Ferguson: Saya takut pada Arsenal dalam perebutan juara

Sir Alex Furguson percaya Arsenal merupakan ancaman terbesar kepada harapan untuk kejayaan ke-4 Manchester United dalam gelaran Liga Perdana.

United kembali berada di tangga teratas Liga Perdana Barclays semalam selepas kemenangan 3-0 kepada Fulham di Old Trafford, dengan Wayne Rooney menjaringkan 2 gol yang menjadikannya 32 goal pada musim ini.

Chelsea dan Arsenal hanya 2 mata ketinggalan dibelakang juara ini, walaupun pasukan dari barat London ini mempunyai 1 perlawanan di tangan. pengurus United ini melihat bahawa ancaman terbesar datang daripada pasukan Arsene Wenger. Dikeluarkan daripada senarai calon juara beberapa minggu lalu, Arsenal telah memenangi 5 daripada perlawanan liga terakhir mereka dan kelihatan mempunyai laluan mudah sepanjang perjalanan mereka.

“Kami kembali mendahului. Tapi Chelsea mempunyai perlawanan di tangan.” Kata Ferguson. “Ia juga agak merumitkan dengan Arsenal lebih kuat pada waktu ini, dan saya menjangkakan bahawa mereka mampu menjadi ancaman.

“Untuk beberapa perkara, gelaran mungkin memihak kepada kami kerana Chelsea akan bertandang ke Old Trafford (pada 3 April) dan seperti baisa ia adalah perlawanan yang sukar dijangka, tapi sebagaimana yang saya katakan, saya khuatir akan kemampuan Arsenal jika mereka bebas dari kecederaan pemain-pemain utama mereka.”

Ditanya jika ini membuktikan bahawa ia merupakan cabaran mengejar liga yang paling sengit yang pernah ada, Ferguson berkata, “Pada waktu ini ia kelihatan begitu. Ia sangat sengit. Kami mempunyai baki 8 perlawanan sahaja, Chelsea mempunyai 9 perlawanan, anda tidak akan dapat menjangkakannya. Anda harus berfikir akan perbezaan gol. Kami mempunyai 4 gol di hadapan Chelsea. Saya mengharapkan ia adalah 14, tapi sekurang-kurangnya ia merupakan suatu kelebihan.

“Saya menjangkakan ia mudah bagi kami dan Chelsea untuk melihat kemenangan pada semua baki perlawanan. Namun begitu kehidupan ini tidak semudah itu.”

2 gol Rooney diikuti dengan tindakkan susulan lewat Dimitar Berbatov, yang mengakui bahawa penyerang gandingannya ini dalam prestasi terbaik untuk menjadi pemain terbaik dunia. “Dia masih muda, jadi dia masih mempunyai banyak peluang untuk menjadi lebih hebat,” kata Berbatov. “Saya rasa dia akan menghasilkan 40 gol di akhir musim ini.”

“Hanya ada satu pasukan yang akan memenangi gelaran juara dan saya rasa ia akan menjadi milik kami,” katanya.

“Arsenal dan Chelsea adalah pasukan yang hebat dan kami mempunyai baki perlawanan yang sukar, tapi apa yang menarik adalah kami akan menentang Chelsea di tempat kami dan ia adalah kelebihan kepada kami. Saya optimis yang akhirnya kejuaraan itu akan menjadi milik kami.”

(Dipetik dari TimesOnline)

Comments

  1. wah cantik nama, alfreedino ahmad..

    xleh ckp apa2 lg fasal title EPL musim ni mjadi milik siapa..di akhir bln April nanti kita pasti bleh mnjangkakan siapa bakal juara EPL 09/10..

    we'll see...

    ReplyDelete
  2. sengit n tengit persaingan musim nie..

    aku pown rasa kabur lagi sapa nak menang liga nie...tp Arsenal ada peluang cerah kalu consistent...

    ReplyDelete
  3. tp aku x yakin arsenal akan menang semua baki game nanti, cnfirm ada keciciran mata, cuma aku hrp jgn tercicir tahap melampau je.. Birmingham, Spurs dan City adlh prospek yg mgkin akan mncicirkan mata arsenal.. mgkin kita bleh menang dgn city tp aku x berani jamin dgn birmingham n man city..west ham tu pun bkn bleh dijangka...

    ReplyDelete
  4. arsenal akan menang kalau denilson xmain.hehe..
    tp kdg2 denilson menyumbang gak.haha

    ReplyDelete
  5. maaf silap la plk.. dgn Birmingham n spurs..hehe

    ReplyDelete
  6. aku tetap berkeyakinan The Gunners akan juara EPL season ni. drp 8 baki perlawanan lg...x mustahil kita akan mng dgn jaringan yg besar dlm salah 1 match akan dtg. kejuaraan EPL kali ni bakal ditentukan dgn perbezaan jaringan & aku tetap yakin The Gunners akan mng kejuaraan dgn perbezaan 1 gol....

    Proud To Be A Goonah!!! ARSENAL march on!!

    ReplyDelete
  7. arsenal bleh menang klu defense x lpas gol2 bodoh cm penalti lah ..papelah.. pastu mnx la xde yg injured teruk sgt... ngan ak berharap sgt van Persie dpt main bulan 4 nnt...amin..

    ReplyDelete
  8. jgn dengar cakap pak gusar tu..die sengaja kate mcm tu supaya arsenal over confident nanti.. mmg terbukti lepas je die cakap mcm2 pasal arsenal bagus la hebat la, ade je arsenal sia2 kan pluang.. tgk aritu die dok kabor kat media arsenal kuat dan2 tu arsenal seri.. ceittt..baik tutup mulut jer si pak gusar tu.. arsenal plak jgn terlampau gumbira n hilang fokus.. perlu konsisten.. jgn sia2 kan pluang.. kalo bleh main sampai kaki patah..keh3

    ReplyDelete
  9. arsenal akn go2 lg klo player dy ta injust trok2.. cepat2 la sehat player2 kacak sekalian..

    ReplyDelete
  10. masih jauh lagi...cume arsenal peluang cerah pasal match yg akan dtg sume game yg insyaallah 3 point dalam genggaman..kecuali match bertemu tottenham dgn Man c..
    itu berat...bila dah masu pertengahan bulan april baru kite leh tgk sapa yg bakal menjadi juara for this season..

    ReplyDelete
  11. bulan depan dh bleh tau dh sapa juara...sebab bulan 5 just tggal 2 game jeh lagi..bleh kata sumer team yang bersaing kejuaraan nie akan jumpa lawan yang sukar bulan nie n bulan 4...so team mana yang tercicir mata dia akan bubuy la tuk kejuaraan musim nie..

    ReplyDelete
  12. ferguson dh start mind game ni.. saje je ni.. celaka tol

    ReplyDelete
  13. wah @rse number 4, lama sudah x ku melihat kelibat ko, hampir setahun rasanya.. waa meriah2!!

    ReplyDelete
  14. heh awegooner.. gua bz ngan keje la skang ni.. tak sempat nk nak menulis or kasi komen..

    ReplyDelete
  15. bodoh ahh ferguson..saje je nak ayat kitaorg..bla ahh..

    ReplyDelete
  16. memang lah arsenal kuat jangan la puji2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil