Arsenal Perlu Konsisten !!

Perjuangan Arsenal musim ini menunjukkan peningkatan dan kebangkitan yang begitu menakjubkan. Bangkit dari kekalahan kepada musuh tradisi Chelsea dan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris dari ketinggalan jauh di belakang kembali menjadi pesaing dalam perebutan kejuaraan musim ini. Dan melayakkan diri ke suku akhir saingan UEFA Champion League selepas ketinggalan pada perlawanan pertama kepada Porto.

Arsenal yang pada awal musim telah dianggap bukan pasukan yang mampu memberi saingan liga selepas Emmanual Adebayor serta Kolo Toure meninggalkan Arsenal untuk meneruskan karier di Manchester City dan menerima tamparan hebat dengan siri kecederaan beberapa pemain penting semasa pre-season serta di awal musim.

Ada beberapa faktor yang menjadikan Arsenal kembali bersaing pada musim ini, salah satunya ialah Cesc Fabregas yang memulakan musim 2009/2010 sebagai kapten untuk musim penuh beliau selepas dilantik sebagai kapten pasukan mengantikan William Gallas penghujung musim lepas.

Cesc Fabregas kapten Arsenal yang berusia 22 tahun telah diberi mandat besar dari pengurusan Arsenal untuk memacu Arsenal mengecapi kejuaraan pertama sejak 5 musim tanpa sebarang piala. Fabregas yang merupakan antara pemain terbaik dunia ketika ini memulakan musim baru Arsenal dengan kemenangan besar keatas Everton pada perlawanan pembukaan Liga Perdana.Beliau menjaringkan 2 gol pada perlawanan yang berkesudahan Arsenal menang 6-1.

Dengan kemenangan besar tersebut, Arsenal telah menutup mulut-mulut pengkritik yang menjangkakan Arsenal tidak mempunyai pasukan yang mantap musim ini. Dengan Arsene Wenger hanya membuat satu pembelian pemain baru dengan membawa masuk Thomas Vermaelen bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kolo Toure dan tidak membawa masuk penyerang bagi mengisi tempat Adebayor. Fabregas telah membuktikan yang Arsenal merupakan sebuah pasukan yang mampu bergerak sebagai sebuah pasukan dan setiap pemain mampu menjaringkan gol.

Walaupun Fabregas masih muda,tetapi tanggungjawab dan harapan keatas bahu beliau begitu besar dan berat untuk ditanggung sendirian, dia mengharapkan sokongan rakan pasukan dan peminat untuk terus membantu Arsenal mengecapi kejayaan.

Dengan pemergian Adebayor, Robin van Persi mengalas cabaran Arsenal selaku penyerang tunggal ketika Arsenal bermain corak taktikal yang baru iaitu 4-3-3 pada musim ini. Van Persi yang memulakan musim dibawah tahap terbaik beliau gagal menjaringkan gol untuk 5 perlawanan pertama Arsenal. Kembali mendapat sentuhan jaringan ketika Arsenal tewas kepada Manchester City pada 12 September 2009.

Van Persi sememangnya merupakan faktor Arsenal bermula baik di awal musim dengan gerakan dan umpanan dari beliau telah menghasilkan kemenangan di kem Arsenal. Arsenal tidak perlu bergantung kepada seorang penyerang, dengan Van Persi bergerak bagi membuka ruang kepada rakan pasukan untuk maju ke hadapan bagi mencari gol.

Tetapi selepas Van Persi mengalami kecederaan panjang selepas aksi antarabangsa, Arsenal agak kebuntuan mencari penganti beliau dengan Eduardo yang sudah pulih dari kecederaan masih belum mencapai aksi terbaik dan Bendtner yang masih cedera pada masa itu.

Dengan baki perlawanan yang hanya tinggal 9 perlawanan untuk diharungi, ketika Arsenal mengikuti rapat pendahulu liga mereka memerlukan aksi yang konsistent untuk memenuhi hajat mereka merangkul kejuaraan. Tempoh sukar Arsenal musim ini ialah ketika Arsenal mengharungi 15hari berdepan Aston Villa, Manchester United, Chelsea, dan Liverpool. Selepas kekalahan kepada Chelsea, Arsenal ketinggalan 9 mata dibelakang pendahulu tetapi membuat kebangkitan lepas itu dengan mengalahkan Liverpool.

Tetapi titik kebangkitan sebenar apabila kemenangan ke atas Stoke City dimana pada perlawanan itu Aaron Ramsey mengalami eksiden mengerikan apabila kaki kanan beliau patah akibat terjahan Shawcross. Bermula dari kejadian tersebut, anak buah Arsene Wenger bangkit dan menjadikan kejadian pada hari tersebut sebagai inspirasi perjuangan untuk baki musim ini.

Kemasukan Vermaelen ke dalam kem Arsenal memberikan begitu banyak peningkatan pada barisan pertahanan Arsenal yang agak rapuh untuk musim-musim sebelum ini. Vermaelen juga memberi dimensi baru dalam gerakan set-piece Arsenal yang mana beliau menjaringkan gol pada debut bersama Arsenal pada hari pertama EPL.

Kebal bertahan, memiliki kelajuan, mampu melonjak mengatasi pemain yang lebih tinggi dari beliau dan memiliki kemampuan membaca gerakan penyerang lawan serta mampu menjaringkan gol yang menarik dengan kaki kiri beliau. Arsenal bertuah berjaya memiliki Vermaelen yang pada ketika ini telah menjaringkan 8 gol bersama Arsenal dan kebanyakan gol beliau merupakan gol penting pasukan.

Gandingan beliau bersama William Gallas telah mengukuhkan barisan pertahanan Arsenal yang semakin utuh. Kekurangan yang lalu sedikit sebanyak telah berjaya ditutup oleh Vermaelen dan kemasukan Campbell juga memberikan pengalaman yang berguna bagi barisan muda Arsenal.

Pada musim perpindahan Januari 2010, ketika semua fan berharap akan ada penyerang baru akan dibawa masuk, Arsene Wenger menegaskan yang beliau tidak akan membeli sekiranya tidak mendapat pemain yang beliau inginkan dengan harga yang beliau mahukan.

Pada ketika itu Nicklas Bendtner yang hampir sembuh dari kecederaan di beri kepercayaan oleh Wenger yang beliau percaya sekiranya Nicklas Bendtner cergas sepenuhnya Arsenal seolah-olah mendapat penyerang yang baru dibeli. Terbukti perkiraan Wenger berhasil apabila Bendtner membalas kepercayaan Wenger selepas sembuh dari kecederaan.

Bendtner telah memberi Arsenal sesuatu yang telah Arsenal hilang iaitu target man yang mampu mengucarkacirkan pertahan lawan. Tetapi penyakit Bendtner ialah keyakinan beliau dihadapan pintu gol seringkali menghampakan penyokong Arsenal. Tetapi Wenger tetap dengan pendirian beliau yang mana beliau percaya Bendtner akan bangkit menjadi lebih baik.

Hasilnya, untuk 4 perlawanan terakhir, beliau telah menyumbat 5 gol termasuk hatrik ketika membantu Arsenal mengatasi Porto 5-0 tempoh hari. Sekiranya prestasi Bendtner konsisten untuk baki musim ini, tidak mustahil Arsenal akan beroleh kejayaan yang telah lama diidamkan pasukan muda Arsenal ini.

Jadi berbekalkan persembahan semasa, Arsenal dijangka akan terus menganas dan mengharapkan tiada lagi pemain utama yang mengalami kecederaan serius. Eboue merupakan pemain contoh Arsenal yang mula bangkit dari kekecewaan kembali menjadi seorang pemain yang memberi persembahan baik. Eboue yang dua musim lepas telah di boo oleh penyokong sendir selepas membuat kesilapan bodoh ketika mementang Wigan dan dijangka akan dijual selepas tamat musim tersebut.

Tetapi kebangkitan beliau cukup mengujakan Wenger, dimana beliau kini menjadi pemain contoh untuk pemain yang berada pada prestasi kurang baik supaya bangkit seperti Eboue lakukan. Eboue bukanlah pemain yang sering kali bermain untuk musim ini, tetapi bila diperlukan beliau akan memberikan aksi terbaik beliau dan terbukti untuk 3 perlawanan terakhir ini dimana untuk perlawanan terakhir menentang Porto beliau menjaringakan satu gol.

Siri kebangkitan Arsenal musim ini menunjukkan azam pasukan dalam mengejar kejayaan, pasukan muda yang telah lama bersama semakin menunjukkan kematangan. Mereka memberikan harapan kepada Arsene Wenger dalam merealisasikan corak permainan menarik dan permainan menyerang yang begitu cantek di Eropah. Harapan dan cita-cita pasukan mungkin akan tercapai pada musim ini sekiranya aksi konsisten anak buah Wenger diteruskan.

Oleh itu, sebagai die-hard-fan Arsenal kita perlu menyokong sepenuhnya pasukan ini dan mempercayai kebolehan Wenger dalam merencana pasukan untuk baki musim ini. Aku berharap Arsenal terus menunjukan aksi terbaik setiap perlawanan dan merebut peluang di depan mata yang dalam kiraan aku Arsenal berpeluang besar memenangi sekurang-kurangnya Liga Perdana. Sekiranya kita mampu layak ke final UEFA Champion League, tidak mustahil kejuraan berganda akan jadi milik kita musim ini.
TRUST ARSENE WENGER!!! WE CAN DO IT!!! GO ARSENAL GO!!

Comments

  1. Bro Seputra, aku rasa terharu,bangga dan bersemangat sangat bila baca penulisan ko ini..sungguh menyentuh hati dan perasaan, mengembalikan ingatan dan kenangan jatuh bangun, suka duka pasukan Arsenal serta menyemarakkan lagi kecintaan aku pada pasukan yang bergelar Arsenal The Gunners...tak sabar2 untuk menunggu arsenal beraksi perlawanan seterusnya...Rindu sangat dengan Arsenal sekarang...Bravo Arsenal...

    ReplyDelete
  2. TQ bro idhassan...

    ReplyDelete
  3. post yg terbaik..
    thanks seputra..

    ReplyDelete
  4. aku dah puas bg tahniah kpd the gunners..skrg aku nk bg tahniah kpd seputra plk..haha..bagus ar tesis ko.. membacanya seakan aku berada di emirates stadium.. membacanya seakan aku alex song..hehe.. semangat, syahdu, terharu, gembira mcm2 ada.. jiwa arsenal begitu melekat di hati.. teruskan perjuangan, pedulikan makhluk2 halus yg menggugat ketenteraman..

    tahniah sekali lg..aku rasa ko mmg hensem bai..

    ReplyDelete
  5. ape ni!! mane name arshavin?? xsentuh pon!

    ReplyDelete
  6. mgkin seputra terlepas pndg tu, kalu x dia dh tulis..dh pnjg sgt menulis gak nya,smpai trlupa arshavin yg comel tu, hehe..xpe lah hrp seputra bleh karang lg cerita yg best mcni pasni..hrp arshavin x baca post ni,hehe.. sekurang2nya kita sedia tahu yg arshavin adlh pmbelian berbaloi pak wenger sblm vermaelen..seorang playmaker tp kdg2 selfish di dpn pintu gol..memiliki tenaga rembatan yg padu di kedua belah kaki..sgt licik dan bahaya..bertubuh kecil tetapi semangat yg besar..itu lah arshavin..

    ReplyDelete
  7. aku arap musim yang hebat ni akan diakhiri dengan piala. Barulah sweet and complete skit...Btul x?

    ReplyDelete
  8. Seputra... very nice post bro.
    keep up the good work.
    i'm very confident we gonna win at least a trophy this season...

    Good To Be A Goonah!!!

    ReplyDelete
  9. Amad: aku bukan lupa..tp klu bleh sumer player aku nak buh,cuma kali nie aku fokus kat diorg dulu...
    awegooners: hehe..wa akan wat artikel mcm nie lagi mybe nxt time,akhir musim mungkin...
    jintan manis: betui3...
    Katakpisangmas: TQ bro..nnt blnja gua arr...haha

    ReplyDelete
  10. pehh, seputra, kali neh gua betul2 respek ngan penulisan lu.

    ala, aku pun rasa arshavin tak perlu diberi highlight sgt sbb semua org dah tau dia adalah key player arsenal dan juga antara yang paling senior (dikira pada usia). aku nampak seputra punya tema penulisan kali ni lebih kepada perkara-perkara yang ada orang terlepas pandang.

    misalnya macam eboue, beliau pernah dikatakan akan meninggalkan emirates dan bermain di liga perancis pada musim panas yang lalu tapi akhirnya beliau menjadi salah seorang punca kebangkitan semangat arsenal sejak sebulan dua neh.

    it's a nice story man...

    ReplyDelete
  11. 10 per 10 markah aku bagi penulisan seputra..memang terbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil