25 March 2010

Hanya kesempurnaan mampu membawa gelaran.

London: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata bahawa satu-satunya cara untuk the Gunners mampu memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris hanya jika mereka mempunyai kesudahan yang sempurna pada musim mereka.

Arsenal akan bertandang ke Birmingham pada Ahad ini, yang pada masa ini berada di tangga ke-3 liga, 2 mata dibelakang pendahulu Manchester United dan satu mata dibelakang Chelsea.

Ketiga-tiga kelab hanya mempunyai baki 7 perlawanan liga untuk musim ini dan Wenger berkata pada hari Khamis: "Sebagaimana yang kita ketahui, kita mempunyai 3 pasukan dalam perlumbaan, dan ia akan jatuh kepada pasukan yang paling konsisten."

"Kami hanya mampu fokus kepada persembahan kami sendiri setelah menjadikan landasan kami sempurna. Setelah ia menjadi sempurna, adalah amat penting untuk terus fokus dalam persembahan kami," jelas WEenger yang mana pasukannya akan menentang Barcelona dalam suku akhir Liga Juara-juara.

"Kami mungkin memerlukan bantuan dari pasukan lain, tapi ia cuma berkesan hanya jika kami konsisten dan mengekalkan rentak.

"Kami telah mencipta rentak yang menarik dan kepercayaan yang besar kepada skuad ini tetapi konsistensi dalam perjalanan akhir ini adalah sangat penting."

Arsenal mempunyai perbezaan gol yang paling rendah, dengan 7 berbanding dengan kedua-dua saingan mereka walalupun mereka masih boleh mengejar kembali perbezaan ini sepanjang laluan ke akhir musim.

"Ia mungkin akan menjadi perbezaan goal, tapi sebelum itu mari pastikan yang ia berlaku yang membolehkan kita di sana," kata Wenger. "Pada masa ini saya rasa tiada sesiapa yang boleh menjangkakannya.

"Seperkara yang kita tahu adalah dengan memenangi perlawanan ini akan menjadikan ia berlaku."

(Dipetik dari The Times of India)

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan