tonight!!!!

1 comment:

  1. Bila imbas balik 2006, aku x sangka mimpi ngeri berulang kembali..aku x sanggup tgk dua pasukan yg plg aku minati dari skool lagik bertemu dlm liga juara..tidakkk!!!!..aku ringankan hati..siapa saja yg menang aku x kisah, asalkan salah satu dpt menyekat ManUnited dari mencium trofi yg berprestij ini (sudah disekat oleh barca dgn jayanya musim lepas..

    PENCINTA TOTal football

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan