19 March 2010

Preview: Arsenal FC v West Ham United

Salam kepada penyokong tegar ArsenalMalaysia, kita lupakan sekejap undian UEFA Champion League dan kembali fokus kepada perlawanan Liga Perdana Inggeris pada esok malam. Arsenal akan menanti kunjungan West Ham dalam meneruskan perjuangan mengejar kejuaraan Liga yang dilihat cerah sekiranya Arsenal mengharungi kesemua baki 8 perlawanan dengan noktah kemenangan. Arsenal dijangka akan membuat beberapa pertukaran dalam skuad yang mengalahkan Hull City minggu lepas. Berikut barisan banyangan Arsenal:-

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Diaby
Walcott---Bendtner---Arshavin

Arsenal dijangkan akan memulakan aksi dengan kembalinya kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas dalam skuad. Alex Song juga dilihat akan memulakan aksi selepas tempoh pengantungan selama 2 perlawanan selesai dijalankan. Campbell juga dilihat akan terus beraksi bersama Vermaelen selepas Gallas masih gagal sembuh dari kecederaan beliau.

West Ham bukanlah pasukan yang mudah diperlekehkan walaupun mereka dibelasah oleh Chelsea minggu lepas. West Ham semestinya akan memberi tekanan kepada Arsenal bagi mengelak terus terjerumus ke kelompok 3 terbawah liga. Mereka juga mengharapkan 3mata berharga bagi meneruskan cabaran musim ini.

Nicklas Bendtner yang merupakan pemain yang semakin meningkat naik, akan terus diberi kepercayaan menerajui barisan serangan Arsenal dan akan dibantu oleh Arshavin dan dijangka Walcott turut akan beraksi selepas 2 perlawanan terdahulu beliau telah diketepikan sebagai pemain permulaan. Aku pun mengharap Walcott dapat beraksi dan menunjukan prestasi baik nanti.

Bendtner yang telah mengumpul 9 gol musim ini selepas beliau kembali dari kecederaan telah menunjukan prestasi yang sangat baik walaupun masih ramai yang meragui bakat beliau. Keyakinan Wenger terhadap Bendtner semakin hari semakin meningkat dengan Bendtner telah menjaringkan beberapa gol penting untuk baki musim ini. West Ham dijangka akan mengawal rapi gerakan Bendtner nanti.

Kembalinya playmaker Arsenal seharusnya menambahkan lagi kualiti dibahagian tengah, dengan Fabregas yang berehat hampir 2minggu sudah semestinya telah cergas sepenuhnya dari kecederaan hamstring beliau dan dijangka akan memulakan aksi Arsenal menentang pasukan yang mengecewakan Arsenal pada perlawanan pertama dahulu dengan memaksa Arsenal seri 2-2.

Fabregas dijangka akan digandingkan dengan Alex Song yang telah selesai menjalani pengantungan selama 2 perlawanan. Dengan kembalinya Song, Arsenal dilihat mampu bertahan dengan baik dan mengharapkan barisan serangan menjelmakan kemenangan. Diaby juga dijangka akan mengekalkan aksi dalam pasukan.

Berita kecederaan Gallas masih menyedihkan, dengan beliau yang telah terlepas aksi sejak kali terakhir bermain menentang Liverpool. Gallas masih belum sembuh dari kecederaan betis beliau. Tempat beliau akan terus diambil Campbell yang semakin menunjukan peningkatan dari segi kecergasan dalam mengharungi jadual Liga yang agak ketat.

So perlawanan esok akan berlangsung jam 1.25 pagi dan dijangka akan ditayangkan secara live di Astro ESPN812. So apa lagi warga Shah Alam dan kawasan yang sewaktu dengannya,ayuh kita memeriahkan venue masing-masing. Kita mengharapkan Arsenal akan meneruskan rentak kemenangan menentang West Ham.So sebelum aku terlupa, aku nak predict game malam esok Arsenal menang 2-0.Adios!

We Are Arsenal!!!!Go Arsenal Go!!!!!

3 comments:

  1. shah u selalu tgk kat mana?

    ReplyDelete
  2. tahniah seputra atas predict yg tepat pd sasaran.. sib baik arsenal dpt penalti..hehe..

    ReplyDelete
  3. haha..ko nie tak baik men nasib2 nie...hehe...
    by da way...Arsenal mmg hebat mlm nie..tak sia2 tggu smpai kol3 pagi

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan