05 March 2010

Preview: Arsenal v Burnley

Salam everyone at Arsenal Malaysia, aku kembali dengan preview perlawanan malam ini dimana Arsenal akan melayan kunjungan Burnley. Burnley merupakan lawan yang agak sukar jika dilihat pada rekod tempat sendiri tetapi ditempat lawan mereka sangat senang ditewaskan.Jadi tiada alasan lagi untuk Arsenal memenangi perlawanan malam ini. Jadi saksikan barisan kemungkinan pada malam ini:-

Arsenal Malaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Vermaelen---Silvester---Clichy
Fabregas---Diaby---Rosicky
Walcott---Bendtner---Nasri

Barisan kali boleh dikatakan agak tempang dengan Song yang bergerak selaku defensive midfielder digantung 2 perlawanan akibat menerima 10kad kuning musim ini. Jadi tempat beliau mungkin akan diambil oleh Diaby.

Diaby disahkan Wenger telah kembali cergas dan bersedia akan diturunkan pada malam ini. Diaby yang kali terakhir beraksi ketika Arsenal kalah kepada Porto 2-1 tempoh hari mengalami kecederaan lutut dan terlepas beberapa perlawanan selepas itu. Dengan kembalinya hero kita masa lawan dengan Liverpool tempoh hari, Arsenal mempunyai pemain yang berkualiti dalam skuad pada malam ini.

Barisan pertahanan pula dijangkan akan ada perubahan dengan Campbell yang cedera groin akan terlepas perlawanan ini dan penggantinya belum diketahui dan aku merasakan yang Silverster akan mengambil tempat Campbell. Tetapi sekiranya Gallas berjaya pulih last minit, mungkin beliau akan beraksi.

Fabregas yang mendapat pemain terbaik bulan Februari akan sekali lagi mengetuai bahagia enjin room Arsenal dengan prestasi beliau yang kembali memberangsangkan. Arshavin mungkin akan memulakan aksi dibangku simpanan selepas keletihan ketika aksi perlawanan persahabatan dengan pasukan negara.Tetapi aku berharap Arshavin akan memulakan aksi.

Barisan serangan akan terus diketuai oleh Bendtner, pemainan beliau dari hari ke hari semakin menunjukan kematangan dalam menjaringkan gol. Tiga gol dalam tiga perlawanan menunjukan prestasi beliau yang semakin meningkat. Aku dah merasakan yang Wenger dah mendapat ganjaran selepas membuat keputusan tidak membeli penyerang baru masa transfer window baru2 ini.

Apa sekalipun keputusan pada malam ini, Arsenal wajib menang malam ini bagi memintas Chelsea yang tidak beraksi pada minggu ini. Arsenal sebenarnya memperolehi hikmah dari kecederaan yang menimpa Ramsey kerana sekarang rata-rata pemain Arsenal berazam untuk memenangi piala untuk Aaron Ramsey. Jadi dengan semangat dan tekad tersebut, aku rasa Arsenal akan memenangi sesuatu pada musim ini. Wait n see.

Jadi pada malam ini, ayoh semua fan Arsenal Semalaysia kita penuhi venue masing2, dan aku rasa malam ini nak lepak kat Plaza TTDI dengan budak2 Arsenal. Tapi lepas balik Stadium shah alam dulu la sebab ada game Selangor v Kedah.hehe..So jangan lupa, malam ini game Arsenal pukul 11.00 malam, live aku tak pasni channel mana. Be A True Gooners!!!Go Arsenal Go!!!

p/s: Sebelum aku lupa, aku nak predict malam nie Arsenal menang 3-0.Adios!

7 comments:

  1. go gunners..mst menang punyelah malam nih..

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan rekod tmpat sndiri, arsenal tidak mempunyai masalah utk mengalahkan burnley.. Namun begitu, Arsenal pernah tewas di laman sndiri, itupun pd tahun 1974 (highbury) sewaktu kegemilangan lagenda arsenal pd masa itu, Charlie George dan George Armstrong..

    Rekod prlawanan di Turf Moor x lah teruk sbb arsenal telahpun mengalahkan burnley pd thn 2008 semasa prlwn piala FA dgn kemenangan 2-0 dan kemudiannya tewas 2-0 di carling cup pd tahun yg sama.. Betul lah apa yg diwar2kan seputra..hehe..sememangnya burnley sukar utk ditewaskan dan terbukti apabila arsenal seri 1-1 di saingan liga musim ni walaupun mncipta byk peluang..

    Malam ni aku menjangkakan arsenal akan membuat satu kejutan dgn kemenangan yg besar..kerana burnley dilihat sukar utk mnjaringkan gol di emirates ditambah dgn moral the gunners skrg yg begitu kuat dan mnjadikan aaron ramsey sbg inspirasi..

    kebarangkalian: menang 99%, seri 1%, kalah 0%

    prediction: Arsenal 4-0 Burnley

    ReplyDelete
  3. asal time eduardo dulu xde inspirasi nak menang title?kali ni ramsey injured nak plak ade inspirasi? hah...nape2?? eduardo xbest ke hah?

    ReplyDelete
  4. dulu masa eduardo arsenal tengah kemuncak liga...tup2 eduardo patah kaki,dlm game tuh plak sumer plyer down n paling down time tuh gallas yang nangis tepi padang...pastu kena kutuk..pada perlawanan tuh kita seri 2-2 dan lps tuh prestasi ank buah wenger menjunam.

    kali nie situasi dia berlainan,masa kecederaan ramsey Arsenal tengah kejar pendahulu liga pastu masa perlawanan tuh sumer plyer membuak2 kemarahan, pastu kita menang game lawan stoke yg mana merupakan kemenangan yang paling dramatik dan penuh dengan emosi.Jadi berbekal semangat tersebut,semua player tgh moral tinggi.so Ramsey sekarang merupakan inspirasi untuk Arsenal menang piala musim ini.

    tuh kupasan aku la..any pendapat bleh luahkan

    ReplyDelete
  5. jintanmanis.. aku melihat dari sudut peluang arsenal dan juga moral yg ditunjukkan oleh player arsenal skrg..

    Masa kecederaan eduardo dulu bkn sebab eduardo x best x bagus x hebat..aku juga peminat eduardo, aku suka dgn ketenangannya dan gol2 yg di luar jgkaan.. Pd waktu itu,arsenal merupakan prospek EPL pd awalnya, tp krisis dan kecederaan pula yg timbul.. Mmg diakui arsenal byk drop point selepas kejadian yg melanda eduardo dan sebenarnya lebih kpd panambah duka krn arsenal tlh pun sedia ada dgn konflik dalaman.. Isu2 ni dah semestinya akan merencatkan perjuangan the gunners.. semua fan bersedih dan aku juga peminat dudu turut merasakan kekecewaannya..

    Situasi ramsey pula, arsenal sedang berada dlm title race utk EPL..sebenarnya tekanan yg maha hebat akan melanda team yg teratas, apa shj perlawanan mmgnya begitu..cuba bygkan bila arsenal leading 1-0 dgn lawannya spurs dan pd waktu itu minit ke 87, apa kata jantung masa tu ekk.... arsenal bkn berada pd situasi ni skrg..arsenal pd situasi mengejar kedudukan..jd tekanan bknlah pd arsenal tp pd mrk skrg adlh semangat..

    Dan faktor yg besar pd aku ialah kepimpinan.. fabregas adlh pemimpin yg x selayak umurnya..tp apa yg dh dia lakukan..dia brjaya menunjukkan karektor seorang pemimpin yg harus dicontohi, bknnya menangis di tepi pdg..pada aku semangat yg hadir dlm diri pemain adlh krn cara pimpinannya..

    Baik eduardo, ramsey, diaby atau fabianski sekalipun, aku tetap support bila brlaku prkara mcni kpd mereka..apapun brlaku atau siapa yg terlibat fan tetap akan support, tinggal lagi pemain2 yakni makhluk2 yg paling hampir dgn mereka shj yg menentukan samada mereka ingin menanam semangat atau melunturkan semangat..

    ReplyDelete
  6. lebih kurang aku jerh awegooners..ko tmbh kasi sedap ayat jeh...hehehe

    but mmg betui pun ckp awegooners tuh...

    ReplyDelete
  7. x bai..karangan aku lg pjg drp karangan ko, logiknya aku x nmpakpun karangan sesiapa masa aku taip kecuali jintanmanis at the last td..hehe.. kbetulan lah tu gak nyer dan nampaknya ia adlh fakta..

    semangat the gunners nk kuat atau nk luntur mmg depend on captain yg bijak dan matang..kalu kes injured nk2 patah mcni sesiapapun akan lemah semangatnya..tp nk kena ada lah manusia yg will up balik moral mereka ni.. kalu patah kaki ke patah tengkok ke Pak Wenger xkan pegi ke pdg utk ckp, teruskan prjuangan..! buktikan kita boleh! kita adlh pasukan yg kuat!! membangun bersama islam! rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!!kita mampu mara!! huh..Siapa lagi bai kalu bkn kapten..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan