Nicklas Bendtner Hero Arsenal

Yeahh!! Kemenangan berpihak kepada skuad muda Arsenal apabila Nicklas Bendtner menyumbat gol di minit-minit terakhir permainan yang memasuki masa tambahan.Arsenal menang 2-1 mengatasi Hull City yang bermain baik malam ini mempertahankan kubu mereka dari dibolosi.Berikut ialah barisan kesebelasan utama Arsenal malam ini:-

Arsenal's Team XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy
Eboue---Denilson---Diaby
Nasri---Bendtner---Arshavin

Subs: Fabianski, Silverster, Eastmond, Traore, Merida, Walcott, Eduardo.

Kunjungan Arsenal ke KC Stadium sememangnya dijangka akan menghadapi laluan yang sukar untuk mencari tiga mata penuh. Hull merupakan pasukan yang agak konsisten ditempat sendiri dengan beberapa keputusan di luar dugaan. Arsenal bermula dengan Sagna dan Campbell kembali cergas dan kembali beraksi, mengekalkan skuad sama yang menang keatas Porto.Arsenal hanya membuat perubahan dengan Denilson mengambil tempat Song yang digantung perlawanan.

Di awal permainan, Arsenal menunjukan kesungguhan mencari gol awal permainan dengan gandingan Arshavin dan Bendtner membuahkan hasil. Pada minit ke-14 hasil gerak dari sebelah kanan Arsenal yang berpunca dari Nicklas Bendtner, beliau membuat hantaran rendah mencari Arshavin yang tidak dijaga, kemudian Arshavin mengelecek 2 orang pertahanan Hull sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Boaz Myhill.

Gol tersebut seharusnya menjadi pembakar semangat untuk mengandakan usaha bagi mencari gol seterusnya, tetapi Arsenal kebuntuan dalam mengatur serangan. Hull mula mengasak kubu Arsenal dan memberi beberapa ancaman yang agak merbahaya dikubu Arsenal.

Usaha mereka tidak sia-sia, apabila Hull di hadiahkan sepakan penalti selepas Vennegoor of Hesselink dijatuhkan dalam kotak penalti Arsenal oleh Sol Campbell. Sebenarnya kedudukan Hesselink sudah offside tetapi lineman gagal mengesan kesalahan tersebut. Hasilnya Jimmy Bullard berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut dengan rembatan padu menewaskan Almunia di gawang Arsenal pada minit ke-28.

Kemudian Arsenal kembali mengatur serangan demi serangan ke kubu Hull. Namun gagal dengan Hull juga bersemangat mencari gol bagi mendahului sebelum tamat separuh masa pertama. Beberapa kekasaran juga dikesan pengadil dengan Boateng dilayankan kad merah kerana menerima kad kuning kedua selepas mengasari Bakary Sagna sebelum tamat separuh masa pertama. Hull bermain 10 pemain, aku mula merasakan yang Arsenal akan menang perlawanan ini.

Masuk separuh masa kedua, Arsenal mengadakan asakan bagi mencari gol. Arshavin yang mendapat beberapa peluang keemasan gagal menyempurnakan dengan baik. Arsenal membuat beberapa pertukaran dengan Walcott dan Eduardo masing-masing masuk mengantikan Eboue dan Nasri. Kemasukan Walcott memberi kelebihan kepada Arsenal yang menentang Hull yang bermain dengan 10 orang pemain dengan beberapa gerakan beliau nampak begitu berkesan tetapi sayangnya peluang tersebut gagal disudahkan. Hull juga dilihat berkubu dikawan sendiri dengan kadang kala melancarkan counter attack ke kubu Arsenal.

Arsenal lihat semakin tertekan mencari gol kemenangan bagi meneruskan impian untuk mengejar pendahulu liga. Ketika permainan seakan-akan akan berkesudahan seri 1-1, muncul Nicklas Bendtner menyumbat gol kemenangan pada masa kecederaan pada minit ke-93. Gol hasil gerakan yang bermula dari rembatan luar kotak penalti oleh pemain kelahiran Brazil iaitu Denilson gagal di tampan kemas oleh Myhill dan bola yang muntah di depan Bendtner tidak disia-siakan oleh penyerang Arsenal itu dengan menolak masuk menewaskan penjaga gol Hull. Dengan gol tersebut Arsenal mengesahkan kemenangan kelima berturut-turut.

Keseluruhan permainan, Arsenal bermain dengan baik sekali malam ini cuma beberapa gerakan gagal disudahkan dengan sempurna. Arshavin agak hilang arah pada separuh masa kedua, banyak melepaskan peluang menjaringkan gol serta beberapa gerakan beliau tidak berjaya. Denilson juga beraksi agak goyah tetapi rembatan beliau pada minit terakhir telah menutup aksi kurang baik beliau pada malam ini. Barisan pertahan pula menunjukan kekentalan sekali lagi walaupun memberi penalti kepada Hull tetapi keseluruhan gandingan antara Campbell dan Vermaelen adalah begitu baik sekali.

Dengan kemengan pada malam ini, Arsenal kembali merapakan jurang dengan 64mata dan berada ditempat ke-2 dengan hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan dengan Chelsea. Tinggal hanya 8 perlawanan saja lagi untuk anak buah Arsene Wenger merealisasikan impian mengejar kejuaraan liga. Setiap mata sangat berharga pada saat ini, jadi aku berharap Arsenal meneruskan rentak kemenangan sehingga habis musim dan berharap Fabregas dapat kembali secepat mungkin. So tahniah kepada Arsenal yang menang perlawanan malam ini.
We are Arsenal!!!!Go Arsenal Go!!!

p/s: awegooner, tahniah la bro predict ko mengena...sib baik dpt penalti hull,he ^__^

Comments

  1. hah penalti x penalti janji kena bai..hehe.. xde ape lah seputra..nasib jer tu seperti hull brnasib baik mndapat penalti dan arsenal brnasib baik score last mnt.. aduuyai brgegar jantung tgk..yg pnting arsenal menang lagi.. aku harap cukup2 lah kemalangan jiwa melanda arsenal..8 game je lg..Move Arsenal Move!!

    ReplyDelete
  2. aku tgk game mlm td...menympah giler tgk bullard...aritu lwn kat emirates pun die wat hal gak.... pastu tgk muke poyo manager hull... mcm bagus je...

    ReplyDelete
  3. aku dh bujet mcm nak seri...tp alhamdulillah la menang juga last minit,dh bnyak game dh arsenal buh gol last minit sejak game ngan stoke ritu...caya lah Arsenal!!!

    awegooner,nnt wa blnja nasi ayam sbb result betui kali nie..hehehe

    ReplyDelete
  4. wokey seputra tekiu2.. tapau sekali,hehe..xpe mgu dpn layan west ham lak..insya Allah kita predict lg..

    Anonymous..aku rasa yg buat hal kat emirates aritu stephan hunt..jimmy bullard x main rasanya..

    ReplyDelete
  5. ha ingatkan teror naaa... tak de hal lawan hull...

    tecirit gak eh... Apa pon taniah lah menang nasib...

    http://rabunmerah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Tq la sudi melawat blog nie...Indra Qirana

    Mlm nie Liverpool boleh ke menang??

    ReplyDelete
  7. seputra....aku dh kata kita mesti menang nya..gol last minit!! yg hg dok kata dh nk seri dh smlm...hahahahahahaha
    have the faith gooners!! we gonna win this league this season!! Proud to be Goonah!!

    ReplyDelete
  8. sakit jantung aku tengok game smalam...

    ReplyDelete
  9. mmg terbaek seputra nye penulisan..
    bagi aku bendtner kena asah penyudah dia lagi..
    belom cukup utk dibanggakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil