Fab-bulous Come Back!

Arsenal meneruskan lagi rentak kemenangan selepas menewaskan jiran tetangga iaitu West Ham dengan jaringan 2-0. Gol jaringan Denilson dan Fabregas memberi kemenangan ke-6 berturut-turut buat Arsenal yang sekaligus memimpin carta liga selepas Chelsea dan Manchester United tidak bermain pada hari ini. Ini merupakan barisan yang diturunkan Wenger sebentar tadi:-

Arsenal Team XI

Almunia
Eboue---Campbell---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Denilson
Nasri---Bendtner---Arshavin

Subs: Fabianski, Sagna, Silvestre, Diaby, Walcott, Eduardo, Rosicky

Arsenal memulakan aksi dengan kembalinya kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan hamstring dan terlepas 3 perlawanan terdahulu. Fabregas kembali mengambil tempat beliau dibahagian tengah dan digandingkan dengan Song yang kembali dari pengantungan 2 perlawanan serta Denilson yang membantu kemenangan Arsenal ketika kunjungan ke KC Stadium minggu lepas.

Arsenal berakasi baik pada awal permainan dengan permainan kemas dan hantaran yang cantik. Arsenal menemui rentak diawal permainan apabila mendahului West Ham pada minit ke-5 apabila Denilson menjaringkan gol pembukaan selepas menerima hantaran daripada Bendtner yang bermain one-two dengan Denilson. Denilson yang menerima hantaran pendek melepaskan rembatan sekaligus menewaskan Robert Green digawang West Ham.

Selepas gol pembukaan Denilson diawal permainan, Arsenal cuba mencari gol bagi menambah jaringan tetapi masih gagal dengan hanya beberapa percubaan dari barisan serangan Arsenal gagal menemui sasaran. Bendtner yang bermain baik gagal memperolehi peluang untuk menjaringkan gol.

Ketika Arsenal berkira-kira untuk menamatkan separuh masa pertama, West Ham tiba-tiba mengatur serangan bagi mencari gol penyamaan.Hasilnya mereka memperolehi sepakan penalti, dan pertahan kental Arsenal yang mengawal Franco dipersalahkan kerana menjatuhkan beliau didalam kotak penalti. Aku menjangkakan hanya layangan kad kuning, tetapi pengadil mengejutkan banyak pihak apabila terus melayangkan kad merah sekaligus Arsenal terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Diamanti ditugaskan mengambil sepakan penalti, untuk rekod Diamanti tidak penah miss penalti ketika menentang Arsenal. Tetapi pada malam ini, Almunia menafikan sepakan beliau apabila menepis keluar rembatan padu Diamanti di sebelah kanan gawang Arsenal. Aksi tersebut cukup mengambarkan kesungguhan Arsenal untuk memenangi perlawanan pada malam ini.

Tamat separuh masa pertama dengan Arsenal mendahului West Ham 1-0 hasil jaringan Denilson. Wenger jelas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan yang memberikan kad merah kepada Vermaelen dan dilihat selepas pengadil meniupkan wisel beliau menunggu bagi mendapatkan penjelasan dari pengadil perlawanan tersebut.

Arsenal bermula separuh masa kedua dengan memperlahankan tempo permainan dan masih tercari-cari rentak bagi menyesuaikan diri dengan bermain 10 orang. Song mengambil tempat Vermaelen dan berganding dengan Campbell dibarisan pertahanan tengah. West Ham yang mempunyai kelebihan seorang pemain terus mengasak kubu Arsenal yang semakin rapuh. Tetapi kubu Arsenal tetap teguh bertahan.

Kemudian Wenger membuat beberapa pertukaran bagi mengubah permainan Arsenal, beliau memasukan Abou Diaby mengantikan Nicklas Bendtner pada minit ke-58. Hasilnya permainan Arsenal kembali menarik dengan gerakkan dan serangan yang dilakukan ke kubu West Ham. Sagna juga dibawa masuk pada minit ke-75 mengantikan Nasri yang nampak sedikit tercedera dan ketika Arsenal dilihat akan memenangi dengan hanya satu gol, Arsenal memperolehi penalti pada minit ke-83.

Penalti diperolehi apabila gerakan yang dimulakan Fabregas yang menyungkit bola bagi melepasi Upson terkena tangan beliau dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti dan Fabregas yang diamanahkan mengambil sepakan tersebut berjaya menewaskan Robert Green dengan menolak bola mudah ke gawang West Ham. Tamat permainan Arsenal menang 2-0.

So dengan kemenangan pada pagi ini, Arsenal kembali mendahului carta liga dan berjaya mengelak dari sebarang kecederaan cuma yang dikesalkan layangan kad merah kepada pertahanan terbaik Arsenal iaiti Thomas Vermaelen sangat2 mengecewakan. Tetapi aku berharap Wenger membuat rayuan dan berharap dikurangkan pengantungan kepada Vermaelen. So boleh la korang tido dengan lena pagi nie. Malam esok kita bakal menyaksikan kekalahan Manchester pula,hope sangat2..hehe..So gud nite everyone!!!

We Will Be A Champion!!!Trust Arsene Wenger!!!

Comments

  1. gembiranye arsenal menang malam tadi..ingat bila vermaelen kena kad merah, maen 10 org,arsenal nak main bertahan..rupa2nya arsenal bukanlah pasukan pengecut..tetap dengan permainan menyerang dan tidak membosankan..AW btol superb bertaktikal...

    apapun kredit diberikan kepada overall player arsenal terutama Almunia yg bukan tin almunium lg, sol campbell yg berpengalaman dan badan bagak bouncer,song yg boleh nyanyi di mana2 tempat,eboue berlari mendada spt usain bolt,abu diaby kaki yg lincah dan panjang like dhalshim...tidak dilupakan kapten F4 yg pandai hantar bola ke tangan lawan serta denilson yg suka joget samba tiap kali jaringkan gol dan arshavin berada dimana2 membuatkan pertahanan lawan mengelabah menjaganya...

    Apapun sekiranya arsenal kuat mental dan bermain tanpa tekanan seperti malam tadi dan hari2 sebelum ni,aku yakin predict dan kertas kerja dari seputra maybe menjadi kenyataan..apapun marilah sama2 kita beri sokongan pada Liverpool supaya meneruskan badi pada MU malam ni..aku harap MU kalahlah bagi menutup mulut longkang fan MU yg sombong dan berlagak hebat tu...

    Welldone Arsenal,Love Arsenal very much.....

    ReplyDelete
  2. game sblm rehat 1st half tuh mcm buhsan gak sket2...ingt 2nd half nak lagi buhsan..upanya baik punya taktikal wenger...sorang2 dia kuarkan forward...buh arsenal still men menyerang n west ham tak leh wat pa...pa pun congrat kat Almunia...bravo!!!

    ReplyDelete
  3. aku amat tertarik dgn penalti yg west ham conceded...klu tgk betul2 la, mmg taktik & pikiran 'jahat' kapten kita utk dptkn penalti bila time kritikal...sama mcm lwn stoke aritu, Cecs jugak yg jungkit bola betul2 paras lengan defend stoke tu, aku x igt dh nama dia, harap kena tgn sbb dlm penalti box..smlm, cecs buat lg...jungkit bola paras lengan bila defend lawan dlm penalti box...permainan yg sgt2 brilliant from cecs...sbb klu ada player arsenal kena tackle dlm penalti box sgt payah ref nk bg penalti.so dgn cara ni, kita berjaya dpt penalti...mmg terbaekkk!!1

    ReplyDelete
  4. pasal red card pak mael tu...rata2 blog gooners ckp pak mael kena ban 1 game jer.. klu straight red carded with violent conducted, 3 matches ban... straight red carded with non-violent conducted, 1 match ban. pak mael kena straight red card sbb denying goal scoring opportunity...camtu la diorg bgtau.

    so pak mael just miss 1 game jer la...birmingham next week.

    ReplyDelete
  5. klu mcm tuh bagus la...jumpa spurs tak da hal la die bleh men dh...nie klu 3 match..sakit gak tuh...

    ReplyDelete
  6. Aku tgk Song leh main ganti Mr Verminator utk 1 game akn datang.. Mmg superb dia jaga org.. :) Psl bola jungkit tu, mmg itula kelebihan Mr. F4 kita.. Tak silap aku, sblm game ni dgn Stoke City aritu pun mmg dia ada style wat bola jungkit.. Harap2nya klu men dgn Barcelona nnt leh la dpt 1 - 2 penalty bola jungkit.. Hahahah!

    ReplyDelete
  7. original position song mmg center back...ms mula2 AW pggl dia utk trial dlu, dia men center back & right back..bila dh confirm jd player Arsenal, AW develop Song as DM lepas flamini & gilberto blah...so bg aku xde masalah la klu Song men center back mcm smlm, smmgnya tu posisi asal dia...

    ReplyDelete
  8. superb arsenal la game ni..wlupun dgn 10 player untuk second half..atacking ttp maintain..
    yg utama fokus pemain maintain untuk straight menang untuk game seterusnya..go arsenal..
    tp mlm td mu menang lg,,sok terpksa la tunggu game strusnya nk leading liga..percaturan seputra tu mcm mana..ade perubahan ker?

    ReplyDelete
  9. hahaha...mybe akan da perubahan tuk 5 game terakhir nie...aku wat analisis smula nnt...huhu
    aku ingt manu seri chelsea menang skali manu mng chelsea seri...nape la tak 2-2 ja seri...kan bagos..badigol soud tol la..

    ReplyDelete
  10. This is very interesting, You're a very skilled blogger. I have joined your rss feed and look forward to seeking more of your wonderful post. Also, I have shared your web site in my social networks!
    My web blog :: liverpool transfer news 2011

    ReplyDelete
  11. Thank you, I've recently been searching for information about this subject for a while and yours is the greatest I've came upon till now.

    But, what concerning the bottom line? Are you
    certain in regards to the source?
    Here is my website : transfer rumours liverpool 2013

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil