Pemain boleh tukar kelab di UEFA Champions league 2010/11


UEFA akan membolehkan seorang pemain mewakili di dua kelab berbeza di Liga Champions dan Liga Europa pada musim yang sama. Peraturan ini akan berlangsung musim depan.

Keputusan itu diambil oleh Komite Eksekutif UEFA dalam pertemuan di Tel Aviv baru-baru ini. Dengan peraturan baru tersebut, seorang pemain yang mewakili sebuah kelab di fasa pertama kelayakan dapat bermain lagi di musim yang sama bersama kelab baru, asalkan kelab lamanya telah tersingkir di fasa kelayakan.

"Bermula musim depan, jika pemain dari kelab yang telah tersingkir dan dia pindah ke kelab baru sehingga akhir musim perpindahan pada 1 September, mereka dibolehkan mewakili kelab barunya di pertandingan yang lain," kata UEFA, Gianni Infantino, kepada Reuters.

"Jika dia tidak pindah hingga akhir musim panas, dia dapat pindah pada musim perpindahan Januari," kata Infantino.

Oleh yang demikian, peraturan ini hanya berlaku pada satu orang sahaja pemain baru bagi mewakili kelab yang bertanding. Jika sebuah kelab mengambil tiga pemain baru yang pernah bermain di fasa kelayakan, hanya seorang sahaja yang dipilih.

Mengikut peraturan lama, seorang pemain yang kelabnya telah tersingkir dari pertandingan Eropah tidak boleh bermain kembali bersama kelab barunya yang masih lagi kekal dalam pertandingan tersebut. Musim lepas Andrei Arshavin mengalaminya ketika berpindah dari Zenit St. Petersburg ke Arsenal pada Januari 2009. Meskipun Zenit telah tersingkir dari Liga Champions. Dan Arshavin hanya memerhatikan pasukannya tewas di kerusi penonton.

Comments

  1. Berita baik utk semua pasukan lebih-lebih lagi Arsenal yg lebih gemar ikat kontrak dengan pemain baru di minit-minit terakhir jendela perpindahan.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil