Antara Dendam, Nostalgia, Dilema dan Pengkhianatan.


Perlawanan pertama suku akhir Liga Champions antara Arsenal dan Barcelona pagi esok, bakal menyajikan adegan balas dendam, nostalgia, dan pengkhianatan. Harap-harap, hal itu tidak menghalangi kedua team untuk menampilkan permainan cantik yang lebih ditunggu peminat berbanding hasil jaringan.

Punca yang menarik untuk dilihat, adalah dendam pertemuan kedua kelab di final Liga Champions 2006, di mana Arsenal kalah 1-2, walaupun telah berhasil mencetak gol terlebih dulu. Arsenal jelas sakit hati dan mereka memang perlu begitu. Karena, semenjak menjuarai Piala FA 2005, Arsenal gagal menjuarai apa-apa piala dan final 2006 itu adalah kesempatan terbaik mereka untuk menunjukkan arsenal bukan calang-calang kelab.

Thierry Henry orang yang akan membuat perseteruan kedua kubu bakal semakin panas. Bagaimana tidak, di final 2006 itu, Henry menjadi pemusnah barisan hadapan Arsenal. Kini, ia akan datang sebagai lawan, sudah jelas lagi bersuluh sebagai penyerang mestilah mempunyai misi membunuh lawan.

Persoalannya pada Henry, walaupun merupakan lawan, Henry masih sangat dihormati di Arsenal. Henry sendiri juga tak pernah menafikan bahawa dirinya begitu mencintai Arsenal dan kalau boleh, ia menolak bermain melawan kelab yang sudah menyelamatkan kariernya itu.

Kerumitan menjadi-jadi karena Henry pernah berkata dan berharap, Arsenal akan berjaya di kesemua perlawanan yang disertai. Bagaimana mungkin orang yang datang sebagai pembunuh, boleh berharap mangsanya boleh menyelamatkan diri? Kecuali helah sangat profesional, Henry boleh menjadi duri dalam daging bagi Barcelona.


Selain itu, meskipun tak sepelik kes Henry, Cesc Fabregas juga harus diambil kira sebagai pemain yang bakal mengeruhkan suasana. Fabregas adalah produk asli Barcelona, pada tahun 2003."dikidnap" Arsene Wenger. Sekarang, Budak yang barcelona anggap hingusan, yang pindah ke Arsenal dalam usia 16 tahun itu, kini menjelma menjadi otak permainan Arsenal. Fabregas sudah menjaringkan 15 gol dan 13 assist dalam 27 penampilan di Premier League musim ini.

Barcelona yang dulu tidak berminat dengan bakat Fabregas, sekarang sedang mencari cara untuk membawanya ke Nou Camp. Pastinya Barcelona akan semakin gila, bila perlawanan nanti, Fabregas menunjukkan permainan terbaiknya.

Mungkin juga, Barcelona sama sekali tak berkesempatan melihat sendiri aksi Fabregas. Menurut Wenger, cedera paha Fabregas belum 100% pulih dan Wenger tak mahu mengambil risiko menurunkannya jika tidak betul-betul fit.

Sementara Arsenal menanti dendam 2006, Henry belum lagi menentukan pilihan hatinya, "terpaksalah nk buat camane?" Walaupun tak lagi berada di Emirates, Arsenal tetap istimewa bagi Henry. Belum lagi Fabregas beraksi dan membuktikan kesalahan Barcelona melepasnya dahulu. Meskipun berstatus juara bertahan, Barcelona tak boleh over confident sangat. Bola tu bulat! (bukan main bola lonjong).

Okeylah bro2, biarlah perlawanan menjadi perlawanan yang amat menarik untuk ditonton, Bagi player2 "The Gunners" Game macam nih janganlah ada kesilapan bodoh yang terjojol plak keluar. Kalau kalah pun janganlah kalah disebabkan kebodohan diri sendiri (dah banyak kes dah). Kami sebagai Gooners akan sentiasa bersamamu walau apa jua terjadi. Last skali aku predict untuk game pertama ni, 0-0..seri tanpa jaringan dah ok dah untuk dibawa ke Nou Camp...in arsene we trust!!!!

Comments

  1. Tapi setahu aku, Henry meyakinkan semua fan Arsenal bahawa dia takkan sesekali bermain untuk menentang Arsenal.. Jika Pep Guardiola mengarahkannya utk menyertai kesebelasan utama, dia berkeras tidak akan akur pd arahan pengurus Barca itu.. ;) Itu yg aku tau..

    ReplyDelete
  2. aku rasa macam tu jugak, tapi kalau dh tersenarai dalam line up nk buat camana?. takkan nak boikot pulak"..tapi aku rasa henry takkan diturunkan menentang arsenal di emirates melainkan situasi yang amat memerlukan dia..harap2lah dia tak men...

    ReplyDelete
  3. Hahaha.. Akhirnya dia bkn bermain utk kesebelasan utama.. Kemasukan Henry pd 30min terakhir tak memberi kesan pd Arsenal pun.. Malah, Henry dilihat 'berlawak' di padang.. :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil