25 March 2010

Bendtner: Messi adalah yang terbaik, tetapi bakal menemui kesukaran menentang cara Arsenal

Penyerang Arsenal ini memuji Messi tetapi percaya pasukannya mempunyai peluang yang lebih baik daripada apa yang dijangka...Bendtner: You are great, man!
Messi: You call me, yeah!

Penyerang Denmark Nicklas Bendtner mengemukakan komennya mengenai pertemuan Liga Juara-juara bersama Barcelona dan memuji bintang Argentina Lionel Messi sebagai yang terbaik di dunia, seraya memberi amaran bahawa Messi akan berhadapan dengan kesukaran menentang Arsenal berbanding apa yang mampu dilakukannya di liga Spanyol.

"Ia adalah satu kelebihan kepada kami kerana kami bermain dengan cara yang berlainan, tidak sebagaimana yang biasa dilakukannya di Spanyol. Dia tidak akan mendapat ruang yg terlalu banyak untuk menggelecek dan rentak permainan di England adalah jauh lebih pantas," kata Bendtner dalam komennya yang dilaporkan oleh AS.

Dengan itu Bendtner percaya walaupun Barcelona merupakan pasukan pilihan dalam ikatan suku akhir Liga Juara-juara ini, kenyataannya tidaklah semudah itu.

"Messi mempunyai visi yang tinggi dalam perlawanan dan secara teknikalnya dia memang menakjubkan. Apa yang mampu dilakukannya bukanlah mudah dan yang lebih menarik adalah tentang kepantasan dia melakukannya. Tapi apa yang penting bagi saya bukanlah fakta akan jaringan terbanyak dalam penghasilan gol olehnya pada waktu ini, tetapi bagaimana dia akan bermainan menentang satu-satu pasukan. Jika dia mampu, dia mungkin jauh lebih baik."

(Dipetik dari Gol.Com)

3 comments:

  1. mana mau bro..payah and messi mesti taknaknye la...

    ReplyDelete
  2. aku rse Wenger sendiri tidak berminat utk beli player yg dah ternama atau 'ready made player'.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan