Almunia Hero kita

Tanpa kelibat Walcott dan Rosicky dalam, Arsenal bermula dengan baik. Fabregas kembali beraksi bersama Song dan Denilson di bahagian tengah. Bendtner ditugaskan sebagai jentera serangan dibantu oleh 2 orang penyerang kiri dan kanan iaitu Arshavin dan Nasri manakala di bahagian pertahanan, Campbell dan Vermaelen akan mengawal bahagian tengah serta Eboue dan Clichy dan bahagian sisi.

Perlawanan menyaksikan Arsenal melakukan serangan mengejut dengan jaringan seawal minit ke-5 yang dihasilkan oleh Denilson. Gol ini dihasilkan dengan dibantu oleh hantaran one-two bersama Bendtner. Selepas itu serangan demi serangan dilancarkan dan peluang demi peluang terbuka namun jaringan tambahan gagal dihasilkan.

Pada suku akhir perlawanan separuh masa pertama, beberapa kad kuning dilayangkan antaranya Diamanti, Campbell dan Kovac dalam beberapa kekasaran yang memperlihatkan kedua-dua pasukan cuba mengasak kubu lawan.

Pada minit ke-44, berlaku kekasaran oleh Vermaelen di dalam kotak penalty Arsenal yang membawa kepada kad merah. West Ham United telah dihadiahkan sepakkan penalti. Dalam sepakkan penalti ini, Diamanti yang ditugaskan untuk menyempurnakannya telah tewas kepada kecekapan penjaga gol Arsenal, Almunia yang berjaya menampan bola yang ditujukan ke sebelah kiri gawang gol. Keputusan 1-0 yang memihak kepada Arsenal kekal hingga tamat separuh masa ke-2.

Pada separuh masa ke-2, Arsenal bermula dengan 10 orang. Pertukaran berlaku antara kedua-dua pasukkan yang menyaksikan Diaby dimasukkan menggantikan Bendtner manakala Cole menggantikan Franco.

Pada minit ke 62, Upson dilayangkan kad kuning selepas mengasari Eboue.

Pertukaran berlaku pada minit ke-70 oleh pemain West Ham United, Kovac dengan memasukkan Noble. Pertukaran seterusnya berlaku pada minit ke-75 oleh kedua-dua pasukan dengan Eduardo menggantikan Arshavin manakala McCarthy menggantikan Mido.

Pada minit ke-83, Arsenal memperoleh sepakkan penalti kerana bola mengenai tangan Upson di dalam kotak penalti. Sepakkan penalti ini disempurnaan oleh Fabregas yang akhirnya menghasilkan gol ke-2 Arsenal.

Minit ke-90, pemain Daprela pertahanan kiri West Ham telah mengasari Eboue dan dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Akhirnya, keputusan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan yang menyaksikan Arsenal mendapat 3 mata berharga.

Statistik Perlawanan:

Gol:
  1. Denilson (5)
  2. Fabregas (83)

Kad Kuning
  1. Diamanti (38)
  2. Campbell (40)
  3. Kovac (45)
  4. Upson Daprela (90)

Kad Merah
  1. Vermaelen (44)


Comments

  1. in arsene we trust... pembetulan bro.. bkn min ke-63, tp 83 (penalti fab). jgn marah eh alfreedino.. tp gua kecewa sebab kita dh kehilangan 2 defend tgh ni.. gallas x baik2 lg, vermaelen plak kena gantung 3 game.. aduh.. gua dh la x suka silvestre tu.. pening2.. -1arsenal-

    ReplyDelete
  2. same la...silvestre 2 tah pape maen..

    ReplyDelete
  3. Pada pengamatan aku, West Ham Utd mengekalkan corak permainan fizikal yg ganas jika dibandingkan dgn corak permainan taktikal yg ditonjolkan oleh bintang-bintang muda Arsenal.. Spt kebiasaannya, pasukan yg diambang 'relegated' akan melakukan beberapa kekasaran dan keganasan di atas padang demi utk menyelamatkan pasukan mereka.. Tak kira lawan mereka ni budak skolah atau bapak budak.. Dilihat Dimianti, Franco dan lain-lain pemain West Ham Utd begitu taksub dgn keadaan fizikal mereka hingga sggup melakukan terjahan keras dari belakang.. Sepatutnya terjahan keras ke atas pemain Arsenal, Eboue oleh Matthew Upson, bekas pemain Arsenal boleh membawa kepada dilayangkan kad merah..

    Pendapat aku tentang apa yang terjadi kepada Mr. Verminator kita, pengadil tidak sepatutnya sekadar melihat 'sign' dari Linesman semata-mata kerana pada aku, Linesman pd malam ni agak 'kekayuan'.. Jadi, bila pengadil utama melayangkan kad merah terus kepada Mr. Verminator, memperlihatkan bahawa pengadil utama ni pun salah seorang 'kayu' dlm game tadi..

    Overall, game mlm ni tidak menggembirakan aku walaupun Almunia sgt perform mlm ni.. Terfikir, agaknya permainan yang camni Arsenal bawa bila jmpa Barcelona nanti, apa akan jadi?

    ReplyDelete
  4. rasanya diorg kena perbaiki lagi.arsenal ni kena mantapkan permainan sebelum jumpa barca..harap2 diorg dapat contohi fulham yg berjaya kalahkan juventus..aminn..

    ReplyDelete
  5. ok, sy dah buat pembetulan pada jaringan penalti fabregas...tq

    ReplyDelete
  6. Arsenal kena contohi permainan waktu 2nd Leg lawan FC Porto aritu.. Baru btol! Arsenal dgn Fulham adalah 1 pasukan yang lain.. sgt lain.. Corak permainan Arsenal lebih cantik berbanding Fulham.. Jadi, Arsenal kena jadi Arsenal FC 5 - 0 FC Porto..

    ReplyDelete
  7. Barcelona main lebih kurang mcm Arsenal, kurang fizikal attack...cuma mereka lebih cekap dlm passing tp kedua2nya mempunyai pass yg baik...Arsenal punyai kekuatan pertahanan yg lebih baik berbanding Barca tapi Barca punyai jentera serangan yg lebih hebat...di barisan tengah, Arsenal mampu mengusai...Arsenal juga punyai trick skill yg baik...

    bg aku, apa yg penting Arsenal mesti elakkan sebarang gol pihak lawan di tempat sendiri dan cuba menang...jika berjaya, keputusan seri di tempat lawan sudah memadai untuk mereka melayakkan diri ke semi final...

    ReplyDelete
  8. oh ya, baru aku perasan yg prediction seputra_reyes betul tentang game Arsenal lwn West Ham kali ni...

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya, siapa pun pihak lawan Arsenal, aku tak kisah.. Tapi aku nk tgk permainan Arsenal lebih baik dr Barcelona.. Jika bro Alfreedino kata dari segi taktikal, Barcelona dan Arsenal lebih kurang sama.. Cuma harapan aku, Arsenal lebih, lebih dan lebih bagus dari Barcelona..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil