Preview: Hull City vs Arsenal FC

Elops everyone...Aku terpaksa wat preview awal sket kali nie sebab jadual aku penuh esok takut tak sempat nak buat preview kat blog tercinta nie,hehe...Okeh, esok Arsenal akan berkunjung ke Stadium Kingston untuk bertemu Hull City. Perlawanan yang dijangka akan bermula jam 1.25 pagi waktu Malaysia akan berlangsung di Astro ESPN812.

Arsenal yang semua sedia maklum masih mengalami masalah kecederaan yang agak rumit, dengan beberapa pemain penting tidak dapat beraksi pada esok malam. Ini merupakan barisan kemungkinan Arsenal menentang Hull City :-

Arsenal Malaysia's Predicted XI

Almunia(c)
Eboue---Vermaelen---Silverster---Clichy
Nasri---Denilson---Diaby
Walcott---Bendtner---Arshavin

Dari segi taktikal, Arsenal masih mempunyai pemain yang berkualiti dalam mengharungi perlawanan malam esok yang dijangkan akan ditentang habis-habisan oleh Hull yang mahu mengelak untuk terus terjerumus di dasar liga.

Almunia sekali lagi akan mengetuai pasukan Arsenal. Barisan pertahanan pula akan dibarisi dengan gandingan yang jarang-jarang diletakkan. Dengan krisis yang melanda pertahanan Arsenal, Eboue dijangkan akan bermain dibahagian back kanan Arsenal mengantikan Sagna yang cedera dan Silvester akan bergandingan dengan Vermaelen mengantikan Sol Campbell yang mengalami kecederaan kecil selepas perlawanan menentang Porto.Clichy seperti biasa akan mengambil tempat sebelah back kiri.

Ketiadaan kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas akan digalas oleh Almunia. Ketiadaan beliau sedikit sebanyak menjejaskan perancangan Wenger untuk mengempur kubu Hull. Tetapi Wenger masih percaya kepada bakat pemain yang beliau miliki dengan Samir Nasri akan terus diberi kepercayaan mengambil tempat Fabregas dibahagian tengah.

Fabregas telah disahkan oleh Arsene Wenger yang beliau mempunyai peluang beraksi hanya 0.5% sahaja. Dengan kata lain Fabregas sudah pasti tidak dapat mengikuti rakan seperjuangan berkunjung ke Hull City nanti. Tiada alasan bagi pemain Arsenal untuk tidak beraksi baik dengan ketiadaan Fabregas, mereka harus membuktikan sekali lagi selepas membukitkan semasa menentang Porto.

Samir Nasri yang bermain baik dengan gerakkan cantik sebelum menjaringkan gol ketika menentang Porto rabu lepas akan sekali lagi mengambil tempat Cesc Fabregas dibahagian tengah bagi membantu serangan Arsenal. Beliau akan dibantu oleh Denilson yang akan mengambil tempat Alex Song yang masih dalam tempoh pengantungan.

Diaby yang semakin menunjukan prestasi baik umpama 'The New Vieira' akan sekali lagi beraksi bagi membantu serangan. Diaby dari segi fizikal, beliau akan dapat memberi sesuatu ketika menentang permainan fizikal dari Hull City nanti.

Barisan serangan pula sudah semestinya akan sekali lagi diketuai oleh Nicklas Bendtner yang menjawab kritikat keatas beliau dengan menyumbat hatrik ketika menentang Porto dalam aksi UEFA Champion League baru-baru ini. Bendtner yang kembali ketahap terbaik beliau perlu membuktikan sekali lagi sekiranya mahu mendapat kepercayaan penyokong dengan kebolehan beliau, tetapi perlu beraksi baik walaupun tidak menjaringkan gol pada perlawanan esok.

Tetapi pemain yang harus diberi tumpuan ialah gandingan Theo Walcott dan Andrey Arshavin.Mereka dijangka akan digandingkan bersama bagi membantu Bendtner. Kepantasan kedua-dua pemain ini amat ditagih barisan penyerang Arsenal, dengan Walcott yang ingin membuktikan sekali lagi yang beliau bermain bukan hanya bergantung kepada kelajuan semata-mata tetapi mengunakan otak dan bijak dalam membuat gerakan. Arshavin seperti biasa merupakan pemain yang memiliki skill yang tinggi dijangka akan menghadapi kawalan ketat barisan pertahan Hull.

Aku yakin, Arsenal mampu memenangi perlawanan ini tetapi perlu diingatkan setiap perlawanan untuk baki musim ini adalah perlawanan yang sukar kerana setiap pasukan memerlukan mata berharga. Tetapi Arsenal dilihat lebih bernafsu untuk mengejar piala musim ini. Aku menjangkakan yang Arsenal akan menang perlawanan malam esok dengan 2-0.
We Must Win!!!Go Arsenal Go!!!!Do It For Aaron Ramsey!!!

Comments

  1. hanya 4 prtemuan direkodkan antara arsenal hull city.. 3 kemenangan dan 1 kekalahan di emirates.. 1 shj pertemuan di Kingston Stadium ( mak ai ni stadium ke pendrive) dengan kemengan 3-1.. diharapkan kali ini arsenal akan mengulangi rentak kemenangan, pastinya hull akan memberikan tentangan habis2an..

    predict: Hull City 1-2 Arsenal

    ReplyDelete
  2. akhirnya predictku mengena..yg pnting arsenal menang lg.. thanks for bendtner yg score last mnt, arshavin yg mengucar kacirkan prtahanan hull dan semua player yg presure kubu hull x henti2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil