18 March 2010

Dia berjaya sesuaikan diri dalam bolasepak Inggeris

Penulis asal: Ben Moss
Legenda Manchester United, Paul Parker percaya bintang Arsenal FC, Andrey Arshavin merupakan seorang pemain terbaik dalam Liga Perdana dan merasakan bahawa Sir Alex Ferguson, Chelsea FC dan Rafa benitez Liverpool FC patut menyesali kerana tidak cuba untuk menawarkan kontrak kepada pemain Rusia ini.

Bekas pemain pertahanan Manchester United ini percaya yang pemain sayap Arsenal FC ini telah melakukan penyesuaian ke Liga Perdana Inggeris sejak bersama Arsenal FC dari Zenit St Petersburg pada Januari 2009; sesuatu yang malang bagi Chelsea FC, Liverpool FC dan Sir Alex Feguson kerana tidak memikirkannya apabila Arsene Wenger menandatanganinya tanpa saingan pada tahun lepas.

Parker yang telah bermain lebih daripada 100 perlawanan untuk Manchester united beranggapan bahawa bintang Arsenal ini merupakan salah seorang pemain yang dia sanggup membayar untuk melihatnya bermain di Liga Perdana kerana dia adalah seorang yang seronok untuk di saksikan dan dia percaya bahawa United, Liverpool dan Chelsea harus berasa kesal kerana tidak memberikan tawaran kepadanya apabila Wenger melakukannya.

Legenda Manchester United ini memberitahu Eurosport: “Pemain kecil Rusia ini adalah salah seorang daripada beberapa pemain dalam Liga Perdana yang saya sanggup membayar untuk saksikannya.”

“Dia telah beraksi cemerlang semasa menentang Porto dan anda dapat rasakan bahawa ada kekaguman pada malam selasa itu daripada 4 ahli teratas yang tidak mahu mengambil risiko untuk memberikan tawaran semasa dia masih terbuka.”

“Arsene Wenger melakukannya, setelah mempertimbangkan kemampuannya untuk menyesuaikan diri dalam Liga Perdana, dan ia telah membayar kesanggupan the Gunners.”

”Dia ada segalanya untuk seseorang yang anda mahu dari seorang pemain handalan – dia berfikir, kreatif, membantu jaringan dan dia juga menjaringkan gol. Secara mudahnya, dia seorang yang seronok untuk disaksikan.”

“Kadangkala dia agak kelihatan seperti malas, tetapi dia melakukan sesuatu keajaiban semasa bola di kakinya dan jika dia sesekali terlepas bola, apa masalahnya? Tentu dia boleh dimaafkan.”

“Dia telah berjaya menyesuaikan diri dalam bolasepak Inggeris.”


No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan