Arsenal Join Top Of The League!!

Arsenal menang lagi pada malam nie, dengan margin 3-1 menewaskan pasukan kedua tercorot liga iaitu Burnley.Arsenal bermula dengan beberapa perubahan pada pasukan dengan Sagna direhatkan dan meletakkan Walcott, Rosicky,Denilson serta Silvester sebagai pemain permulaan. Ini barisan Arsenal sebentar tadi:-

Arsenal Team XI

Almunia
Eboue---Vermaelen---Silverster---Clichy
Fabregas---Denilson---Nasri
Walcott---Bendtner---Rosicky

Subs: Fabianski, Traore, Sagna, Eastmond, Arshavin, Diaby,Eduardo

Sebelum permulaan perlawanan, Arsenal masuk ke padang dengan mengenakan baju t-shirt yang tertera nama Ramsey serta ucapan Get Well Soon Aaron. Ternyata inspirasi sekarang hanya kerana mahu memberi piala kepada Ramsey pada musim ini.

Awal perlawanan, Arsenal bermula agak baik dengan gerakan yang baik dari Fabregas yang melakukan beberapa gerakan yang hampir saja menjaringkan gol. Walcott juga menunjukkan peningkatan pada awal permainan selepas dikritik semasa mewakili England tempoh hari.

Setelah setengah jam berlalu Arsenal masih kebuntuan jaringan. Fabregas pula dilihat mengalami kecederaan kecik berkemungkinan hamstring tetapi masih dapat meneruskan permainan dan terbukti pengorbanan beliau bebaloi apabila menjaringkan gol pada minit ke-34 apabila memulakan gerakan dengan Nasri kemudian Nasri memberi semula bola tersebut kepada beliau yang mana Fabregas berjaya menewaskan penjaga gol Burnley, Jensen dengan menolak bola kecelah kaki keeper. 5 minit kemudian Fabregas ditukarkan dengan Diaby bagi menghalang kecederaan yang lebih serius keatas Fabregas.

Separuh masa kedua merupakan tempoh gemilang Arsenal sekiranya peluang awal yang dimiliki oleh Nicklas Bendtner disempurnakan dengan baik dengan hampir 7 peluang terbuka untuk beliau menjaringkan gol dipersia-siakan. Dari segi gerakan Arsenal sangat2 baik dengan kebanyakannya datang dari Theo Walcott.

Selepas beberapa peluang disia-siakan, Arsenal menerima kejutan apabila Burnley menyamakan kedudukan pada minit ke-50 hasil jaringan David Nugent. Tetapi Arsenal bukanlah pasukan yang mudah mengalah, dengan Ramsey menjadi inspirasi setiap pemain Arsenal berjaya mendahului pada minit ke-60 apabila Theo Walcott berjaya menewaskan Jensen dengan jaringan yang cantek ala-ala Theiry Henry. Gol tersebut ternyata melemahkan semangat Burnley untuk cuba bangkit kembali.

Kemudian Wenger membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Arshavin mengantikan Rosicky dan memasukkan Eduardo mengantikan si Bendtner yang tersenyum sinis kerana peluang yang dilepaskan beliau begitu banyak. Kemasukan Arshavin ternyata menggerunkan Burnley apabila peluang pertama beliau hampir saja disudahkan tetapi bola melambung tinggi.

Ketika permainan memasuki masa tambahan, Arsenal sedikit memperlahankan permainan dan ketika permainan seakan-akan bakal tamat muncul Arshavin pada minit ke-93 menjadikan kedudukan 3-1 dengan gerakan cantik dalam kotak penalti apabila bola rembatan beliau gagal ditepis keluar oleh Jensen.

Jadi dengan kemenangan ini Arsenal telah bersama-sama Chelsea menjadi pendahulu liga tetapi masih ditangga kedua walaupun kita sama mata dengan Chelsea. Atas perbezaan jaringan kita masih gagal memintas Chelsea. So malam ini berharap Manchester menerima musibah supanya mencerahkan lagi peluang kita musim ini. Jadi apa pun kita boleh bergumbira sebelum kita hadapi Porto awal Rabu nanti. Go Arsenal Go!!!Always Be A Gooners!!

Comments

  1. Harap Bendtner perlu lebih tajam lagi...

    ReplyDelete
  2. dia merupakan penyerang harapan Arsenal...tp sayang banyak mempersia-siakan peluang...

    Aku harap Wenger leh buat sesuatu kat Bendtner nie,kasi latihan intensif sket...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil