Perjalanan Yang Berliku

Salam to all Arsenal fan semalaya, aku kembali kali nie ngan story untuk baki musim nie yang tinggal lagi 8 perlawanan untuk Arsenal harungi. Dimana ramai menjangkakan Arsenal akan menghadapi jalan mudah selepas berjumpa dengan pasukan besar seperti Manchester United, Chelsea dan Liverpool. Tetapi sebenarnya ranjau pasukan Arsenal masih jauh dan masih banyak rintangan.

Aku akan membuat sedikit analysis mengenai baki perlawanan musim ini, dengan Chelsea, Manchester United dan Arsenal akan bersaing sehingga tamat musim ini. Untuk analisis kali ini aku berpandukan naluri aku sahaja.Tetapi kemungkinan tu masih ada. Jadi hayati analisis yang aku buat secara ringkas nie.

Arsenal v West Ham United
Arsenal akan menyambung perjuangan untuk baki musim ini dengan menentang West Ham pada 20 March 2010, lawan yang mengecewakan Arsenal apabila memaksa Arsenal seri 2-2 di Uptown Park. Tetapi bagi perlawanan ini Arsenal dijangka tidak menghadapi masalah memungut 3 mata penuh dengan Fabregas kembali cergas. (3 mata berharga, 67 point)

Man United v Liverpool, 21 March 2010 (dijangka seri, -1 mata- 67 point)

Blackburn v Chelsea 21 March 2010 (menang, 3 mata penuh ,67 point)
Portsmouth v Chelsea 24 March 2010(menang, 3 mata penuh, 70 point)

Birmingham City v Arsenal FC
Kemudian Arsenal akan berkunjung ke St. Andrew menentang Birmingham City pada 27 March 2010. Birmingham merupakan pasukan yang banyak membuat peningkatan musim ini, walaupun Arsenal menang perlawanan pertama di Emirates Stadium dengan 3-1, Birmingham agak kuat bila bermain dikubu sendiri. Tetapi tiada alasan anak buah Arsene Wenger tidak mampu mengalahkan Birmingham selepas beberapa perlawanan ditempat lawan Arsenal mampu menang. ( dijangka menang, tetapi dijangka sengit, 3 mata , 70 point)

Bolton v Manchester United 27 March 2010 ( menang lagi, 70 point)

Chelsea v Aston Villa 27 March 2010 (dijangka sekadar seri, 71 point)

Arsenal FC v Wolverhampton Wandererss
Pada 3 April 2010,satu lagi perlawanan yang dijangka agak mudah bagi anak didik Wenger untuk memungut 3 mata berharga.Arsenal yang menang perlawanan pertama dengan 4-0 dijangka tiada masalah mengatasi Wolvers. Wolverhampton yang berjuang di akhir musim ini untuk mengelak dari tersingkir dari liga mengharapakan kemenangan, tetapi Emirates bukanlah tempat mereka untuk memiliki walau satu mata pun. ( menang, 73 point)

Manchester United v Chelsea ( dijangka Manchester mampu mengalahkan Chelsea, tetapi aku mengharapkan seri, 3 mata buat Manchester , 73 point / Chelsea 71 point)

Tottenham Hotspur v Arsenal FC
Perlawanan yang akan berlangsung pada 10 April 2010 nie merupakan perlawanan yang ditunggu2 oleh fan Arsenal. Pertemuan derby dua musuh London ini merupakan perlawanan klasik EPL. Tetapi untuk rekod,Arsenal mengatasi Spur untuk perlawanan pertama dengan 3-0 di Emirates Stadium. Spurs juga masih belum mengalahkan Arsenal dalam EPL sejak hampir 11 tahun lalu. Arsenal dijangka akan menghadapi saingan sengit, berkemungkinan seri perlawanan ini. ( seri, 74 point)

Blackburn Rovers v Manchester United 11 April 2010 ( menang 3 mata mudah, 76 point)

Chelsea v Bolton Wanderers 12 April 2010 ( menang 3 mata, 74 point)

Wigan Athletic v Arsenal FC
Wigan pula akan menanti kunjungan Arsenal pada 18 April 2010, dengan berbaki perlawanan hanya tinggal 4 perlawanan Arsenal dijangka akan memenangi perlawanan ini dengan mudah. Cuma perlu diingatkan jangan memperkecilkan kebolehan Wigan, mereka mampu mengalahkan Liverpool dan Chelsea ditempat mereka sendiri musim ini. Untuk rekod Arsenal menang perlawanan pertama di Emirates Stadium 4-0. (Menang untuk Arsenal, 77 point)

Manchester City v Manchetse United 17 April 2010 ( Mancity dijangka menang, 76)

Tottenham Hotspur v Chelsea 17 April 2010 (dijangka seri, 75 point)

Arsenal v Manchester City
Perlawanan yang dijangka penuh emosi oleh fan Arsenal pada 24 April 2010 sekiranya Emmanuel Aderbayor beraksi. Arsenal dilihat mahu membalas dendam atas kekalahan 4-2 pada perlawanan pertama menetang City dengan pelbagai kontrovesi melanda perlawanan tersebut. Arsenal dijangka akan memenangi perlawanan ini dikubu sendiri. Di harap Robin van Persi dapat beraksi sekiranya sembuh sepenuhnya. ( Arsenal menang , 80 point)

Manchester United v Tottenham Hotspur 25 April 2010 (Manu menang, 79 point)

Chelsea v Stoke City 25 April 2010 (Chelsea menang, 78 point)

Blackburn Rovers v Arsenal FC
Menjelang 1 May, Arsenal dijangka akan mendahului carta liga sekiranya hanya seri sekali dan mengharapkan Chelsea dan Manchester United keciciran mata. Untuk baki 2 perlawanan terakhir ini, Arsenal akan berkunjung ke Ewood Park bagi menentang Blakcburn. Arsenal dijangka menang selepas mudah melepasi halangan pada pusingan pertama dengan 5-2. (menang lagi, 83 point)

Sunderland v Manchester United 1 May 2010 (dijangka menang walaupun Sunderland mampu seri, 82 point)

Liverpool v Chelsea 1 May 2010 (sengit dan dijangka akan berpihak kepada Chelsea, 81 point)

Perlawanan Terakhir (Pada 9 May 2010)

Arsenal v Fulham
Jika betul jangkaan aku, Arsenal dan pencabar hanya akan dipisahkan dengan 1 atau 2 mata menuju penghujung musim. Dengan aksi terakhir Arsenal akan menanti kunjungan Fulham yang sering memberi aksi terbaik ketika menentang Arsenal. Tetapi dengan semangat anak buah Wenger yang dijangka memuncak ketika ini, Fulham tidak akan mampu menghalang kejayaan Arsenal merangkul kejuaraan pertama sejak 5 musim yang lalu. (menang, 86 point)

Manchester United v Stoke City ( dijangka menang mudah, 85 point)

Chelsea v Wigan Athletic ( juga dijangka tidak menghadapi masalah, menang, 84 point)

Dengan analisis yang tidak seberapa tuh, aku jangkkan perjalanan Arsenal musim ini akan berjalan lancar selepas mengharungi musim yang begitu mencabar dan begitu banyak kenanngan naik turun yang di rasai bersama penyokong setia Arsenal

Sekiranya Arsenal berjaya merangkul kejuaraan kali ini, sudah memestinya kemenangan akan dihadiahkan kepada Aaron Ramsey yang mengalami kecederan teruk dengan kaki kanan beliau yang patah dan terpaksa melupakan baki musim ini. Sejak pasukan Invisible Arsenal pada musim 2003/2004, Arsenal tidak penah merasai kejuaraan selepas beberapa bintang pasukan meninggalkan pasukan sorang demi sorang. Tetapi dengan pasukan muda ini,Arsenal mampu membina kembali pasukan Invisible tersebut.


Akhir sekali, Come on Arsene Wenger!!We Can Do It!!!

Comments

  1. very very nice analysis bro...

    sememangnya perjalanan The Gunners utk baki 8 lg perlawanan agak berliku...sebolehnya smua fan Arsenal mmg mengharapkan The Gunners mng smua baki games. tp x semudah yg dijangka especially bila jumpa dgn team2 yg nk survive dr zon penyingkiran..depa akan all out utk survive. jd The Gunners mesti konsisten & elakkan dari kecederaan yg berpanjangan. apa pn..aku mmg yakin The Gunners akn julang tropi kejuaraan EPL musim ni...

    Proud To Be A Goonah!!! Come On Arsenal!!!!

    ReplyDelete
  2. waah 1 lg hasil karya terbaik.. nampaknya ramalan seputra ada logik dan bleh diterima akal..jalan yg arsenal akan lalui bkn tahap selesa sebenarnya..mmg perit jgk la kalu nk smpai tahap tu.. setakat hari ni chelsea berada pd tahap selesa dgn kelebihan 1 game tp cuak jgk sebenarnya situasi mcm ni..point terlalu rapat.. aku harap arsenal dpt menuju ke jln yg benar dgn sebenar benarnya..jgn ada yg injured lg dh lah..

    p/s: seputra, aku lebih cuak lwn Birmingham drp Spurs, kenapa ar?? dh x sedap ati lg ni..ari tu aku x sedap ati dh masa nk lwn stoke, sekali ramsey kena strok..ni birmingham lak..aku hrp ni semua khayalan semata2..

    ReplyDelete
  3. perghh...ni mmg masterpiece terbaik ar dari seputra. Benda mcm ni la yg aku tggu. Analisis sendiri bikin...gempak ar lu seputra.tahniah atas kerje lu nih...Smoga ramalan lu benar belaka...haha

    ReplyDelete
  4. betul tu encik kareem..mmg seputra hensem bab ni di kalangan penulis2 hensem yg lain di sini.. skrg ni dia ketua darjah, pasni dpt calon ketua pengawas ar, apa lagi..

    ReplyDelete
  5. terbaek seputra..hasil yg baek dari segala segi ...
    i like ur writing..

    ReplyDelete
  6. hehe, aku terpaksa berskeptikal terhadap segala ramalan shyamalan neh semua. sebab aku pernah melihat arsenal dihukum dek kerana terlalu over konfiden menentang pasukan kecil berbanding memberi komitmen terbaik ketika berhadapan game2 besar.

    namun, header entri neh tetap terbaik. haha. go wenger.

    positioning dan tactical sgt penting bg setiap baki game yg ada tak kira sebesar mana pun prestige pihak lawan. arsenal ade kemampuan untuk mendominasi game dan menang besar, tapi kebiasaannya ia SANGAT bergantung kepada percaturan posisi dan taktik.

    sudah acapkali pemain2 arsenal yg gah namanya, apabila salah diletak posisi, maka finishing tidak menjadi.

    dan oh ya, bebas kecederaan juga akan menjadi pemangkin kemenangan. ingatlah bagaimana arsenal bermula garang di awal musim dengan keadaan wenger tak perlu pening kepala menyusun atur posisi apabila semua pemain available dan fit-ready.

    huhu. namun persaingan sengit mcm tahun neh yg membuatkan aku lebih teruja sekiranya di pengakhiran arsenal dpt menjulang piala.

    go arsenal, go!

    ReplyDelete
  7. klu perkara dlm awal musim smpi pertengahan musim berulang,tak mustahil arsenal blh champion..
    tp analisa ni mcm memberi keyakinan yg arsenal blh champion..chayok arsene

    ReplyDelete
  8. aku pun setuju ngan Akeji. Mcm2 bleh jadi.. kadang2 game yg kita konfiden bleh menang pn bleh jadi sebaliknya.. atas kertas mmg nampak mudah.. tp bile atas padang tau la realiti dia mcm mana.. baca analisis ni mmg best.. tp kalau tak menang mesti sakit giler hati..

    ReplyDelete
  9. tau tak pa..tuh just analisis yang aku wat atas kertas jeh..aku pun taw Arsenal nak menang cup bukan senang...klu ada injurd player utama lagi,al maklum nyaa makin susah la nak menang liga...but klu sumer player simpanan bleh cover,no hal la...Wenger musim nie mcm cnfident sket,but jgn over confident dh la pak Wenger.....!!

    ReplyDelete
  10. welldone seputra reyes...analisis yg aku nanti2kan...sebelum ini aku hanya congak2 je...tp tak khatam pun...tp seputra telah tunjukkan kembali kebarangkalian dan kemungkinan arsenal akan menang dengan cara yg lebih logik dan mejangkaui akei aku...tahniah...

    Semoga impian kita suma jadi nyata dan semoga ramalan seputra ini akan diperkenankan Tuhan Yang ESA...amin...

    ReplyDelete
  11. aminn..mr idhassan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil