Parut luka perlawanan akhir 2006 masih berdarah

Arsenal Arsene Wenger mengakui kekalahan di peringkat akhir Liga Juara-juara kepada Barcelona empat tahun lepas masih menghantuinya.

The Gunners telah diundi untuk bertemu juara bertahan kelab Eropah Barcelona dalam suku akhir Liga Juara-juara 2009/10.

Wenger berkata: “Anda tidak mampu melupakan perlawanan itu, perlawanan akhir Liga Juara-juara, anda juga tidak berkemampuan untuk mengulangikan pada tahun berikutnya.

“Anda tidak mampu melupakannya tapi anda harus terus focus pada apa yang berada dihadapan anda dalam kerjaya ini. Saya juga terkejut akan bagaimana saya boleh mengingati setiap dari penjuru kekecewaan itu. Saya ingatkan saya telah melupakannya tetapi bilamana saya bercakap mengenainya baru-baru ini, setiap perincian datang dalam fikiran saya.

“Benar kami kecewa. Saya tidak katakan yang kami tidak mampu untuk memenangi perlawanan tersebut. Thierry Henry mendapat 2 peluang yang baik. Tapi ia bukanlah perlawanan yang seperti dijangka pada masa itu. Kami mempunyai musim yang baik dalam Liga Juara-juara, kami cuma tewas sekali dan itu pun di peringkat akhir, sepanjang musim tersebut.

“Perlawanan itu bukan seperti dijangkakan – 11 menentang 11, jika begitu ia mungkin satu perlawanan yang cukup hebat. Tapi kami terpaksa mengeluarkan Ropert Pires – dan hingga kini dia masih membenci saya. Kami mengeluarkan seorang pemain yang baik yang mana mampu mencorakkan qualiti perlawanan. Ia adalah kesilapan pengadil, secara dasarnya. Ini kerana kami terpaksa bermain untuk 10 orang dalam perlawanan akhir itu yang mana ia patut menjanjikan sesuatu yang besar dan akhirnya ia menjadi seperti perlawanan yang tidak beerti.

“Bila pengadil melakukan keputusan seperti itu, dia telah melakukan sesuatu yang dia yakini muktamad. Anda tidak patut menghancurkan perlawanan akhir yang mana 1 bilion penonnton menyaksikannya jika ia ternyata tidak benar.

“Mereka sering mendapatkan pengadil daripada utara Eropah yang terlibat dalam liga-liga kecil. Mereka tidak biasa dengan helah dan budaya perlawanan dalam negara-negara seperti England dan Spanyol.

“Disebabkan UEFA tidak mahukan sebarang keadaan kontroversi, mereka memilih seseorang dari sana sedangkan mereka tidak mampu untuk mempertimbangkan keadaan sesuatu perlawanan.”

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil