31 March 2010

Arsenal 2 - 2 Barcelona

Aku cukup gembira dengan keputusan perlawanan pada pagi ini selepas Arsenal bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2 hingga ke babak akhir selepas ketinggalan 0-2.


Secara jujurnya, bermula pada babak pertama, ada kelas berbeza antara kedua-dua pasukan ini walaupun kedua-duanya mempunyai filosofi hantaran yang sama. Sebagaimana yang kita lihat, Barcelona mempunyai kecekapan passing yang lebih jitu berbanding Arsenal. Setiap kali pemain Barcelona mendapat bola, terlalu sukar untuk Arsenal memintas mereka sehingga terpaksa melakukan rampasan yang lebih kasar. Arsenal pula kelihatan agak hambar dalam melakukan hantaran hingga berlaku beberapa salah faham. Di akhir perlawanan, kita juga dapat melihat display yang menunjukkan posisi bola memihak kepada Barcelona sebanyak 65%.

Pada babak pertama, Andrei Arshavin ditukarkan kepada Emmanuel Eboue selepas permainan masuk minit ke-27 serta pertukaran Gallas kepada Denilson pada minit ke-45. 3 kad kuning juga dilayangkan kepada Arsenal oleh Arshavin (20), Song (40') dan Fabregas (44').

Dalam babak pertama ini juga, kita dapat melihat kecekapan Almunia dalam menepis pelbagai sudut percubaan Barcelona yang banyak menguasai bahagian serangan. Percubaan Barcelona sudah bermula pada minit ke-2 lagi dan hingga ke minit ke-15, Almunia telah berjaya melakukan super-saves kepada 4 percubaan Barcelona.

Tidak banyak yang boleh diceritakan dalam babak pertama selain percubaan Nasri yang hampir-hampir menewaskan Valdes tetapi agak melebar ke sebelah kanan tiang gol serta percubaan Bendner yang berada dalam keadaan offside. Dalam babak pertama ini, Arsenal kelihatan agak tertekan dengan kegagalan mereka melakukan hantaran kemas manakala Barcelona kelihatan seolah-olah bermain di tempat sendiri. Bagi yang tidak menyaksikan siaran ini, anda pasti akan kecewa dengan cara permainan di separuh masa pertama kerana tidak berpeluang menyaksikan Arsenal bermain dengan cara biasa.

Di babak ke-2, Arsenal dikejutkan dengan jaringan awal Ibrahimovic selepas 25 saat sepak mula. Hasil hantaran Pique, Ibrahimovic menjaringkan gol ke atas Almunia yang keluar dari gawangnya. Selepas menyelamatkan gawang gol di separuh masa pertama dengan cemerlang, akhirnya Almunia ditewaskan dengan jaringan lob Ibrahimovic.

Pada minit ke-54, Bendtner hampir menanduk masuk bola hantaran Clichy namun berjaya di tepis Valdes. Pada waktu ini, Arsenal sudah bermain agak offensif dan gaya permainan mereka lebih teratur. Walaupun demikian, sekali lagi Ibrahimovic berjaya menewaskan Almunia selepas mendapatkan hantaran dari Xavi.

Aku melihat jaringan ke-2 ini sebagai pemusnah. Aku juga turut mendengar commentator berkata bahawa telah tamat persaingan antara keduanya kerana melihat Arsenal seolah-olah bukan lawan Barcelona. Ya, aku juga tidak menjangkakan Arsenal mampu menyaingi Barcelona selepas gol ke-2 ini. Walau kecewa, aku masih mahu melihat Arsenal bermain hingga ke tamat perlawanan. Walalu kalah, mereka tetap di hati.

Pertukaran berlaku. Walcott bersedia menggantikan Nasri. Wenger melakukan keputusan di saat-saat akhir dengan mengeluarkan Sagna dan membiarkan Nasri dan Walcott mengawal sayap kiri dan kanan.

Tidak lama selepas pertukaran itu, Walcott berjaya mendapatkan gol Arsenal dengan hantaran Bendtner selepas Walcott berjaya melepasi Maxwell. Ternyata benar apa orang kata, 'Wenger mempunyai daya penglihatan 3D' selepas menukar posisi Eboue kepada Walcott dan membiarkan Nasri kekal di sebelah kiri. Ya, sama seperti bagaimana dia menukarkan Walcott kepada Nasri dalam perlawanan menentang Birmingham. Kesannya, gol ini!

Selepas gol Walcott, Arsenal kelihatan seperti dilahirkan semula. Cara permainan berubah dan mereka mula mengawal situasi. Barcelona pula agak bermain berhati-hati. Pada minit ke 72 dan 74 menyaksikan Pique dan Eboue mendapat kad kuning. Eboue menerima kad kuning selepas melakukan tackle lewat ke atas Puyol.

Minit ke-76 menyaksikan pertukaran Henry kepada Ibrahimovic. Saat ini, penyokong bersorak riang menyaksikan Henry kembali beraksi di stadium Emirates. Mungkin inilah kali pertama aku melihat penyokong Arsenal memberikan sorakkan kepada pemain lawan. Maklumlah, legenda!

10 minit terakhir menyaksikan Puyol diberikan kad merah oleh pengadil kerana menghalang kaki Fabregas untuk melakukan gol hantaran Bendtner. Aku dapat rasakan bahawa potensi untuk Fabregas menjaringkan gol itu agak sukar walau Puyol tidak menghalangnya. Namun begitu, halangan Puyol berjaya memberikan peluang kepada Arsenal untuk melakukan sepakkan penalti.

Gol...!!! Jerit aku selepas Fabregas berjaya menyempurnakan sepakan penalti itu. Malang bagi Arsenal pula, Fabregas tiba-tiba mengalami kecederaan kaki sejurus berjaya menewaskan Valdes. Walau apapun, Arsenal berjaya menghidupkan peluang mereka selepas ditinggalkan 0-2 untuk memperbetulkan segala-galanya di Nou Camp nanti walau pun kita sedar ia bukan tugas yang mudah. Namun, ia tetap memberi sedikit harapan dan keyakinan.

Kedudukan ini kekal hingga ke akhir perlawanan. Ternyata ia perlawanan yang hebat. Walau Arsenal bermain agak hambar pada mulanya, namun ia berakhir dengan dramatik sekali.

Kesimpulan aku:
  • Walcott, Nasri, Eboue dan Denilson merupakan pemain yang tidak pernah kisah betapa besar lawan mereka. Mereka bermain seolah-olah lawan mereka setara.
  • 2 gol Ibrahimovic aku tidak mahu salahkan pertahanan tengah mahupun penjaga gawang. Aku lebih suka untuk menyebut bahawa ketiadaan Gallas dan pertukaran posisi Vermaelen kepada Song memberikan kesan kepada bahagian pertahanan.
  • Bentdner dan Fabregas tidak kelihatan bersungguh-sungguh. Mungkin Fabregas belum cergas, tapi Bendner mungkin terlalu penat. Bagi aku, perlawanan malam ini bukan standard Bendtner. Tapi kedua-duanya menghasilkan gerakkan yang baik pada akhir perlawanan hingga berjaya mendapatkan sepakkan penalti.
  • Messi gagal memberikan impak besar dalam kunjungannya ke London, tapi gerakkannya masih menakutkan. Henry pula tidak kelihatan bersungguh-sungguh, mungkin khuatir akan dilayan buruk oleh fan. 'Come on Henry! Lakukan khidmat terbaik kepada sesiapa yang membayarmu.'
  • Keputusan seri menentang Birmingham seolah-olah Arsenal tewas, keputusan seri menetang Barcelona memberi gambaran berbeza.

5 comments:

  1. dino, aku nak petik dua point je yg ko bangkitkan. satu, mmg henry nampak mcm nak taknak je menyerang kubu arsenal. kurang profesional laa gitu. bayar juta-juta tu. tapi die tetap di hatiku. dan membuktikan bahawa dia mmg sgt sayangkan arsenal tak berbelah bagi. menguatkan lagi firasat aku bahawa beliau akan kembali ke arsenal satu hari nanti sekalipun bukan sebagai pemain.

    dua, "Keputusan seri menentang Birmingham seolah-olah Arsenal tewas, keputusan seri menetang Barcelona memberi gambaran berbeza" hahaha. i like!

    ReplyDelete
  2. gabungan eboue dan walcot memang sering menjadi..keduanya bolh berlari pntas.. nk lwn barcelona kene ade pemain mcm walcot yg boleh berlari pntas mengucar kacirkan lawan..control ball yg baik..jgn terlalu gugup brula blh nk beat barcelona,,game mlm td memang best,,

    ReplyDelete
  3. Pendapat aku cam Akeji.. Henry terlalu sayangkan Arsenal sehingga sanggup melukakan hati Barcelona.. aku yakin, semua fan termasuk ko (Alfreedino) menyayangi Henry lebih dr ko sayangkan Fabregas.. Jd tak perlu pertikaikan cara permainan Henry.. Sbb aku tau, jika dia bermain secara profesional, Arsenal akan hancur.. Dia da lama jd anak didik Arsene Wenger.. Jd dia da tau sgt taktikal yang Arsene Wenger buat utk anak buah dia.. Bg aku, perlawanan Arsenal menentang Barcelona tak lebih dr advantage utk Arsenal sbnrnya.. Aku hrp 2nd Leg nnt, Arsenal msh marking Messi dan Pak Brahim akan injured sblm game menentang Arsenal di Nou Camp nnt.. Wktu tu Henry je pilihan Pep.. dan wktu tu jgak, kita leh nampak adakah Henry lebih sygkan Emirates atau Nou Camp.. ;)

    ReplyDelete
  4. Barcelona adalah pasukan yg hebat dlm tektik serangan tapi tidak pada pertahanan. Puyol dan Pique merupakan pertahan yg baik secara individu tp bukan secara berpasukan. Berlainan dgn pasukan di England, pertahanan adalah satu bahagian yg penting dan Arsenal tidak terkecuali dlm rentak permainan di barisan pertahanan. Tp bagaimana Arsenal terlepas 2 gol Ibrahimovic? Secara teori, aku menjangka Song terlupa yg dia patut beraksi spt seorg pertahanan slps menggantikan tempat Vermaelen. Kerana dia sudah biasa bermain di posisi tengah, kecenderungannya utk bermain di bahagian pertahanan agak longggar. Patutkah mlm itu Eduardo ganti Bendtner? Jika dilihat pd perlawanan itu, dua gol dihasilkan oleh gerakkan Bendtner. Hantar pada Walcott dan Fabregas. Jika Eduardo berada di tempat Bendtner, mgkin gol Walcott mampu dihasilkan dgn cara yg sama. Tapi Eduardo pasti gagal menanduk bola tinggi sbgmn Bendtner menanduk utk Fabregas. Lagipun, hantaran pada Bendtner pd mlm itu agak kurang. Jika kurang hantaran pada penyerang, ganti dgn sesipa pun pasti hasilnya sama kecuali jika Bentdner sering mendapat bola tp dia gagal menyempurnakannya. Jika dlm keadaan ini, pasti penyerang yg lain mgkin melakukan perkara yg berlainan samada lebih baik atau lebih buruk.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan