Mereka tetap di hati.

Kepada semua fan Arsenal,

'Hancur, hancur, hancur...!!!'

Begitulah sakitnya perasaan dalam kalbu apabila melihat keputusan seri Arsenal - Birmingham pada hari Sabtu lepas. Tatkala Nasri dimasukkan dan menjaringkan gol, aku rasa aku mampu untuk mengukir senyuman. Malangnya jaringan pada babak-babak akhir Birmingham membuatkan panas dalam hati walaupun tidak diluahkan melalui muka. Sakit juga kalau marah yang ditahan-tahan ni. Rasa macam dicalar-calar dalam badan ni, tapi darahnya tak juga keluar. Hati terasa di carik-carik kalau dikenang keadaan itu.

Begitulah juga rasanya perasaan penyokong-penyokong the Gunners di luar sana. Kita membaca cerita Arsenal di mana-mana. Arsene Wenger sering bercerita mengenai konsistensi yang akhirnya tidak terdapat dalam pasukannya di saat MU dan Chelsea meraih kemenangan demi kemenangan sehingga akhirnya menambahkan lagi jurang mata kepada kedua-dua pendahulu liga itu.

Jika dilihat rekod sejak beberapa perlawanan, Arsenal ternyata memang konsisten. Malangnya disaat jurang ketiga-tiga pasukan ini begitu rapat, Arsenal hilang semangat melawan berbanding 2 lagi pasukan teratas. Perbezaan gol yang mereka khuatiri akan menjadi penentu, MU dan Chelsea lakukan sebaik mungkin dengan membelasah pasukan lain sebanyak yang boleh.

Di atas kertas ternyata Arsenal masih tidak kalah. Tapi jauh di sudut hati setiap peminat, rasa hampa itu seolah-olah kita telah tewas dalam gelaran Liga Perdana di saat-saat akhir.

Ramai peminat Arsenal yang tidak berminat untuk membuka blog-blog Arsenal buat masa ini samada untuk membaca, 'update entry' mahupun menulis komen. Berita di mana-mana laman web juga kelihatan tidak menyenangkan yang tidak habis-habis menghentam akan potensi the Gunners. Semua bagaikan mahu melupakan gelaran liga sambil menunggu ketibaan Barcelona di Champions League. Aku yakin, ramai peminat Arsenal sendiri tidak menaruh harapan tinggi dalam pertemuan ini namun tetap mahu melihat aksi keduanya. Tidak banyak mampu kita katakan berikutan pertemuan kedua kelab ini kerana kita sendiri mengharapkan keajaiban. Jari kita tidak habis-habis menulis akan sokongan kita pada Arsenal dan mulut kita tidak henti-henti bercakap mengenai kemampuan the Gunners untuk memberi saingan, tapi jauh di lubuk hati kita tahu yang sebenarnya kita tidak meyakininya. Tapi tetap berharap...

Aku sedih, semua peminat sedih. Seolah-olah tiada apa lagi yang hendak diburu. Aku ada terbaca akan komen salah seorang peminat Arsenal selepas keputusan seri menentang Birmingham, "Klu aku pkir pun, bkn aku dpt gaji.. atau Arsenal tak byr pun kt aku.."

Begitulah betapa kecewanya jiwa seorang fan. Aku tahu dia juga terlalu sedih dan sakit hati. Kita semua berhadapan situasi serupa apatah lagi bila berhadapan dengan rakan-rakan sekerja yang asyik memperli dan mengusik. Kat pejabat ok lah sbb semua kawan-kawan. Dalam forum-forum Arsenal pula, peminat-peminat fan lain masuk ke forum Arsenal untuk menambah derita dengan rasa sakit hati. Kita sendiri naik angin dan rasa malas nak melayan.

Apa lagi nak cakap, pasukan mereka pun pernah kalah sebelum ini tetapi pada masa itu mereka bukan diambang penentu. Cuma kali ini ia agak sedikit terasa kerana bilangan baki perlawanan yang tinggal dan keadaan mata yang saling berhimpit, kita pula tercicir mata kerana keputusan seri.

Senyuman kita pernah terukir dengan kejayaan Arsenal. Kebanggaan sebagai penyokong begitu kuat di saat mereka memperoleh dari satu kemenangan ke satu kemenangan. Arsenal pernah 2 kali tersingkir dari persaingan gelaran dan kemudian bangkit dengan konsisten selepas lawannya bermain hambar. Kenapa kita perlu terus sedih dengan keputusan seri menentang Birmingham ini? Mari kita kembali meriahkan sokongan kita dan kepercayaan kita walau apa keputusannya. Arsenal bukan tak kuat! Nasib kita je tak baik kerana masalah kecederaan. Kita tak tahu apa nasib Arsenal di Champions League tapi Arsenal berada dikedudukan yang jauh lebih baik dari kelab gergasi seperti Real Madrid, Juventus, Chelsea, AC Milan dan Liverpool.

Mari kita kenang kembali saat-saat gembira Arsenal di musim 2009/2010.
  1. Everton 1-6 Arsenal
  2. Arsenal 4-1 Porthmouth
  3. Arsenal 3-1 Celtic
  4. Standard Liege 2-3 Arsenal
  5. Arsenal 4-0 Wigan
  6. Arsenal 6-1 Blackburn
  7. Arsenal 3-1 Birmingham
  8. Arsenal 3-0 Tottenham Hotspur
  9. Arsenal 4-1 AZ Alkmaar
  10. Wolverhampton 1-4 Arsenal
  11. Arsenal 3-0 Hull City
  12. Arsenal 3-0 Aston Villa
  13. Porthmouth 1-4 Arsenal
  14. Arsenal 4-2 Bolton
  15. Stoke City1-3 Arsenal
  16. Arsenal 3-1 Burnley
  17. Arsenal 5-0 FC Porto

Kepada rakan-rakan peminat Arsenal, mari kembali jadi penyokong setia. Kalah menang Arsenal, mereka tetap di hati. Inilah satu-satunya pasukan yang mempunyai tektikal paling baik pernah kita temui. Jika orang kata bolasepak sebenar, cuma di Arsenal kita dapat lihat bagaimana bolasepak itu sepatutnya dimainkan dan inilah pasukan yang mempamerkannya. Walaupun pemain itu bertukar-ganti, Arsenal kekal dengan coraknya. Inilah satu-satunya kebanggaan aku terhadap Arsenal.

Aku juga teringin menyaksikan cara permainan sebegini dididik ke atas masyarakat Malaysia dan cara permainan tradisi kita diubah. Mungkin hanya di universiti-universiti sahaja kita mampu melihat tektikal permain sebaik ini, tapi malangnya pelajar-pelajar universiti ini tidak berminat untuk bermain secara professional.

Yeah, sekurang-kurangnya bagi anak-anak kita lihat bagaimana Arsenal bermain bola. Biar mereka tertarik untuk mempamerkannya di atas padang.

'In Arsene we trust'

Ikhlas dari aku,
Alfreedino Bin Ahmad

Comments

  1. Terbaeklah Dino, ko macam tahu jerrk kitorang dh malas nk amik tahu...skurang-nya nampaklah sdikit persefahaman peminat the gunners, Game lawan barca satu-satunya pengubat luka-duka peminat arsenal..tapi harapan untuk menang hanya 20% sahaja.., jika benar tanggapan ini,. tak heranlah fan2 arsenal mula melihat kearah musim depan plak..dengan kehadiran bintang2 sperti chamaks yang boleh mengubah nasib Arsenal,di liga perdana inggeris dan uefa CL...sebenarnya peminat arsenal kt blog tengah merajuk. tengoklah kalau menang lawan barca nnti musti masuknya...

    ReplyDelete
  2. Best lah dino..penulisan yg sgt ikhlas lahir dari hati seorang gooner sejati..ye sememangnya setiap insan yg bergelar gooner pastinya kecewa dgn keputusan ini wlaupun seri sekalipun kerana kita masing2 brlumba, bersaing mempamerkan aksi yg terbaik, cuba utk konsisten tp kita trgelincir di landasan di saat kita mahu mengekalkan rentak kemenangan..sudah namanya bola, perkara sebegini pasti sekali akan kita lalui..jika hari ini kita gembira, belum tentu perasaan itu boleh dibawa utk hari esok..begitulah sebaliknya.. sebagai seorang gooner aku prcaya kita masih brsaing, kita belum tewas dlm prsaingan ini..

    Jika semalam aku gembira krn kehebatan Arsenal, aku sememangnya seorang gooner..Jika hari ini aku berduka kerana kerapuhan Arsenal, aku tetap seorang gooner.... kerana.. Arsenal tetap berpegang kpd seni dan keunikan bola sepak sebenar yg mereka miliki......I luv bein a Gunners!...till i die....

    ReplyDelete
  3. tersentuh :') good entry. memang kau faham apa yang gooner tengah alami sekarang. tapi Arsenal tetap di hati! :D

    ReplyDelete
  4. saat mcm nie la kita akan dpat tahu the true Gooners!!!Jatuh bangun Arsenal tetap kita support smpai bila2...walaupun satu hari nnt kita tidak akan melihat lagi kelibat Fabregas, Wenger...kita tetap akan sokong Arsenal...biar Arsenal bertahta dihati sepenuhnya...pedulikan apa orang cakap...walaupun 10 tahun kita tak punya piala, Arsenal is the best team in the world...Tapi percaya la sumer gooners, kejayaan pasti akan datang jua nanti...In Wenger We Trust!!!kita masih berpeluang tuk baki perlawanan nanti...Arsenal boleh bangkit kembali slpas kekecewaan Sabtu lepas...Come on Arsenal!!!

    ReplyDelete
  5. bgus22..cntik betul corak penulisan ni bro..lu mcm dpt 'A' la karangan spm dulu..(gro2 je)
    thun ni tak dpat,,thun depan boleh cuba lg,,selagi ader masa dan harapan..Arsenal tetep best..lg2 corak permainannya,,tak sma dgn team lain,cuma kene carik penyudah yg terbaik skali,,hrp2 seasom dpn tak bnyk la perubahan player.adios arsenal....

    ReplyDelete
  6. Kpd semua kwn Arsenal :

    Aku akui words tu aku yg ckp tp jauh di sudut hati aku, Arsenal tetap pertama.. Aku ckp sbg salah seorang fan yang cuba utk mempertahankan nama The Gunners.. Walau di dalam facebook, aku tetap akan berkata2 camtu apabila berdpn dgn fan Man Utd.. coz bagi, dorang terlalu taksub hingga sggup mencaci org.. sedangkan dorang taktau bahawa lebih ramai yang benci dgn fan Man Utd bermulutkan jamban ni..

    Aku minta maaf kpd semua fan andainya words aku membuatkan semua fan rasa dihina.. sedangkan aku tak berniat utk berkata begitu.. words aku hanya utk menyedarkan bahawa, tak perlu kita taksub sehingga hbgn antara manusia dan sesama Islam diabaikan.. Jika Man Utd bayar 20k kpd setiap fan, mgkin kita boleh berbangga dgn itu kan? tapi semua fan kelab same.. tak dibayar utk sesen pun.. Jadi, tak perlu taksub sgt.. apabila kita menang, "Jom berhibur!!" tapi tak bermakna kita sbg fan bleh hina fan lain.. adakalanya kita berada di atas, tapi bila kita berada di bawah, itulah yang kita rasa spt org yg pernah kita hina..

    Aku dgn seikhlas hati minta maaf kpd semua fan Arsenal jika words aku melukakan hati seluruh fan Arsenal Malaysia, mahupun di luar sana..

    Salam ikhlas,
    Apis Persie

    ReplyDelete
  7. Waaaa...Apis Persie, we support u too...

    ReplyDelete
  8. no komen...tengah merajuk nie dgn arsenal..tunggu AW pujuk dengan beli ole2 player baru2...

    ReplyDelete
  9. The Devil Killer,

    Wah, emotionalnya...tenang ja bah...beli player buat apa? kalau injured lg, sama ja keputusannya...yg penting develop player yg muda2 tu supaya dorg bole main 'the Arsenal way'...kasi dorg professional contract, abis tu kalau ganti2 pun teda kesan sangat sbb semua main style sama...yg penting, pemain muda utk posisi penyerang msti di asah bakatnya supaya bole sharp on goal...ha! msti juga ada sniper bah, yg bole try jarak jauh...yg lama jgn dibuang sbb dorg ada gunanya...utk game2 yg lebih besar, experience tu pnting...biar ballance setiap position...tapi macam biasa la bah kan, walalu apa berlaku sama Arsenal, MEREKA TETAP DI HATI...!!!

    ReplyDelete
  10. arsenal always in my heart...kipidap together gooners~!!
    kite akan menjadi pesaing terkuat satu hari nanti..

    ReplyDelete
  11. sebagai gooner,i betul2 frust mcm mana nak ckp.kalau kita mng game hari tu.lepastu chelsea dgn mu draw nanti.memang kita lah juara epl untuk this season.tapi nak buat mcm mana.harap2 akan membuat kejutan apabila menentang barca..tapi i mmg frust sgt2 hari tu..ape2 hal pun..arsenal tetap di hati..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil