Preview: Birmingham City vs Arsenal FC

Helops sahabat2 ArsenalMalaysia semua, aku tau korang sumer tak sabar2 nak tunggu game malam esok. Game yang bakal menentukan hala tuju Arsenal pada baki musim ini, samada untuk teruskan perjuangan mengejar kejuaraan atau hanya sekadar berpuas hati untuk slot Champion League.

Malam esok Arsenal bakal berkunjung ke Birmingham City buat pertama kali sejak 2 tahun selepas tragedi malang menimpa Eduardo dan Arsenal. So malam esok Wenger bakal menurunkan skuad penuh yang mampu memberikan kemenangan kepada pasukan. Jadi ini merupakan barisan kemungkinan Arsenal pada malam esok:

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Campbell---Silvestre---Clichy
Fabregas---Song---Diaby
Nasri---Bendtner---Arshavin

Dengan baki 7 perlawanan untuk diharungi, kedudukan Arsenal sebenarnya agak menarik dengan kini hanya dipisahkan 2 mata dengan pendahulu baru liga iaitu Manchester United. Arsenal perlu konsisten pada setiap permainan bagi mengelak sebarang keciciran mata. Dan pertemuan menentang Birmingham ini merupakan perlawanan yang amak penting bagi Arsenal.

Pemain penyerang Arsenal yang semakin mendapat tempat dihati peminat iaitu Nicklas Bendtner disahkan Wenger akan beraksi menentang bekas kelab beliau ketika dipinjamkan pada musim 2006-2007. Bendtner yang mengalami kecederaan kecil ketika aksi minggu lepas berjaya pulih dan bersedia memberi aksi terbaik beliau menentang Birmingham. Ketika ini prestasi Bendtner amat baik dan berharap akan sekali lagi menjadi pemusnah kepada musuh bagi mengejar 3 mata berharga pada malam esok.

Bendtner dijangka akan bergandingan dengan Samir Nasri dan Arshavin dibahagian serangan. Tetapi aku juga mengharapkan yang Wenger memberi peluang kepada Walcott untuk memulakan aksi dan merehatkan Nasri untuk aksi Champion League nanti.

Bahagian yang dilanda krisis dalam skuad Arsenal kali ini sudah tentu dibahagian pertahanan. Dengan pengantungan Vermaelen serta keletihan yang melanda Campbell, Arsenal dilihat masih mempunyai pilihan dengan Silvestre dijangka akan mengambil tempat Vermaelen. Sekiranya Campbell direhatkan bagi memberi masa kepada beliau membina semula stamina beliau, Song dilihat menjadi pilihan utama Wenger bagi mengantikan tempat Campbell.

Sagna pula dijangka akan kembali kedalam skuad selepas direhatkan pada perlawanan menentang West Ham minggu lepas. Gael Clichy pula yang semakin kembali ke prestasi terbaik beliau akan mengekalkan tempat dibahagian pertahan kiri Arsenal. Jadi aku juga mengharap gandingan Campbell-Silvestre mampu memberi pengalaman dibahagian pertahanan.Sejak Campbell beraksi, Arsenal hanya melepaskan 3 gol dari 5 perlawanan Liga.

Kunjungan ke Birmingham City pada kali ini tentu akan mengingatkan kita berkenaan kecederaan yang menimpa Eduardo 2 tahun lepas.Kaki kiri Eduardo telah patah selepas diterjah keras oleh pertahanan Birmingham, Martin Taylor sebelum Birmingham tersingkir ke Division Championship.

Kejadian tersebut juga telah melemahkan skuad Arsenal yang pada ketika itu berada dikemuncak Liga dan ia juga akan mengembalikan ingatan Eduardo kepada kemalangan yang menimpa beliau pada ketika itu. Eduardo dijangka akan bermula dibangku simpanan Arsenal. Sekiranya diperlukan, Wenger akan mengunakan khidmat beliau sebagai pemain gantian. Dengan semangat kali ini, Arsenal diharap akan melupakan kejadian 2 tahun lepas dan fokus untuk kejayaan pasukan.

Di bahagian tengah pula, Fabregas sekali lagi akan memimpin pasukan muda Arsenal dalam mencorakkan permainan. Beliau dijangkan tidak akan menghadapi masalah dengan permainan keras yang bakal dihadapi dari pemain2 Birmingham kerana beliau dijangka akan turut dibantu oleh Alex Song serta Abou Diaby. Mereka mempunyai kelebihan fizikal yang baik bagi menghadapi sebarang permainan fizikal dari pihak lawan.

Fabregas yang meminta setiap pemain meneruskan fokus pada perlawanan ini sedar betapa perlawanan seterusnya menentang Barcelona akan memberi sedikit tekanan kepada mereka dalam mengharungi cabaran kali ini. Aku melihat perlawanan kali ini amat berbeza dengan perlawanan sebelum ini, dengan rekod Arsenal yang tidak kalah dalam 6 perlawanan terdahulu, Birmingham dilihat mampu merosakkan impian Arsenal sekiranya berjaya mencuri mata pada malam esok.

Ini sedikit berita baik mengenai penyerang terbaik Arsenal, Robin van Persi. Beliau telah kembali ke kem Arsenal selepas pulang dari kampung halaman bagi menjalani latihan bersama skuad utama Arsenal. Beliau dijangka akan dapat beraksi untuk sekurang-kurangnya lagi 4 minggu. Jadi penghujung bulan 4 berkemungkinan kita akan dapat melihat aksi beliau.

Dengan baki perlawanan hanya tinggal 7 perlawanan, Arsenal kini hanya perlu fokus kepada pencapaian pasukan sendiri dengan harapan memenangi kesemua baki 7 perlawanan walaupun dilihat agak mustahil untuk dilakukan dengan Manchester City dan Tottenham menanti pada bulan 4 nanti. Kalau 2 tahun lepas Arsenal jatuh selepas perlawanan di Birmingham, tetapi kali ini diharap berubah menjadi perlawanan yang akan terus membawa cabaran Arsenal untuk kejuaraan kali ini.

So malam esok Arsenal akan bermain pada pukul 10.55 mlm dan dijangka akan ditanyangkan di Astro SuperSport 813. So ayuh penyokong Arsenal dia malaysia kita memeriahkan venue masing-masing, kasi sokongan padu pada pasukan kesayangan anda. So sebelum aku tutup preview kali ini, aku predict Arsenal menang 2-1. Sebarang predict atau pendapat yang ingin dikongsi, boleh buat diruang komen dibawah,tq.So Adios Amigos!

Do It For Eduardo!!Go Arsenal!!!

Comments

  1. Dengan mental kemenangan yang kuat
    Arsenal 3-1 birmingham

    ReplyDelete
  2. aku rasa dudu x bleh main kat stadium ni..video dia patah kaki diapun dia x sanggup nk tgk..ni kan plk real punyer tmpat dia nk main..

    utk game ni aku cuak sbnrnya..mcm nk draw jer..tp xkan nk predict draw lak ngan team ksygn ni..

    aku predict Birmingham 0-2 Arsenal.. semoga mjadi kytaan.. amin..

    ReplyDelete
  3. aku nak sangat tgk eduardo men mlm nie...jadi sub pown jadi la...sbb nak dia lupakan kejadian 2 thn lepas,biar kat sini jadi tempat dia kembali ke prestasi terbaik dia...

    Come on Eduardo...forget the past...!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil