Fabregas Pemain Terbaik Bulan Febuari

Helops fan ArsenalMalaysia semua,sory aku tak bawa kabar berita sejak game tempoh hari. So rini aku nak bagitau beberapa berita pasukan Arsenal sepanjang weekdays nie.

Pertama sekali mengenai pemain terbaik bulanan bagi bulan Febuari 2010 yang dibuat undian dalam Web rasmi Arsenal. Tertanya untuk lima bulan berturut-turut sejak bulan Oktober 2009, Fabregas merupakan pemain yang paling menyerlah. Dan kali ini telah memenangi anugerah tersebut sekali lagi. Beliau telah menyumbat 16 gol setakat hari ini dan membantu pasukan bangkit dari ketinggalan semasa perlawanan dengan Stoke baru-baru nie. So tahniah la seputra ucapkan kepada Cesc Fabregas.
Ini pula susulan kecederaan Aaron Ramsey, Emmanuel Eboue menegaskan yang Arsenal perlu menang perlawanan menentang Burnley sabtu ini untuk memberi kemenangan kepada Ramsey yang terpaksa melupakan kempen musim ini. Eboue menggesa Arsenal memberi persembahan terbaik dan menjadikan Ramsey sebagai inspirasi dalam mengejar kejuaraan liga pada kali ini. Cerita pasal persediaan menentang Burnley akan aku buat esok malam.
Ini pula berkenaan bekas kapten yang juga pertahanan kental Arsenal,iaitu William Gallas. Beliau yang penghujung musim nanti akan tamat kontrak beliau bersama Arsenal dikatakan sedang dipancing Roma yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau dengan perpindahan Bosman (percuma). Wenger masih belum menawarkan sebarang kontrak kepada Gallas dan berkeras hanya akan memberi lanjutan kontrak selama 1tahun saja kepada pemain yang berusia 30-an keatas. Jadi Wenger kena la buat persediaan memancing pertahan baru bagi menggantikan Gallas sekiranya beliau jadi ke Roma.

Gael Clichy merasakan dengan kemasukan semula Campbell memberi sesuatu yang telah Arsenal hilang dalam pasukan iaitu sikap sebagai pemimpin pasukan sebenar. Clichy merasakan yang Campbell merupakan pemain yang sangat profesional dan mempunyai etika yang sangat baik. Campbell merupakan sebahagian dari pasukan Arsenal yang kali terakhir bersama Arsenal selepas final Champion League 2006 yang mana beliau menjaringkan gol terakhir bersama Arsenal. Aku pun berpendapat yang Campbell telah kembali ke tahap tertinggi bola sepak English walaupun beliau agak perlahan tetapi karektor beliau sebagai pemimpin akan memberi sesuatu kepada pasukan untuk musim ini.

Ini pula sekitar perlawanan persahabtan antarabangsa yang berlangsung minggu ini, tiada kecederaan terbaru yang melanda pemain Arsenal yang berkhidmat untuk negara masing2. Tetapi prestasi terbaik pemain ditunjukkan dengan Niklas Bendtner yang semakin menemui sentuhan berbisa beliau menjaringkan gol untuk Denmark dengan aksi yang hampir serupa semasa menentang Stoke, saksikan video dibawah:-


Manakala Carlos Vela juga beraksi cemerlang bersama Mexico dengan menjaringkan gol cantik ketika menentang New Zealand. Vela beraksi baik dalam perlawanan tersebut. Ini merupakan clip video jaringan beliau:-


So aku rasa cukup dulu setakat ini. Esok aku cuba yang terbaik untuk post berita terbaru Arsenal. Sabtu nie aku akan kembali semula dengan preview Arsenal v Burnley di Emirates Stadium. Once Arsenal Always Arsenal!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil