Kecederaan F4 dan Champions League!


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat penyokong-penyokong tegar Arsenal.. Aku taktau camne nak komen lagi.. Aku rasa kehadiran Arsenal ke Stadium St. Andrew adalah stadium malapetaka buat semua pemain The Gunners.. Genap sudah 2 tahun tragedi Eduardo Da Silva diterjah keras sehingga kaki beliau patah teruk, kita menerima berita yang aku fikir sebagai suatu berita yang tak dapat diterima.. Berbekalkan semangat juang utk menang, anak buah Arsene Wenger turun di St. Andrew dgn 1001 kenangan.. Mengharapkan tragedi 2 tahun lalu tidak berulang, namun begitu harapan tinggal harapan..

Pada separuh masa pertama, Kapten Arsenal Cesc Fabregas dilihat berjalan terhincut-hincut bagi mendapatkan staf perubatan Arsenal selepas diasak keras dari belakang oleh pemain Birmingham. Namun begitu, Kapten Arsenal itu masih dapat meneruskan perlawanan tanpa perlu dikeluarkan..

Menurut kata Arsene Wenger, Cesc Fabregas mengalami kecederaan di buku lali dan masih tak dapat kepastian sejauh mana tahap kecederaan beliau.. Pengurus kelahiran Perancis itu juga memberitahu, keadaan Cesc akan menambahkan lagi tekanan kepada pasukan The Gunners itu yang akan berdepan dengan Barcelona di Liga Juara-juara Eropah tak lama lagi..





Untuk perlawanan berdepan dgn Barcelona itu nanti, Arsene Wenger menjangkakan Thierry Henry akan disambut penuh meriah oleh semua penyokong The Gunners di Stadium Emirates. Rabu nanti.. Pemegang rekod Penjaring Terbanyak The Gunners itu akan menyertai pasukannya bagi perlawanan Suku Akhir Liga Juara-juara Eropah.. Tambahnya lagi, dia yakin situasi itu akan berlangsung dengan penuh emosi setelah lagenda Arsenal itu meninggalkan Emirates pada Mei 2007 dan dia kali terakhir dilihat di Emirates sewaktu menonton perlawanan The Gunners vs Blackburn Rovers dengan mencatat kemenangan besar 6 - 2 pada Oktober lalu..

Arsene Wenger memberitahu, dalam kariernya bersama The Gunners, dia telah memiliki ramai pemain namun Henry adalah salah seorang yang paling adil yang pernah dimilikinya.. Sambil menambah, kadangkala Henry adalah pemain yang berbahaya apabila dia sedang marah namun dia tak pernah mengkasari atau menjadi ganas di padang.. Dia turut memuji sikap Henry yang setia menyokong Arsenal walaupun kini beliau telah menyarung jersi Barcelona..

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil