17 March 2010

Lionel Messi: Arsenal Seperti Barcelona Dalam Pelbagai Segi



Salah seorang daripada pemain terbaik untuk Barcelona menentang Stuttgart pada perlawanan hari ini, Argentina Lionel Messi telah berkata sebelum perlawanan malam tersebut mengenai siapa pesaing kepada gergasi Spanyol itu, dia menyatakan bagaimana pasukan liga Perdana Inggeris tetap menjadi ancaman. Pemain berusia 22 tahun itu mengakui bahawa Wayne Rooney mampu membantu Manchester United untuk mencapai objektif penting tapi turut menambah bahawa Arsenal Arsene Wenger, yang menghampiri ciri-ciri Barca turut boleh menjadi pencabar.

Bercakap mengenai the Gunners, Messi menambah bagaimana teknik menarik yang dipamerkan oleh pemain-pemain seperti Cesc Fabregas dan Andrei Arshavin boleh di perbandingkan dengan cara permainan bolasepak di Amerika Selatan dan pemenang Ballon d’Or ini turut menambah lagi bahawa mereka boleh di jadikan sebagai calon Liga Juara-juara pada tahun ini.

Kata Messi:

“Sekali lagi, saya menjangkakan bahawa cabaran terbesar datang daripada England dalam Liga Juara-juara. Saya melihat United sebagai pencabar kerana kemampuan mereka dengan pantas dalam menukar tempo dan mereka sekarang mempunyai penyerang yang tidak henti-henti melakukan kejutan seperti Rooney.

Dan yang terakhir, Arsenal merupakan sebuah pasukan yang tidak boleh diketepikan kerana kehebatan dalam mencorakkan permainan mereka. Mereka sama seperti kami di Barca dalam pelbagai segi. Tidak seperti permainan di London, permainan mereka seolah-olah datang dari Amerika Selatan. Andrei Arshavin dan Cesc Fabregas adalah pemain-pemain yang ingin saya saksikan.”



(Dipetik dari laman 'The Gunning Hawk')

3 comments:

  1. terbaek la cite nih...tq alfreedino

    ReplyDelete
  2. To Lionel Messi, tahu tak perrr...hahaha....

    ReplyDelete
  3. aku tgk match Barca vs Stuttgart smlm...perghhh..mmg terbaik la. x boring. both team main laju...esgi taktikal & teknikal mmg kelebihan buat barca...main cantik mcm The Gunners.

    Messi layak sbg pemain terbaik FIFA...gerakkan dia & jaringan dia terbaekk...aku harap player Arsenal especially striker mampu pamer persembahan menarik & terbaik mcm messi...utk CL final, aku mmg harap Arsenal jumpa Barca nnt...rematch 2006.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan