27 March 2010

Almunia Kecewakan Arsenal

Arsenal telah melepaskan peluang terbaik pada malam tadi dengan hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan Birmingham City di St Andrew Stadium. Almunia yang beraksi dibawah tekanan telah memberi musibah kepada kempen Arsenal kali nie apabila gagal mengeluarkan bola tandukan Kevin Philips. Berikut kesebelasan utama Arsenal:

Arsenal XI

Almunia
Sagna---Campbell---Song---Clichy
Fabregas---Denilson---Diaby
Walcott---Bendtner---Rosicky

Subs: Fabianski, Eboue,Traore,Arshavin,Nasri,Eduardo,Vela

Arseanal bermula dengan beberapa pemain direhatkan bagi menghadapi suku akhir UEFA Champion League menentang Barcelona di Emirates nanti. Dengan Nasri dan Arshavin serta Eboue direhatkan dibangku simpanan pemain. Walcott dan Rosicky diberi peluang memulakan aksi serta Sagna yang kembali ke back kanan.

Arsenal memulakan aksi dengan baik apabila beberapa serangan berjaya dilakukan tetapi pertahanan Birmingham kental bertahanan. Song yang bermain dibahagian back tengah telah memberikan aksi terbaik beliau dalam mempertahankan kubu Arsenal bersama-sama Sol Campbell yang dilihat masih mempunyai kekuatan pada usia sebegitu. Separuh masa pertama melihatkan Arsenal gagal memecahkan kebuntuan disebabkan tiada pemain yang mampu memberi ancaman didalam kotak penalti Birmingham.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Walcott hampir saja memberi pendahuluan kepada Arsenal apabila menerima hantaran dari Diaby, tetapi gagal menyudahkannya. Fabregas pula dilihat tercedera sedikit dibahagian pengelangan kaki kiri beliau tetapi mampu meneruskan aksi. Tamat separuh masa, Arsenal masih 0-0.

Separuh masa kedua bermula dengan Arsenal mengandakan asakan, tetapi masih gagal memecahkan kebuntuan. Akhirnya pada minit ke-68, Wenger membuat double substitute dengan membawa masuk Nasri dan Arshavin mengantikan Walcott dan Rosicky. Arsenal dilihat lebih mengancam dengan gerakan dan permainan laju yang ditunjukkan.

Tetapi Birmingham juga memperolehi peluang apabila sepakan percuma di luar kotak penalti gagal kekeluarkan pertahanan Arsenal dan bola mengenai tiang gol dan gagal di tampan kemas oleh Scott Dann. Selepas itu, Arsenal mengandakan asakan dan akhirnya pada minit ke-81 Arsenal berjaya memecahkan kebuntuan, hasil gerakan solo Samir Nasri di bahagian kanan Birmingham, beliau melepaskan rembatan kencang di luar kotak penalti apabila tiada pertahanan Birmingham mengawal beliau.
Ketika Arsenal hampir menamatkan permainan dengan kemenangan ke-7 berturut-turut, muncul Kevin Phillips menjaringkan gol pada minit ke-90. Bola hantaran Gadner di depan kotak penalti Arsenal gagal dikeluarkan hasilnya Phillips yang tidak di jaga dengan baik melakukan tandukan terus kepada Almunia, malangnya Almunia gagal menangkap atau mengeluarkan bola dengan kemas. Hasilnya bola terbias kedalam gol. Gol tersebut cukup mengecewakan fan Arsenal. Tamat sepenuh masa, Arsenal seri 1-1.

Dengan keputusan seri ini, dengan baki perlawanan hanya tinggal 6 lagi untuk di harungi, Arsenal dilihat masih berpeluang mengejar kejuaraan tetapi perlu mengharapkan pasukan 2 teratas keciciran mata pada perlawanan seterusnya. Overall permainan, Arsenal bermain baik cuma gagal menyudahkan peluang yang terhidang. Pertahan harus dipuji dengan memberikan aksi terbaik tetapi aku agak kecewa dengan permainan Almunia serta Walcott. Almunia ternyata sepanjang perlawanan beraksi dibawah tahap sebenar.

So fan Arsenal, jangan terlalu kecewa dengan permainan semalam. Kita masih ada perluang, kita perlu memberikan kepercayaan kepada Wenger dan anak buah beliau untuk baki kempen kali ini. Aku harap selepas ini tiada lagi keciciran dan ketirisan mata di kem Arsenal. Sekian.

In Wenger We Trust!!We Can Do It!!!Come On Arsenal!!

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Aku kecewa juga dengan result semalam. Lepas gol Nasri, ingat dptlah kutuk prediction tu...ntah cmne dorg bleh buat analisis smpi bleh jd kebetulan betul...tapi xnak salahkan Almunia, kesilapan begini selalu jd pd gol keeper...mggu lepas dia selamatkn penalty yg mana sukar bg mana2 gol keeper terhebat utk selamatkn...sepatutnya 1 pasukan kne dipersalahkan sbb nk main selamat...Bendtner pun boleh bergerak lebih baik lg utk buat gol tp nmpk cm malas2...Arshavin spatutnya masuk lebih awal dan Song patut bermain di tengah (yg ni Wenger kne btgjb)...sentuhan Fabregas x brape baik dan patut diganti dr separuh masa pertama...yg amik corner dan freekick pun nmpk cm bersahaja je...tidak nmpk menggerunkan...tp xpe, kita tunggu Chelsea n MU punya clash dan dlm mse sama Arsenal kne menang...klu x dpt piala juga, kita tetap sokong Arsenal sbb dia Arsenal...

    ReplyDelete
  3. yeah...Alfreedino...semangat mcm nie yang kita nak...mmg sumer org kecewa smlm,sebab kita dah diambang kemenangan...tp mybe rezeki tak da...pasal predict tuh korang jangan amek port sgt la...sapa2 bleh wat predict...tp tgk pada prestasi smlm,Arsenal masih ada peluang...smlm byk player direhatkan sebab nak lawan Barcelona...game besar Arsenal.Jadi skuad smlm bukan tak bleh blah langsung,cuma peluang tak disudahkan dengan baik dan gagal menutup gerakan terakhir Brum..kita rasa mcm kalah pas gol tuh..kecewa tuh biasa la..

    Pa pun mesti tutup mulut pngkritik nxt game nnt...

    ReplyDelete
  4. tolong salahkan arshavin ngan predictnyer Arsenal tak mampu menang liga...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan